Kandau kerdil Lavasoa | |
---|---|
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Primat |
Suborder: | Strepsirrhini |
Keluarga: | Cheirogaleidae |
Genus: | Cheirogaleus |
Spesies: | C. lavasoensis
|
Nama binomial | |
Cheirogaleus lavasoensis Thiele et al., 2013
|
Kandau kerdil Lavasoa (Cheirogaleus lavasoensis)[a] ialah sejenis primat strepsirin nokturnal dan merupakan spesies kandau yang endemik di tiga tompok hutan kecil dan terpencil di cerun selatan Pergunungan Lavasoa, Madagaskar selatan. Kurang daripada 50 individu dikatakan wujud. Habitatnya terletak di zon peralihan di antara ekokawasan: semak berduri kering, hutan pesisir lembap dan hutan lembap. Pertama kali dikutip pada 2001 dan dikatakan merupakan subpopulasi bagi kandau kerdil telinga berbulu (C. crossleyi), ia tidak diterangkan secara rasmi sehingga 2013. Ia salah satu daripada enam spesies kandau kerdil, sungguhpun penyelidikan yang mengenal pastinya juga mencadangkan kewujudan banyak lagi spesies baharu.
Tidak banyak yang diketahui mengenai tingkah laku kandau ini kerana ia lebih aktif semasa musim hujan, pada waktu ini hutan lebih sukar dicapai oleh ahli sains.[3]
Catatan
- ^ Inggeris: Lavasoa dwarf lemur
Rujukan
- ^ Blanco, M.; Dolch, R.; Donati, G.; Ganzhorn, J.; Greene, L.K.; Le Pors, B.; Lewis, R.; Louis, E.E.; Rafalinirina, H.A.; Raharivololona, B.; Rakotoarisoa, G.; Ralison, J.; Randriahaingo, H.N.T.; Rasoloarison, R.M.; Razafindrasolo, M.; Sgarlata, G.M.; Wright, P.; Zaonarivelo, J. (2020). "Cheirogaleus lavasoensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T163022131A163022293. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-2.RLTS.T163022131A163022293.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ Harcourt, C. (1990). Thornback, J (penyunting). Lemurs of Madagascar and the Comoros: The IUCN Red Data Book (PDF). World Conservation Union. ISBN 978-2-88032-957-0. OCLC 28425691.
- ^ "Scientists from Mainz and Antananarivo describe Lavasoa Dwarf Lemur as new primate species". Science Codex. 29 Julai 2013. Dicapai pada 3 Ogos 2013.