Che Zahara binte Noor Mohamed atau panggilan pendeknya Che Zahara (1907–1962) adalah seorang aktivis Melayu Singapura yang giat memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak masyarakat pulau tersebut. [1] Beliau pengasas pertubuhan kebajikan wanita Muslim pertama di Singapura iaitu Persatuan Kebajikan Wanita Melayu (Malay Women's Welfare Association, MWWA).
Beliau juga merupakan antara pengasas Majlis Wanita Singapura bersama Sahorah Ahmat dan Shirin Fozda.
Rujukan
- ^ Ep 2: Che Zahara Noor Mohamed - Pioneers of Early Singapore (Video) (dalam bahasa Inggeris). Pioneers Singapore. 28 July 2015. Peritiwa berlaku pada 1:55. Dicapai pada 8 December 2015.