Che Puan Muda Zaheeda | |||||
---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah | |||||
Raja Puan Muda Kedah | |||||
Pemasyhuran | 26 November 2017 – kini | ||||
Didahului oleh | Tengku Maliha | ||||
Keputeraan | Zaheeda Banu binti Mohamad Ariff 19 Oktober 1971 (Umur 53 tahun, 6 bulan dan 16 hari) Ipoh, Perak | ||||
Pasangan | Tengku Sarafudin Badlishah (k. 2003) | ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Ayahanda | Mohamad Ariff | ||||
Agama | Islam | ||||
Tandatangan | ![]() |
![]() |
Kebawah DYMM Tuanku Sultan
|
|
YTM Tunku Bendahara Kerabat luas diraja YABhg. To’ Puan Seri Utama Noor Suzanna binti Abdullah, balu Almarhum YTM Dato’ Seri Utama Tunku Annuar
YTM Tunku Dato' Seri Sakinah binti Almarhum Sultan Badlishah YTM Tunku Bishara binti Almarhum Sultan Badlishah
YTM Dato' Tunku Badriatul Jamal binti Almarhum Sultan Badlishah
YTM Tunku Nafisah binti Almarhum Sultan Badlishah
YTM Datin Paduka Dato’ Tunku Kamaliah binti Almarhum Sultan Badlishah YTM Datin Paduka Tunku Nafisah binti Almarhum Sultan Badlishah
|
Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff (dilahirkan pada 19 Oktober 1971 di Ipoh, Perak) merupakan Raja Puan Muda Kedah. Baginda adalah isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah.
Pendidikan dan kerjaya
Che Puan Muda Zaheeda merupakan lulusan Ijazah Undang - Undang (Kepujiaan) daripada College of Cardiff, University of Wales dan seterusnya mendapat Ijazah Sarjana (Undang-Undang Komersial) daripada University of Bristol. Baginda telah mendapat Certificate in Legal Practice (Hons) daripada Legal Qualifying Board of Malaysia dan telah diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Malaysia pada Tahun 1996.
Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Perundangan dan Kesetiausahaan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan turut menjawat jawatan sama di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.[1]
Sebelum berkhidmat dengan Syarikat Bekalan Air Selangor, baginda pernah memegang jawatan Pengurus Besar Undang-Undang Indah Water Konsortium Sdn Bhd dari tahun 2008 hingga 2014. Baginda juga memegang kelayakan Penimbangtara Berkanun dari Chartered Institute of Arbitrators.
Perkahwinan
Che Puan Muda Zaheeda telah melangsungkan perkahwinan bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah pada tanggal 27 Februari 2003. Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan diraja ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu YTM Tunku Zara Bahiyah yang diputerikan pada 4 April 2004 dan YTM Tunku Sulaiman Badlishah yang diputerakan pada 18 Disember 2007.
Terasul dan gelaran
Gaya bagi Che Puan Muda Zaheeda | |
---|---|
Rujukan gaya | Duli Yang Teramat Mulia |
Gaya percakapan | Tuanku |
Gaya alternatif | Raja Puan Muda |
- 19 Oktober 1971 - 21 Januari 2007 : Cik Zaheeda Banu binti Mohamad Ariff
- 21 Januari 2007 – 15 Januari 2017 : Yang Berbahagia Datin Zaheeda Banu binti Mohamad Ariff
- 15 Januari 2017 – 26 November 2017 : Yang Amat Berbahagia Datin Zaheeda Banu binti Mohamad Ariff, Toh Puan Laksamana Kedah
- 26 November 2017 - kini : Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah
Darjah kebesaran
Che Puan Muda Zaheeda telah dikurniakan:
Darjah Kerabat Sallehuddin (DKS 19.6.2022)
Dato’ Sri Paduka Mahkota Kedah (SPMK 21.1.2018) membawa gelaran Dato' Seri
Rujukan
- ^ "Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah: Biografi Raja Muda Kedah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-21. Dicapai pada 2019-04-21.