Charok Genting Pahat | |
---|---|
Caruk Genting Pahat | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah Darul Aman |
Daerah | Padang Terap |
Mukim | Batang Tunggang Kiri |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Genting Pahat |
• lokasi | sempadan Malaysia–Thailand |
• koordinat | 6°29′06″N 100°44′24″E / 6.485°N 100.740°E |
• ketinggian | 200 meter (656.2 ka) |
Muara | Sungai Durian Burong |
• lokasi | di Kampung Peraduan Songkeh |
• koordinat | 6°28′23″N 100°45′50″E / 6.473°N 100.764°EKoordinat: 6°28′23″N 100°45′50″E / 6.473°N 100.764°E |
• ketinggian | 104 meter (341.2 ka) |
Panjang | 2.35 kilometer (1.5 bt)[1] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Durian Burong → Sungai Padang Sanai → Sungai Padang Terap → Sungai Anak Bukit → Sungai Kedah → Selat Melaka |
Anak sungai | |
• kiri | anak sungai tanpa nama |
• kanan | anak sungai tanpa nama |
Charok Genting Pahat (Jawi: چاروق ڬنتيڠ ڤاهت ), atau juga dikenali sebagai Charuk Genting Pahat dan Caruk Genting Pahat merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[2] Charok Genting Pahat mengalir di sepanjang kawasan perhutanan di Mukim Batang Tunggang Kiri, bermula di Genting Pahat dan tamat di pertemuan Sungai Durian Burong.[1][3] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sejarah
Rekod terawal mengenai Charok Genting Pahat dijumpai dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°29′N 100°44′E / 6.483°N 100.733°E.[2]
Ciri-ciri fizikal
Berdasarkan peta Tanah Melayu bersiri HIND 1035 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), sumber bagi Charok Genting Pahat terletak di Genting Pahat (atau Chong Hun Phat) dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 200 meter (656.2 ka), di rujukan grid RG4700. Sumber sungai ini terletak di Sempadan antarabangsa Malaysia–Thailand dan terletak berhampiran denganya batu sempadan Malaysia-Thailand nombor 34.[4][5] Charok Genting Pahat akan memasuki zon pentadbiran Pekan Durian Burung, meninggalkan Mukim Batang Tunggang Kiri, sebaik sahaja terdapat anak sungai tanpa nama bermuara di sini.[1] Terdapat lintasan jalan kampung berdekatan dengan pertemuan ini. Lalu, ia sedikit melengkung ke barat, dengan melalui kawasan kampung yang telah ditinggalkan iaitu Kampung Peraduan Songkeh dan kawasan perhutanan tebal dalam Hutan Simpanan Kekal Padang Terap. Charok Genting Pahat diteruskan hingga ke muara sungai dengan membuat pertemuan antara Sungai Durian Burong, di ketinggian atas min aras laut iaitu 104 meter (341.2 ka) di Kampung Peraduan Songkeh di RG4699.[1][4][5]
Ciri-ciri lembangan
Menurut peta FMS Survey, terdapat dua sungai tanpa nama bermuara di Charok Genting Pahat.[4][5]
Berdasarkan peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, ada enam sungai tanpa nama bermuara di saliran ini.[1]
Klimatologi
Iklim di sekitar kawasan lembah Charok Genting Pahat ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[6] Purata suhu di lembah sungai Charok Genting Pahat pada tahun 2000 hingga 2019 ialah 27.4 °C (81.3 °F). Bulan yang paling panas ialah April dengan suhu mencecah 28.5 °C (83.3 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.6 °C (79.9 °F).[7][8] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,127.1 milimeter (83.7 in) pertahunnya. Bulan November merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 300.8 milimeter (11.8 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Februari dengan 58.0 milimeter (2.3 in).[7][8]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
- ^ "Charok Genting Pahat, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ a b c Survey Department, Federated Malay States (1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11. Malaysia.
- ^ a b c Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11. Malaysia.
- ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification" [Peta Dunia Baharu mengenai Pengelasan Iklim Köppen-Geiger]. Hydrology and Earth System Sciences (dalam bahasa Inggeris). 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
- ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kampong Tongpu, Kedah, Malaysia (2000–2019)" (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 20 September 2022.
- ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.