Charlie Brooker | |
---|---|
Kelahiran | Charlton Brooker 3 Mac 1971 Reading, England |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Konnie Huq (k. 2010) |
Anak-anak | 2 |
Charlton "Charlie" Brooker (lahir 3 Mac 1971) ialah seorang penulis satira dan lakon layar, penerbit dan pengacara televisyen dari England, United Kingdom. Beliau terlibat dalam beberapa program terkenal termasuk Brass Eye, The 11 O'Clock Show, dan Nathan Barley serta merupakan pencipta dan pengarah bersama siri Black Mirror.
Awal hidup
Charlton Brooker[1] lahir pada 3 Mac 1971 kepada sebuah keluarga Quaker[2] di Reading, Berkshire.[3] Beliau kemudiannya dibesarkan di Brightwell-cum-Sotwell, Oxfordshire.[2] Beliau pertama kali menulis untuk majalah kanak-kanak Oink! pada dekad 1980-an.[4]
Kerjaya penulisan
Brooker pernah menulis serta mengkarya lerang komik untuk majalah for PC Zone pada pertengahan dekad 1990-an.[5] Penglibatan beliau pernah menyebabkan kontroversi dengan terbitnya sebuah komik provokatif dikaryakan beliau berjudul "Helmut Werstler's Cruelty Zoo" mensatirakan francais permainan video Tomb Raider - penerbitan tersebut begitu mengejutkan sehingga memaksa banyak penjual akhbar menarik balik penjualan majalah tersebut.[6]
Beliau mula menulis ulasan program televisyen untuk bahagian hiburan akhbar The Guardian dari 2000 sehingga Oktober 2010. Di akhbar ini juga beliau menulis beberapa kolum khas seperti "Supposing" (sejak 2005) dan "Screen Burn"[7][8]
Kerjaya televisyen dan filem
Pada tahun 2006, beliau menghasilkan rancangan kritikan media Charlie Brooker's Screenwipe untuk saluran BBC Four. Sebuah program berupa sama untuk laporan berita berjudul Newswipe muncul dalam dua siri dari 2009 hingga 2010. Beliau turut paling dikenali membuat rancangan tahunan mengulas kejadian yang berlaku sepanjang tahun dari tahun 2010 melalui 2010 Wipe [9][10][11][12][13] sehingga 2016.[14] Beliau terpaksa menghentikan seketika siri ini sejak tahun 2017 kerana kesibukan jadualnya menguruskan siri televisyen Black Mirror serta beberapa projek lain.[15]
Pada 2022, beliau menerbitkan siri mockumentary bertajuk Cunk On Earth untuk BBC dan Netflix memaparkan watak wartawan Philomena Cunk yang meranting dari siri Weekly Wipe dihasilkan beliau sebelumnya.[16]
Filemografi
Sebagai pengacara
- 10 O'Clock Live (2011–2013)
- Charlie Brooker's Screenwipe (2006–2008)
- Newswipe with Charlie Brooker (2009–2010)
- How TV Ruined Your Life (2011) - juga sebagai pencipta
- How Videogames Changed the World (2013)
- Charlie Brooker's Weekly Wipe (2013–2016, 2020)[17][16]
Sebagai penulis
- The 11 O'Clock Show (1999–2000) - 4 episod
- Black Mirror (2011–kini)
- Cunk on Earth (2022)[16][18] - bersama, juga sebagai penerbit eksekutif
Karya penulisan
- TV Go Home, 2001 (dicetak semula 2010) (ISBN 1-84115-675-2)
- Unnovations, 2002 (dicetak semula 2011) (ISBN 1-84115-730-9)
- Screen Burn, 2004 (ISBN 0-571-22755-4)
- Dawn of the Dumb: Dispatches from the Idiotic Frontline, 2007 (ISBN 9780571238415)
- The Hell of it All, 2009 (ISBN 9780571229574)[19]
- I Can Make You Hate, 2012 (ISBN 0-571-295-029)
Rujukan
- ^ "At home with TVGoHome". BBC News. 29 August 2001. Dicapai pada 9 June 2015.
- ^ a b "No wonder Cameron wants to celebrate the Magna Carta - back then plebs had the same human rights as a parsnip". The Guardian. 16 June 2014. Dicapai pada 23 October 2016.
- ^ GRO Register of Births: MAR 1971 6a 275 READING, mmn = Povell
- ^ "Profile: Charlie Brooker". RTS Futures. Royal Television Society. 26 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2011. Dicapai pada 16 Mac 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Howson, Greg (15 July 2010). "Games (Technology),PC (games),Magazines (Media),Press and publishing,Consumer magazines". The Guardian. London.
- ^ "Doctor Helmut Werstler's Cruelty Zoo". PC Zone. No. 60. Dennis Publishing. m/s. 120.
- ^ Logged in as click here to log out (30 October 2006). "Brooker's 30 October 2006 column, featuring Ignopedia and TVGoHome". The Guardian. London. Dicapai pada 16 January 2010.
- ^ Close (16 October 2010). "Charlie Brooker Leaving Screen Burn Column". The Guardian. London. Dicapai pada 16 October 2010.
- ^ "Charlie Brooker gets 'wiped' this Christmas on BBC Four". Endemol UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Disember 2011. Dicapai pada 4 Disember 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Charlie Brooker's 2011 Wipe". BBC Four. Dicapai pada 31 December 2011.
- ^ "Charlie Brooker Tweet". Dicapai pada 22 December 2012.
- ^ "Charlie Brooker's 2013 Wipe". Dicapai pada 12 December 2013.
- ^ "Charlie Brooker's 2014 Wipe". Dicapai pada 28 December 2014.
- ^ "Charlie Brooker's 2016 Wipe". BBC Two. BBC. Dicapai pada 30 December 2016.
- ^ Hooton, Christopher (28 November 2017). "2017 Wipe cancelled as Charlie Brooker concedes he 'ran out of road'". The Independent. Dicapai pada 30 December 2017.
- ^ a b c Sepinwall, Alan (1 Feb 2023). "'Cunk on Earth': A Hilarious Mockumentary From the Creator of 'Black Mirror'". Rolling Stone. Dicapai pada 9 Apr 2023.
- ^ Harrison, Andrew (4 March 2014). "In Praise of TV Philosophress Philomena Cunk". Esquire. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2014. Dicapai pada 2 September 2014.
- ^ Ibekwe, Desiree (2 Feb 2023). "Philomena Cunk Is Weird Enough to Take on the World". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-02-10. Dicapai pada 4 Feb 2023.
- ^ Brooker, Charlie (15 December 2005). "The Hell of it All by Charlie Brooker (2009)". Waterstones.com. Dicapai pada 16 January 2010.