Charles Cornwallis, Marquis Pertama Cornwallis KG (31 Disember 1738 - 5 Oktober 1805), bergelar Viscount Brome (antara 1753-1762) dan The Earl Cornwallis (antara 1762-1792), adalah seorang pegawai Tentera Darat Britain dan pentadbir kolonial. Di Amerika Syarikat dan United Kingdom ia dikenang terutamanya sebagai salah satu jeneral Inggeris terkemuka dalam Perang Kemerdekaan Amerika. Tahun 1781, Cornwallis menyerah kalah kepada tentera gabungan Amerika-Perancis pada Pengepungan Yorktown dan mulai dari itu secara amnya berakhirlah peperangan di Amerika Utara. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai gabenor awam dan gabenor jeneral di Ireland dan India, dan di kedua-dua tempat menetapkan perubahan yang bermakna, iaitu Akta Kesatuan di Ireland dan Penyelesaian Kekal di India.
Sejarah
Amerika
India
Malaysia
Charles Cornwallis membina kota Cornwallis pada tahun 1786. Kota Cornwallis terletak di Padang Kota Lama yang dahulunya dikenali sebagai Tanjung. Ia terletak di bahagian timur laut Pulau Pinang. Secara spesifiknya, Kota Cornwallis terletak di Lebuh Light.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Charles Cornwallis, Marquis Cornwallis Pertama |
- (Inggeris) The Peerage profile of Cornwallis
- (Inggeris) Bahan arkib yang berkaitan dengan Charles Cornwallis, Marquis Cornwallis Pertama disenaraikan di Daftar Arkib Kebangsaan United Kingdom
- (Inggeris) letters of Cornwallis from the American Revolution
- (Inggeris) 1781: The World Turned Upside Down Diarkibkan 2008-10-07 di Wayback Machine