Chadwick A. "Chad" Trujillo (dilahirkan 22 November 1973) ialah seorang ahli astronomi dan menjumpai planet kerdil Eris bersama-sama Michael E Brown dan David L Rabinowitz.
Trujillo bekerja menggunakan perisian komputer dan memeriksa orbit pelbagai objek trans-Neptun (Trans-Neptunian objects, TNO). TNO berada di kawasan luar Sistem Suria dan kawsan ini menjadi bidang pengkhususan Trujillo. Pada lewat Ogos 2005, Trujillo, bersama-sama Michael E. Brown dan David L. Rabinowitz, telah menjumpai Eris yang merupakan TNO yang lebih besar daripada Pluto.[1]
Rujukan
- ^ doi: 10.1126/science.1139415
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.