Nama penuh | Carpi Football Club 1909 S.r.l. | ||
---|---|---|---|
Gelaran | i Biancorossi (Si Merah Putih) | ||
Diasaskan | 1909 | ||
Stadium | Stadio Sandro Cabassi (Kapasiti: 4,144) | ||
Pengerusi | Claudio Caliumi | ||
Pengurus | Fabrizio Castori | ||
Liga | Serie B | ||
2015-16 | Serie A, ke-18 (disingkirkan) | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
| |||
Musim semasa |
Carpi Football Club 1909 merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Carpi yang terletak di Wilayah Modena. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1909 dan dibentuk semula pada tahun 2000.
Warna-warna kelab ialah merah dan putih sekali gus diberi nama samaran "Biancorossi".[1] Pada penghujung musim 2012–13, Carpi memperoleh kenaikan pertamanya ke Serie B. Pada 28 April 2015, Biancorossi merangkul kenaikan pertama bersejarah ke Serie A tetapi buat hanya satu musim.
Sepanjang sejarahnya, Biancorossi telah merangkul beberapa kejuaraan Lega Pro Seconda Divisione; satu gelaran Serie B dan Serie C dan empat kejuaraan Serie D. Di peringkat daerah, Carpi telah memenangi gelaran Promozione, Prima Divisione dan dua Prima Categoria.[2]
Sejarah
A.C. Carpi (1909–2000)
Kelab ini telah ditubuhkan pada musim panas 1909 oleh sekumpulan pelajar tempatan, Adolfo Fanconi. Pada mulanya, kelab ini ditubuh di bawah nama Jucunditas (Dari bahasa Latin yang bermaksud "kegembiraan") dan beberapa tahun kemudian, kelab ini menukar namanya kepada Associazione Calcio Carpi. Carpi bermain sebanyak tiga musim di Kejohanan Bola Sepak Itali pada musim 1919–20 sehingga musim 1921–22. Bermula dari era 1930an, mereka hanya bermain antara dua divisyen ini iaitu Serie C dan Serie D. Carpi mencatat keputusan terabiknya pada 1997 di bawah jurulatih Luigi De Canio apabila mereka menamatkan musim di tempat ketiga liga di Serie C sekali gus layak ke pusingan play-off Serie B sebelum tewas kepada Monza.[3] Kelab ini dibubarkan pada tahun 2000 berikutan disingkirkan ke Serie D dan sebelum mengalami bankrup.
Carpi F.C. 1909 (2000–kini)
Sebuah kelab baru yang diberi nama Calcio Carpi dan menyertai divisyen daerah Eccellenza Emilia–Romagna. Kelab ini kemudian melangkah ke Serie D pada tahun 2002 dan mengalami penggabungan dengan pasukan bola sepak kedua di bandar Carpi iaitu Dorando Pietri Carpi yang baru memasuki Serie D. Pietri Carpi juga bersetuju penyertaannya digantikan oleh Boca.
Pada penghujung musim 2009–10, kelab ini terpaksa dimasukkan ke Lega Pro Seconda Divisione. Pada 2010–11, kelab ini berjaya mencatat kenaikan pertama ke Lega Pro Prima Divisione. Pada musim 2011–12, Carpi mula beraksi di Mapei Stadium – Città del Tricolore.
Serie B (2013)
Pada musim 2012–13, Carpi menyaksikan kenaikan pertama ke Serie B buat pertama kali selepas menewaskan Lecce dalam pusingan play-off yang berkesudahan kemenangan 2-1. Ini merupakan kenaikan ketiga Carpi hanya buat empat musim.
Perlawanan debut Carpi di Serie B dengan kekalahan 1-0 di tempat lawan menentang Ternana pada 24 Ogos 2013. Kemenangan pertama mereka ketika menundukkan Spezia 2-0. Musim pertama Carpi di Serie B, mereka menamatkan musim di tempat ke-12 dan hanya tiga mata dari tempat play-off ke Serie A dan mereka mencatat rekod cemerlang pada musim berikutnya.
Beraksi di Serie A (2015)
Musim 2014-15 menyaksikan Carpi yang diurus pengurus berpengalaman, Fabrizio Castori berjaya melengkapkan separuh pertama musim di tempat pertama denga rekod 43 mata dan kelebihan sembilan mata dengan penghuni tangga kedua liga, Frosinone. Pada 28 April 2015, selepas terikat seri tanpa jaringan bertemu Bari, kelab ini menempah kenaikan pertama bersejarah ke Serie A.
Musim pertama Carpi menyaksikan rombakan pasukan dengan pemergian direktor pasukan ke Napoli yang sangat lama bersama kelab, Cristiano Giuntoli yang telah berjaya mengaturkan pasukan dari liga amatur Serie D ke liga tertinggi. Tempat beliau digantikan oleh Sean Sogliano.
Pada 28 September 2015, selepas kecundang tewas 1-5 kepada Roma, Carpi mengumumkan tempat Castori sebagai jurulatih tidak kekal lama lalu digantikan oleh Giuseppe Sannino dan menandakan sebagai pertukaran pengurus pertama buat musim 2015-16. Carpi telah hanya mengutip dua mata pada enam perlawanan pertama. Pada 3 November, kelab ini melakukan keputusan berbalik apabila melantik semula Castori. Namun, Carpi dikejutkan dengan penyingkiran apabila tidak berjaya melepasi di zon penyingkiran sepanjang musim berlangsung.
Pada musim berikutnya, dilihat Carpi merombak pasukannya semula dengan beberapa pemain import kembali dari pinjaman dengan harapan supaya Carpi berjaya kembali semula ke Serie A.
Pemain
Skuad semasa
- Sehingga 30 Ogos 2016
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Dipinjam
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
Pencapaian
Domestik
Liga
- Juara (1): 2014–15
- Seconda Divisione
- Juara (1): 1922–23
- Juara(1): 1945–46
- Lega Pro Seconda Divisione/Girone A
- Juara (1): 2010–11
- Serie D
- Juara (3): 1963–64, 1973–74, 1977–78
Daerah
- Promozione
- Juara (1): 1914–15
- Prima Divisione
- Juara(1): 1949–50
- Prima Categoria
- Juara (2): 1960–61, 1961–62
Bekas jurulatih terkemuka
- József Zilisy (1942–43)
- Gianni De Biasi (1993–96)
- Luigi De Canio (1996–97)
- Walter De Vecchi (1997–98)
- Egidio Notaristefano (2011–12)
- Giuseppe Pillon (2014)
- Fabrizio Castori (2014–15)
- Giuseppe Sannino (2015)
- Fabrizio Castori (2015–)