Nota: Bir Carling bukan bir yang dihasilkan oleh kilang bir Carlsberg.
Nama asli | Carlsberg |
---|---|
Dinamakan sempena | Carl Jacobsen |
Jenis/bentuk sah | Awam (OMX: CARL A, CARL B) |
ISIN | DK0010181676 DK0010181759 |
Industri | Minuman |
Ditubuhkan | 1847 |
Pengasas | J. C. Jacobsen |
Ibu pejabat | Copenhagen, Denmark |
Tokoh penting | Povl Krogsgaard-Larsen (Pengerusi lembaga), Nils S. Andersen (Presiden dan CEO) |
Keluaran | Bir dan bir ringan |
Hasil | 38,047 juta DKK (2005) |
Pemilik | Carlsberg Foundation, BlackRock |
Bilangan kakitangan | 30,000 (2005) |
Anak syarikat | Karlsberg Bulgaria AD, Holsten Brewery, Carlsberg Polska, Carlsberg Breweries, Carlsberg Ukraine, Olympic Brewery, Ringnes, Baltic Beverages Holding, Carlsberg Danmark |
Tapak web | http://www.carlsberg.com/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Carlsberg A/S | |
---|---|
Bir aktif | |
Carlsberg Pilsner | Pilsner |
Carlsberg Light | Pilsner |
Carlsberg Red | Pilsner |
Carlsberg Sort Guld | |
Carlsberg Elefant | |
Carlsberg Master brew | |
Carls Special | |
Carls Dark | |
Carls Ale | |
Carls Hvede | |
Carls Lager | |
Carls Porter | |
Jacobsen Brown Ale | |
Jacobsen Dark Lager | |
Jacobsen Saaz Blonde | |
Semper Ardens Abbey Ale | |
Semper Ardens Criollo Stout | |
Semper Ardens First Gold I.P.A. | |
Semper Ardens Winter Rye | |
Bir bermusim | |
Carlsberg 47 | Bir Krismas |
Carls Jul | Bir Krismas |
Carls Påske | Bir Easter |
Semper Ardens Christmas Ale | Bir Krismas |
Carlsberg (IPA: [kʰɑɐlsbɐg]) ialah salah satu syarikat pengilangan bir yang terbesar di dunia, dan kini terdapat di kira-kira 50 buah negara. Ibu pejabatnya terletak di Valby, Copenhagen, Denmark. Jenama utama syarikat ini ialah Bir Carlsberg, tetapi ia juga membru Tuborg serta juga bir-bir tempatan. Syarikat Carlsberg diasaskan oleh J. C. Jacobsen pada tahun 1847, dan dinamai sempena nama anak lelakinya, Carl (Carl Jacobsen).
Selepas bergabung dengan Orkla ASA, kumpulan kilang bir Norway, pada Januari 2001, Carlsberg telah menjadi kumpulan kilang bir yang kelima terbesar di dunia dan kini menggaji sekitar 31,000 orang pekerja.
Sejarah
Carlsberg diasaskan oleh J. C. Jacobsen; kilang penapaian pertama disiapkan pada 10 November 1847. Eksport Bir Carlsberg bermula pada 1868; penapaian negara asing bermula pada 1968 dengan pembukaan kilang penapaian Carlsberg di Blantyre, Malawi. Sesetengah logo asal syarikat termasuk gajah (sempena sesetengah lagernya dinamakan) dan swastika. Kegunaan yang kedua dihentikan pada tahun 1930-an kerana kaitannya dengan parti politik di Jerman bersebelahan. Pengasas Carlsberg J. C. Jacobsen merupakan seorang philanthropist dan pengumpul seni yang tekun Dengan kekayaannya dia menghimpun koleksi seni yang mengkagumkan yang kini diletakkan di Ny Carlsberg Glyptotek di tengah Copenhagen.
Jacobsen menubuhkan makmal Carlsberg pada tahun 1875 yang menyelidik mengenai masalah saintifik berkaitan dengan penapaian. Ia bercirikan Jabatan Kimia dan Jabatan Physiologi. Spesies yis yang digunakan bagi menghasilkan lager pucat, Saccharomyces carlsbergensis, diasingkan dan dinamakan sempenanya. Konsep pH juga dibangunkan di situ termasuk kemajuan dalam kimia protein. Makmal itu merupakan sebahagian dari Yayasan Carlsberg sehingga tahun 1972 apabila ia dinamakan semula sebagai Pusat Penyelidikan Carlsberg dan dipindahkan ke kilang penapaian.
Kilang penapaian lama di Copenhagen dibuka bagi lawatan dan pelawat terkenal termasuk Winston Churchill dan Queen Elizabeth II.
Carlsberg mendapatkan kilang penapaian Tuborg pada tahun 1970 dan disatukan dengan bir Tetley pada tahun 1992.
Carlsberg memiliki satu kilang penapaian di Ashkelon, Israel yang memulakan pengeluaran pada tahun 1994 untuk Carlsberg dan Tuborg bagi penggunaan pasaran Israel tempatan.
Carlsberg memiliki dua kilang penapaian di China - Huizhou dan Shanghai. Ia pernah memiliki satu kilang penapaian di Hong Kong, tetapi telah ditutup pada tahun 1999 akibat kos yang tinggi. Kilang penapaian Carlsberg di Shanghai memulakan pengeluaran pada tahun 1998.