Carlos Saúl Menem | |
---|---|
Presiden Argentina ke-50 | |
Dalam jawatan 8 Julai 1989 – 10 Disember 1999 | |
Naib Presiden | Eduardo Duhalde Carlos Ruckauf |
Didahului oleh | Raul Alfonsín |
Digantikan oleh | Fernando de la Rúa |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 2 Julai 1930 Anillaco, La Rioja, Argentina |
Mati | 14 Februari 2021 Buenos Aires, Buenos Aires, Argentina | (umur 90)
Kewarganegaraan | Argentina |
Parti politik | Partido Justicialista |
Pasangan | Zulema Fátima Yoma (bercerai 1991) Cecilia Bolocco (berkahwin 2001) |
Carlos Saúl Menem (2 Julai 1930 – 14 Februari 2021) adalah Presiden Argentina yang berjaya mengeluarkan negara ini daripada kemelut ekonomi yang teruk dan merupakan antara Presiden yang paling lama berkhidmat iaitu selama 10 tahun. Namun beliau dikecam hebat kerana mengamalkan korupsi dan gagal menangani beberapa tragedi dalaman seperti pengeboman di kedutaan Israel 1992 dan pengeboman di pusat masyarakat Yahudi AMIA pada 1994.
Latar belakang
Beliau lahir dalam keluarga beragama Islam Saúl Menem dan Mohibe Akil, imigran Syria di kota kecil Anillaco, di provinsi La Rioja. Menem belajar untuk menjadi pengacara di Universiti Córdoba dan menjadi penyokong Juan Perón. Menem amat giat berkempen untuk tahanan politik dan ditahan pada 1957 kerana menyokong gerakan kekerasan menentang diktator Aramburu.
Meskipun beliau kemudiannya memeluk agama Katolik, ikatannya dengan tanahair bangsa Arab tetap kuat. Pada 1964 Menem pulang ke Syria dan di sana beliau bertemu dengan seorang wanita Islam bernama Zulema Fátima Yoma, seorang keturunan Syria-Argentina. Keduanya menikah pada 1966 tetapi Zulema masih kekal dengan agamanya. Menem juga menjadi presiden untuk Persatuan keturunan Syria-Lebanon di La Rioja.
Menem menceraikan Zulema Yoma pada 1991. Anaknya yang bernama Zulema María Eva Menem menjalankan peranan sebagai Ibu Negara pada acara-acara rasmi untuk sisa masa jabatan kepresidenan ayahnya. Pada 1995, anaknya, Carlos Saúl Facundo Menem Yoma meninggal dalam kemalangan helikopter. Meskipun kejadian ini dinyatakan sebagai kemalangan, namun ramai orang percaya bahwa ini adalah pembunuhan berunsurkan politik. Pada Mei 2001, Menem menikahi model yang berasal dari Chile bernama Cecilia Bolocco (Miss Universe 1987) yang 35 tahun lebih muda daripadanya.
Karier politik
Menem terpilih menjadi gabenor La Rioja pada 1973, suatu jawatan penting setelah tergulingnya Presiden Isabel Martínez de Perón pada Mac 1976. Isabel telah dipenjarakan oleh junta tentera di Tandil, Buenos Aires, sehingga tahun 1981. Pada Oktober 1983, dengan jatuhnya pemerintahan ketenteraan, Menem terpilih kembali sebagai Gabenor La Rioja.
Presiden
Menem yang berkempen sebagai seorang pemberontak di dalam partinya sendiri dan memenangkan pemilihan pendahuluan. Pada 1989 ia terpilih menjadi presiden, menggantikan Raúl Alfonsín. Kempennya berlandaskan janji-janji kabur berupa revolusi produktif dan salariazo (yang bermaksud "kenaikan gaji yang besar"), yang ditujukan kepada kelas pekerja, pendukung tradisional Parti Peronis.
Beliau dilantik sebagai Presiden ketika krisis ekonomi besar dengan hiperinflasi dan kemerosotan ekonomi yang teruk. Setelah mencuba beberapa dasar yang gagal, Menteri Kewangannya iaitu Domingo Cavallo memperkenalkan pula beberapa dasar kewangan baru dan menambat nilai peso Argentina dengan dolar Amerika. Selain itu, pentadbirannya telah melaksanakan pengswastaan perusahaan-perusahaan perkhidmatan awam (termasuk perusahaan minyak, pos, telefon, gas, tenaga eletrik dan pembekalan air) dan arus dana pelaburan asing langsung yang besar-besaran menolong mengawal inflasi (dari 5% setahun pada akhir 1980-an hingga hampir sifar pada awal 1990-an) dan untuk memperbaiki ekonomi, namun semua itu harus dibayar dengan tingkat pengangguran yang cukup besar. Pada 1991 beliau menolong mendirikan pasaran bebas Mercosur. Keberhasilan Menem untuk memperbaiki ekonomi menjadikan negara itu salah satu pelaku terbaik di Amerika Latin. Dari 1990 hingga 1994, KDNK meningkat dengan rekod 35% (http://www.indec.mecon.ar/) yang menolongnya terpilih kembali ke dalam jabatan kepresidenan dengan majoriti yang besar.
Namun kejayaan awal dari menambat peso Argentina dengan dolar (ketika nilai dolar jatuh) diikuti oleh meningkatnya kesulitan-kesulitan ekonomi ketika dolar mulai bangkit sejak 1995 di pasaran antarabangsa. Hutang luaran yang tinggi juga menyebabkan meningkatnya masalah-masalah ketika krisis kewangan yang mempengaruhi negara-negara lain (Krisis Tequila) di Mexico, Krisis Asia, kegagalan Rusia untuk membayar hutangnya pada 1998) menyebabkan tingkat suku bunga yang lebih tinggi pula untuk Argentina. Beberapa tahun kemudian setelah mandatnya berakhir, ikatan dengan dolar itu terbukti tidak dapat dipertahankan, meskipun ada dukungan pinjaman besar-besaran dari Tabung Kewangan Antarabangsa, dan harus ditinggalkan pada 2002, dengan akibat yang menghancurkan terhadap ekonomi Argentina.
Pemerintahan Menem tercemar dengan tuduhan-tuduhan korupsi. Pentadbirannya juga dibidas mengenai penyiasatan terhadap pengeboman Kedutaan Israel 1992 dan pengeboman terhadap pusat masyarakat Yahudi AMIA 1994 seringkali dikritik tidak jujur dan dangkal. Ia dicurigai telah mengalihkan penyelidikan dari petunjuk Iran, yang akan membawanya kepada negara itu yang bertanggung jawab atas serangan tersebut.
Salah satu dari langkah-langkah yang paling dikritik dari pemerintahannya adalah pengampunan yang diberikannya kepada Jorge Rafael Videla, Emilio Massera, Leopoldo Galtieri dan para pemimpin lainnya dari Proceso de Reorganización Nacional (pemerintahan diktator 1976–1983), dan sejumlah pemimpin pengganas pula, dengan alasan "rekonsiliasi nasional". Kebijakan-kebijakan neo-liberalnya juga sangat ditentang, dan menjelaskan sebab-sebab lahirnya gerakan Piquetero yang baru, yang lahir di Provinsi Neuquen. Namun demikian, harus dicatat bahwa banyak sekali kaum neo-liberal (khususnya mereka yang berasal dari Aliran Austria, seperti Murray Rothbard) sangat tidak setuju dengan ikatan peso Argentina dengan dolar sepenuhnya dan langkah-langkah campurtangannya yang lain dari pemerintahan Menem, sehingga kebijakan Menem tidak tepat disebut 'liberal'. Hal ini juga mencakup korupsi, pertumbuhan gaji sektor awam, semi-swastanisasi (perusahaan-perusahaan yang sebelumnya dikelola negara 'diswastakan' namun tetap disubsidi oleh negara) dan peningkatan hutang publik Argentina yang sangat besar. Pemerintahan Menem memulihkan hubungan dengan United Kingdom yang terputus akibat Perang Falkland, meskipun ramai orang yang menentangnya karena penaklukan kembali yang berdarah.
Pada 1994, setelah suatu perjanjian politik (Pakta Olivos) dengan pemimpin partai Uni Warga Radikal, bekas presiden Alfonsin, Menem berhasil membuat perubahan terhadap Perlembagaan Argentina 1994 yang memungkinkan pemilihan kembali presiden, sehingga ia dapat mencalonkan dirinya lagi pada 1995.
Melanjutkan karier politik
Usahanya untuk mencalonkan diri untuk ketiga kalinya pada 1999 gagal karena ia melanggar perlembagaan negara.
Pada pusingan pertama pilihan raya presiden (27 April 2003), Menem memenangi jumlah undi terbesar (25%), namun gagal mendapatkan cukup undi untuk mendapatkan kemenangan majoriti. Pusingan kedua antara Menem dan pemenang keduanya, Néstor Kirchner telah dijadualkan pada 18 Mei 2003. Oleh kerana yakin bahawa dia akan mengalami kekalahan teruk, Menem memutuskan untuk menarik diri, sehingga Kirchner secara otomatik menjadi presiden yang baru.
Pada Jun 2004 Menem mengumumkan bahawa ia telah mendirikan sebuah haluan baru dalam Parti Justicialist, yang disebut Peronisme Rakyat, dan menyatakan cita-citanya untuk ikut serta dalam pilihan raya presiden 2007.
Pada 2005, pers melaporkan bahwa ia berusaha mengadakan pakatan dengan bekas Menteri Ekonominya Domingo Cavallo untuk bertarung dalam pilihan raya parlimen. Pakatan ini tampaknya gagal; Menem mengatakan bahwa hanya ada satu percakapan pendahuluan. Dalam pemilu 23 Oktober, Menem mendapat undi minoriti di pilihan raya Senat untuk mewakili provinsi kelahirannya. Ini dipandang sebagai kekalahan yang menghancurkan, menandakan berakhirnya dominasi politiknya di La Rioja, karena kedua-dua senator yang mendapat undi majoriti adalah daripada haluan Presiden Kirchner, yang secara lokal dipimpin oleh bekas gabenor Menemis Ángel Maza. Inilah kali pertama dalam 30 tahun Menem kalah dalam pilihan raya.
Didahului oleh: Raul Alfonsín |
Presiden Argentina | Digantikan oleh: Fernando de la Rúa |