Wan tu som atau juga "one, two, som" atau burung batu air merupakan satu kaedah pengundian yang dilakukan oleh kanak-kanak bagi menentukan giliran dalam sesuatu permainan. Ia hampir serupa dengan Batu-Gunting-Kertas.
Ia dilakukan secara berkumpulan dengan mengucapkan "wan tu som" secara serentak, sebelum menunjukkan gengaman tangan (batu), telapak tangan (air) atau tangan bermuncung (burung).
- Batu dikira kalah dengan air kerana batu tenggelam dalam air.
- Air kalah dengan burung kerana burung minum air.
- Burung kalah dengan batu kerana burung dilastik dengan batu.
Selain menggunakan kaedah wan tu som, undian bagi menentukan giliran juga dilakukan melalui kaedah Lai lai li tam plong.