Burung ajuk-ajuk | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genera | |
Burung ajuk-ajuk merupakan kumpulan burung passerine Dunia Baru yang berasal daripada keluarga Mimidae. Kumpulan ini mempunyai beberapa spesies yang sifatnya suka mengajuk kicauan burung-burung lain sekitarnya serta bunyi dihasilkan serangga dan amfibia,[1] selalunya berbunyi kuat dan dalam pewarisan yang pesat. Terdapat sebanyak 17 spesies dalam tiga genus berkongsi ciri tabiat pengajukan yang disebutkan. Perkara ini tidak membentuk keturunan monofili: Mimus dan Nesomimus berkait rapat; saudara-mara terdekat yang hidup adalah beberapa ekor burung thrasher, seperti Burung Thrasher Sage. Melanotis adalah sangat berbeza; serta mewakili keturunan purba basal Mimidae.[2][3]
Spesies dalam turutan taksonomi
- Burung ajuk-ajuk coklat belakang, Mimus dorsalis
- Burung ajuk-ajuk Bahama, Mimus gundlachii
- Burung ajuk-ajuk berekor panjang, Mimus longicaudatus
- Burung ajuk-ajuk Patagonia, Mimus patagonicus
- Burung ajuk-ajuk Chile, Mimus thenca
- Burung ajuk-ajuk berbelang putih, Mimus triurus
- Burung ajuk-ajuk Utara, Mimus polyglottos
- Burung ajuk-ajuk Socorro, Mimus graysoni
- Burung ajuk-ajuk Tropikal, Mimus gilvus
- Burung ajuk-ajuk berkening kapur, Mimus saturninus
- Burung ajuk-ajuk Tukup, Mimus macdonaldi
- Burung ajuk-ajuk Galápagos, Mimus parvulus
- Burung ajuk-ajuk Floreana atau Burung ajuk-ajuk Charles, Mimus trifasciatus
- Burung ajuk-ajuk San Cristóbal, Mimus melanotis
- Burung ajuk-ajuk biru, Melanotis caerulescens
- Burung ajuk-ajuk biru-dan-putih, Melanotis hypoleucus
Darwin dan burung ajuk-ajuk
Apabila tinjuan menerusi pelayaran HMS Beagle di Pulau Galápagos dilakukan bermula daripada September hingga Oktober 1835, ahli alamiah Charles Darwin telah menemui burung ajuk-ajuk Mimus thenca berbeza dari pulau ke pulau, dan berkait rapat dari segi rupa burung ajuk-ajuk daripada tanah besar Amerika Selatan. Hampir setahun kemudian, beliau menulis nota selepas pulang daripada pelayaran tersebut dan menjangkakan burung ajuk ajuk dan kura-kura Galápagos boleh menjejaskan kestabilan doktrin spesies. Penemuan ini merupakan yang pertama pernah direkodkan berkenaan kesangsian beliau mengenai spesies yang tidak berubah, serta menyakinkannya untuk mempercayai transmutasi spesies dan seterusnya, evolusi.[4]
Rujukan
- ^ "Mockingbirds". 10000birds.com.
- ^ Hunt, Jeffrey S.; Bermingham, Eldredge; & Ricklefs, Robert E. (2001): "Molecular systematics and biogeography of Antillean thrashers, tremblers, and mockingbirds (Aves: Mimidae)." Auk 118(1): 35–55. DOI:10.1642/0004-8038(2001)118[0035:MSABOA]2.0.CO;2
- ^ Barber, Brian R.; Martínez-Gómez, Juan E. & Peterson, A. Townsend (2004) "Systematic position of the Socorro mockingbird Mimodes graysoni." J. Avian Biol. 35: 195–198. doi:10.1111/j.0908-8857.2004.03233.x
- ^ Keynes 2001, halaman xix.
Pautan luar
- Video, gambar dan rakaman bunyi burung ajuk-ajuk di Internet Bird Collection