Gembala Kerbau Rumah | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. tristis
|
Nama binomial | |
Acridotheres tristis | |
Subspecies | |
Acridotheres tristis melanosternus | |
Taburan Gembala Kerbau Rumah. Taburan asli dalam biru, taburan diperkenali dalam merah. |
Burung Gembala Kerbau Rumah atau juga dikenali sebagai Tiong Gembala Kerbau, nama saintifiknya Acridotheses tristis boleh dijumpai dari Iran sehingga ke Asia Tenggara. Burung Gembala Kerbau Rumah merupakan ahli keluarga burung Tiong (Sturnidae) yang berasal di Asia. Burung Gembala Kerbau Rumah merupakan burung maserba kawasan hutan terbuka dengan sifat menjaga kawasan yang kuat, burung Gembala Kerbau Rumah telah menyesuaikan dengan baik dengan persekitaran bandar. Burung Gembala Kerbau Rumah telah diperkenalkan dikebanyakan bahagian lain di dunia dan taburannya semakin meningkat.[2] Ia merupakan ancaman serius bagi sistem ekologi di Australia.
Burung Gembala Kerbau Rumah merupakan motif penting dalam budaya India dan muncul dalam kesasteraan Sanskrit dan Prakrit.
Ciri-ciri
Burung Gembala Kerbau Rumah makan serangga dan sisa-sisa makanan.
-
Burung Tiong Gembala Kerbau.
-
Burung Tiong Gembala Kerbau bersarang.
-
Burung Tiong Gembala Kerbau di atas pokok Tulip Afrika.
-
Burung Tiong Gembala Kerbau di Australia, Taman Melbourne.
-
Burung Tiong Gembala Kerbau di Malaysia
-
Acridotheres tristis
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Burung Tiong Gembala Kerbau. |
Gambaran
Burung Gembala Kerbau Rumah mudah dikenali dengan badannya yang bewarna perang, kepala selubung hitam, dan tompok kuning dibelakang mata. Paruh dan kakinya adalah kuning terang.. Terdapat tompok putih pada tepi utama ("pelepah primer luar") dan alad sayap di bahagian bawah adalah bewarna putih. Kedua jantna adaah serupa dan burung Gembala Kerbau Rumah biasanya dilihat berpasangan..[3]
Burung Gembala Kerbau Rumah menurut Peraturan Gloger iaitu burung dari barat laut India cenderung lebih pucat berbanding burung sama di Selatan India yang lebih gelap.[4][5]
Morphometri
Morphometri menurut Ali & Ripley (2001).[4]
- Panjang badan:23 cms.
Parameter/jantina | Jantan | Betina |
---|---|---|
Berat purata (gram) | ||
Kepak (mm) | ||
Paruh (mm) | ||
Tarsus (Tulang kaki)(mm) | ||
Ekor (mm) |
Taburan
Burung Gembala Kerbau Rumah merupakan spesies burung tempatan di Asia dengan julat asal merangkumi dari Iran, keseluruhan Asia Selatan termasuk Pakistan, India, Nepal, Bhutan, Bangladesh dan Sri Lanka; dan termasuk Turkmenistan, Afghanistan, Kazakhstan, Myanmar, sehingga ke Malaysia, semenanjung Thailand, Indo-China dan China.[4][6]
Burung Gembala Kerbau Rumah turut diperkenalkan di bahagian lain dunia seperti Kanada, Australia, New Zealand, New Caledonia, Hawaii, Afrika Selatan, dan kepulauan di Lautan India (Seychelles, Mauritius, Maldives, Andaman dan Kepulauan Nicobar dan archipelago Lakshadweep dan juga kepulauan di Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.[4] Julat burung Gembala Kerbau Rumah semakin meningkat sehinggakan pada 2000 the IUCN Species Survival Commission mengistiharkannya sebagai antara 100 spesies ceroboh Dunia paling teruk.[2] Burung Gembala Kerbau Rumah merupakan salah satu dari tiga burung dalam senarai spesies ceroboh dalam daftar ini.
Etimologi
Etimologi bagi nama saintifik adalah seperti berikut:[7]
- Acridotheres: Greek akris, akrodos, belalang; theres, pemburu.
- tristis: Latin tristis, muram; Latin Moden tristis, warna pudar).
Taxonomi dan sub spesies
Burung Gembala Kerbau Rumah memiliki dua soesies kecil:[4]
- Acridotheres tristis tristis (Linnaeus, 1758). Tersebar luas, termasuk Sri Lanka.
- A. t. melanosternus Legge, 1879. Tempatan di Sri Lanka.
Spesies kecil melanosternus adalah lebih gelap berbanding spesies kecil lantikan "nominate subspecies", memiliki litupan badan separuh hitam dan separuh putih ("primary coverts") dan memiliki tompok pipi kuning lebih besar.[4][5]
Jenis tempatan bagi spesies kecil dilantik adalah Pondicherry, India.[7]
Tingkah laku
Bunyi
Bunyi burung Gembala Kerbau Rumah termasuk menguak, berketak, chirps, klik dan bersiul, dan ia sering mengepak bulunya dan mengangguk kepalanya ketika menyanyi. Burung Gembala Kerbau Rumah berkeriau amaran kepada pasangannya atau burung lain sekiranya terdapat pemangsa berhampiran atau apabila ia hendak terbang.[8] Burung Gembala Kerbau Rumah popular sebagai burung kurungan kerana nyanyiannya dan keupayaannya untuk "bertutur". Sebelum tidur dalam tenggekan kawanan, burung Gembala Kerbau Rumah berbunyi bersama-sama, dalam apa yang dikenali sebagai "bunyi masyarakat".[9]
Pembiakan
Burung Gembala Kerbau Rumah dipercayai berkelamin sepanjang hayat. Ia membiak sepanjang tahun, bergantung kepada lokasi, membina sarang mereka dalam lubang pada pokok atau dinding. Ia membiak dari aras aut sehingga aras 3000 m di Himalayas.[4]
Saiz rangkap biasa adalah 4–6 telur. Saiz purata telur adalah 30.8 x 21.99 mm. Tempoh pengeraman adalah antara 17 sehingga 18 hari dan tempoh tumbuh bulu adalah antara 22 sehingga 24 hari.[4] ("Asian Koel") kadang-kala menjadi parasit sarang bagi spesies ini..[10] Nesting material used by mynas include twigs, roots, tow and rubbish. Mynas have been known to use tissue paper, tin foil and sloughed off snake-skin.[4]
Semasa musim membiak, tempoh masa aktiviti burung Gembala Kerbau Rumah di Pune pada April sehingga Jun 1978 telah direkod seperti berikut (42%), memantau persekitaran (28%), pergerakan (12%), makan (4%), menyanyi (7%) dan kativiti berkait perapian, interaksi dan aktiviti lain (7%).[11]
Burung Gembala Kerbau Rumah membina sarang burung Belatuk, parakeet, contohnya dan mudah berpindah ke sarang kotak; ia telah direkod menyingkir anak burung pasangan bersarang sebelumnya dengan menggunakan paruhnya dan kemudiannya kadang-kala tidak menggunakan sarang yang telah dikosongkan. Tingkah laku agresif ini dianggap menyumbang kepada kejayaannya sebagai spesies ceroboh [12]
Permakanan
Sebagaimana kebanyakan burung "starlings", burung Gembala Kerbau Rumah adalah maserba. Ia makan serangga, labah-labah ("arachnids"), krustaseans, reptilia, mamalia kecil, biji benih, bijirin, dan buah dan bahan buangan dari penempatan manusia. Ia mencari makan di tanah di celah rumput bagi serangga, dan terutamanya belalang, dari mana ia mendapat nama generik Acridotheres, "pemburu belalang". Ia bagaimanapun makan sebilangan besar serangga, kebanyakannya dikutip dari tanah.[4][13] Burung Gembala Kerbau Rumah juga merupakan pendebunga silang bunga seperti Salmalia dan Erythrina. Ia berjalan di bumi dengan lompatan sekali-sekala dan pemakan cari peluang bagi serangga yang diganggu oleh lembu yang meragut termasuk rumput terbakar.[4]
Tingkah laku bersarang
Burung Gembala Kerbau Rumah bersarang berkelompok sepanjang tahun, samaada dalam satu kelompok atau dengan Jungle Mynas, Rosy Starlings, burung gagak, Jungle Crows, Cattle Egrets dan Rose-ringed Parakeet dan urung lain. Populasi bersarang boleh berjumlah antara kurang seratus sehingga beribu-ribu.[14][15] Tempoh ketibaan burung Gembala Kerbau Rumah di sarang bermula dan tamat sejurus sebelum matahari terbenam. Burung Gembala Kerbau Rumah berangkat sebelum matahari timbul. Tempoh dan jangka masa tiba dan berlepas, masa bagi duduk di tempat bersarang, tempoh masa tidur kawanan, saiz kawanan dan populasi berbeza menurut musim.[9][16][17]
Fungsi bersarang berkawanan adalah bagi menyelaras pelbagai aktiviti masyarakat, mengelak pemangsa, bertukar maklumat mengenai sumber makanan.[18]
Pertunjukkan masyarakat (sebelum dan selepas bersarang) terdiri daripada gerakan udara yang ditayangkan pada sebelum musim mengawan (November hingga March). Ia dianggap bahawa tingkah-laku ini berkait dengan pembentukan berpasangan.[19]
Habitat
Burung Gembala Kerbau Rumah dalam suku passerine ini biasanya terdapat di kawasan hutan terbuka, pertanian dan sekitar penempatan. Sungguhpun ia spesies yang mudah menyesuaikan diri, populasinya merosot teruk di Malaysia dan Singapura akibat saingan dari spesies sepupunya Javan Myna.[20]
Kejayaan di bandar
Burung Gembala Kerbau Rumah membiak di persekitaran bandar dan tepi bandar; Di Canberra, sebagai contoh, 110 burung Gembala Kerbau Rumah telah dilepaskan antara 1968 dan 1971. Menjelang 1991, kepadatan populasi burung Gembala Kerbau Rumah di Canberra purata 15 ekor burung setiap satu kilometer persegi.[21] Hanya tiga tahun berikutnya, kajian kedua mendapati kepadatan purata populasi 75 ekor burung setiap satu kilometer persegi di kawasan yang sama.[22]
Burung ini kemungkinannya mendapat kejayaannya di persekitaran tepi bandar dan bandar kerana evolusi asalnya; telah berevolusi di kawasan hutan terbuka di India, burung Gembala Kerbau Rumah telah bersedia dengan habitat dengan struktur tinggi menegak dan sedikit hingga tiada tumbuhan penutup bumi.,[23] ciri-ciri bagi jalan di bandar dan simpanan semulajadi di bandar.
Burung Gembala Kerbau Rumah (bersama keluarga Starling Eropah, burung Pipit, dan burung Pergam Batu liar) merupakan gangguan bagi bangunan di bandar; sarangnya menyekat saluran dan saliran air, menyebabkan kerosakan air kepada luaran bangunan.[24]
Spesies ceroboh
IUCN mengistiharkan burung ini sebagai salah satu dari tiga burung antara 100 spesies ceroboh paling teruk dunia.[25] (Other two invasive birds being Red-vented bulbul and European Starling) Ia turut diperkenalkan secara meluas di tempat lain, termasuk kawasan bersebelahan Asia Tenggara, Madagascar,[26] Timur Tengah, Afrika Selatan, Israel, Amerika Utara, Eropah, Australia, New Zealand dan pelbagai negara kepulauan yang lain, termasuk populasi yang menonjol di Hawaii.[6]
Burung Gembala Kerbau Rumah merupakan haiwan perosak di Afrika Selatan, Amerika Utara, Timur Tengah, Australia, New Zealand dan kebanyakan bahagian pulau Pasifik. Ia mpatanterutamanya dianggap masalah di Australia. Beberapa kaedah telah dicuba bagi mengawal bilangan burung ini dan melindungi burung tempatan.p-0
Australia
Di Australia, burung Gembala Kerbau Rumah mdianggap haiwan perosak spesies ceroboh. Mereka sering kali merupakan haiwan berkuasa di kawasan bandar di sepanjang persisiran Timur. Pada 2008 undian popular menamakan burung ini sebagai "masalah/haiwan perosak terpenting" di Australia, turut mendapat gelaran "tikus terbang" akibat tabiat mereka menyelongkar sampah menyerupai tikus.[27]
Burung Gembala Kerbau Rumah pertama kali diperkenalkan di Australia di Victoria antara 1863 dan 1872 ke taman pasar Melbourne bagi mengawal serangga. Burung ini kemungkinannya merebak ke New South Wales (di mana ia kini paling banyak) sekitar masa yang sama, tetapi dokumentasi adalah kabur.[28] Burung ini kemudiannya diperkenalkan di Queensland sebagai pemangsa kepada belalang dan kumbang tebu ("cane beetle"); asal ia di bawa ke Victoria kemudiannya adalah tidak jelas, hilang dalam sejarah.[28] Pada masa kini, populasi burung Gembala Kerbau Rumah tertumpu di sepanjang persisiran timur sekitar Sydney dan kawasan pinggr bandar sekiarnya, dengan sedikit populasi di Victoria dan beberapa populasi terpencil di Queensland.[29] Pada tahun 2009 beberapa majlis perbandaran di New South Wales memulakan ujian menangkap burung Gembala Kerbau Rumah sebagai usaha untuk mengurangkan bilangannya.[30]
Burung Gembala Kerbau Rumah mampu hidup dan membiak dalam julat suhu yang berbeza, sungguhpun ia membiak di kawasan lebih panas. Populasi burung Gembala Kerbau Rumah kendiri telah didapati di kawasan di mana purata bulan terpanas tidak kurang dari 23.2 °C dan purata bulan paling sejuk tidak kurang dari -0.4 °C, membayangkan bahawa burung Gembala Kerbau Rumah berpotensi merebak dari Sydney ke utara seanjang persisiran timur sehingga ke Cairns dan ke barat sepanjang persisiran selatan sehingga ke Adelaide (sungguhpun tidak ke Tasmania, Darwin, atau menyeberang Banjaran Pemisah Agung ke kawasan kering tengah).[31]
Afrika Selatan
Di Afrika Selatan di mana ia bebas liar sejak 1902, ia menjadi biasa dan taburannya semakin luas di mana manusia lebih ramai atau di mana terdapat lebih gangguan manusia.[32] Burung ini juga terkenal sebagai perosak, menyingkir burung lain dari sarag mereka dan membunuh anak burung lain akibat naluri menjaga kawasan yang kuat mereka, di Afrika Selatan ia dianggap sebagai perosak utama dan pengganggu habitat semulajadi, dengan itu mereka sering ditembak dan dibunuh oleh orang-orang di bandar dan juga petani.
Effect on ecosystems and humans
Ancaman kepada burung tempatan
Burung Gembala Kerbau Rumah merupakan spesies bersarang dalam lubang; iaitu, ia bersarang dan membiak dalam lubang pada pokok atau pada bangunan (sebagai contoh, tingkap terbenam atau anjung rendah).[33] Berbanding spesies bersarang dalam lubang, burung Gembala Kerbau Rumah amat agresif, dan jantan membiak akan melindungi secara aktif kawasan seluas sehingga 0.83 hektar (sungguhpun jantan dalam persekitaran bandar padat cenderung hanya mempertahankan kawasan sekeliling sarang mereka sahaja).[34]
Sifat agresif ini membolehkan burung Gembala Kerbau Rumah menggantikan kebanyakan pasangan bersarang dalam lubang tempatan yang membiak, dengan itu mengurangkan kejayaan pembiakan mereka. Terutamanya, kadar pembiakan nuri bersarang dalam lubang tempatan di Australia telah berkurangan sehingga 80% oleh burung Gembala Kerbau Rumah (yang malah mampu menyaingi spesies lain yang diperkenalkan di situ, Starling Eropah).[33]
Burung Gembala Kerbau Rumah diketahui mengekalkan sehingga dua sarang bertenggek serentak; sarang musim panas sementara berhampiran kawasan membiak,di mana keseluruhan burung jantan tidur semasa musim panas, tempoh paling agresif), dan sarang kekal sepanjang tahun di mana burung betina mengeram semalaman. Kedua-dua burung Gembala Kerbau Rumah jantan dan betina akan mempertahankan kedua-dua sarang sepanjang masa, mendorong kepada penyingkiran lanjut burung tempatan.[34]
Ancaman kepada tanaman dan padang ragut
Burung Gembala Kerbau Rumah (yang biasanya memakan serangga di atas tanah, buah-buahan tropika seperti anggur, plum dan sesetengah beri dan, di kawasan bandar, makanan manusia yang dibuang)[35] merupakan ancaman serius oada tanaman blueberry Australian, sungguhpun ancaman utamanya adalah pada spesies burung tempatan.[36]
Di Hawaii, di mana burung Gembala Kerbau Rumah diperkenalkan bagi mengawal serangga perosak armyworm dan cutworm pada tanaman tebu, ia turut membantu penyebaran rumpai Lantana camara tahan lasak disepanjang kawasan padang rumput di kepulauan itu.[37] Ia turut direkodkan sebagai burung perosak keempat oleh industri buah-buahan pada kajiselidik tahun 2004 oleh Hawaiian Farm Bureau dan yang keenam bagi aduan burung perosak keseluruhan.[38]
Dalam kebudayaan
Burung Gembala Kerbau Rumah muncul di bawah nama saarika dalam budaya India sejak tempoh Vedik, muncul dalam kedua-dua kesusteraan klasik India (Sanskrit) dan juga dalam teks Buddha Prakrit. Istilah Sankrit shuksarika, yang merujuk kepada ("Rose-ringed Parakeet") (shuk) dan burung Gembala Kerbau Rumah (saarika), digunakan bagi mewakili pasangan, kemungkinan kerana kedua-dua burung bersuara kuat dan mampu mengajuk bunyi suara manusia.[39]
Dalam kesusteraan Sanskrit, burung Gembala Kerbau Rumah memiliki pelbagai nama, kebanyakannya merujuk kepada gambaran atau tingkah-laku burung tersebut. Selain saarika, nama lain brung Gembala Kerbau Rumah termasuk kalahapriya, yang bererti "suka berbalah" merujuk kepada sifat suka berkelahi burung ini; chitranetra, bererti "mata menawan"; peetanetra (yang bermata kuning) dan peetapaad (yang berkaki kuning).[40]
Bahan kimia penghindar
Penghindar siput, methiocarb telah diuji di Australia pada 1970-an sebagai penghindar burung, tetapi ujia tidak jelas pada ujian di lapangan dan masalah dengan yang dihadapi bersama umpan beracun (contoh., keracunan bukan sasaran) menghalang penggunaan meluas. Penggunaan methiocarb sebagai penghindar burung selepas itu telah dihentikan kerana pengilang gagal memberikan data keracunan yang memuaskan bagi pembaharuan pendaftaran.[41]
Lihat juga
- (Manorina melanocephala) - burung tempatan Australia yang kadang kala dikelirukan oleh (orang Australia) dengan Common Mynah Gembala Kerbau Rumah kerana nama yang bunyi hampir serupa.
Rujukan
- ^ BirdLife International (2008). Acridotheres tristis. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 23 February 2009.
- ^ a b Lowe S., Browne M., Boudjelas S. and de Poorter M. (2000). 100 of the World’s Worst Invasive Alien Species. A selection from the Global Invasive Species Database. The Invasive Species Specialist Group (ISSG), a specialist group of the Species Survival Commission (SSC) of the World Conservation Union (IUCN), Auckland.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Rasmussen, PC & JC Anderton (2005). Birds of South Asia: The Ripley Guide. Vol 2. Smithsonian Institution & Lynx Edicions. m/s. 584.
- ^ a b c d e f g h i j k Ali, Salim (2001). Handbook of the Birds of India and Pakistan, Volume 5 (ed. 2 (paperback)). India: Oxford University Press. m/s. 177–181, 278. ISBN 0195659384. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ a b Rasmussen, Pamela C. (2005). Birds of South Asia - The Ripley Guide (volume 2). Smithsonian Institution, Washington & Lynx edicions, Barcelona. m/s. 584, 683. ISBN 8487334660. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ a b "Common Myna". Dicapai pada December 23, 2007.
- ^ a b Pande, Satish (2009). Latin names of Indian birds explained. Mumbai: Bombay Natural History Society and Oxford University Press. m/s. 417, 506. ISBN 9780198066255.
- ^ Griffin, Andrea S. (2008). "Social learning in Indian mynahs, Acridotheres tristis: the role of distress calls". Animal Behaviour. 75 (1): 79–89. doi:10.1016/j.anbehav.2007.04.008.
- ^ a b Mahabal, Anil; Vaidya, V.G. (1989). "Diurnal rhythms and seasonal changes in the roosting behaviour of Indian Myna Acridotheres tristis (Linnaeus)". Proceedings of Indian Academy of Sciences (Animal Science). Indian Academy of Sciences, Bangalore. 98 (3): 199–209. Dicapai pada 22 January 2011.
- ^ Choudhury A. (1998). "Common Myna feeding a fledgling koel". Journal of the Bombay Natural History Society. 95 (1): 115.
- ^ Mahabal, Anil (1991). "Activity-time budget of Indian Myna Acridotheres tristis (Linnaeus) during the breeding season". Journal of the Bombay Natural History Society. Bombay Natural History Society. 90 (1): 96–97. Dicapai pada 22 January 2011.
- ^ Pande, Satish (2003). Birds of Western Ghats, Kokan and Malabar (including birds of Goa). Mumbai: Bombay Natural History Society & Oxford University Press. m/s. 312, 377. ISBN 0195668782. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Mathew, DN; Narendran, TC; Zacharias, VJ (1978). "A comparative study of the feeding habits of certain species of Indian birds affecting agriculture". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 75 (4): 1178–1197.
- ^ Mahabal, Anil; Bastawade, D.B. (1991). "Mixed roosting associates of Indian Myna Acridotheres tristis in Pune city, India". Pavo. Department of Zoolgy, Maharaja Sayajirao Gaikwad University, Vadodara. 29 (1 & 2): 23–32. Dicapai pada 22 January 2011.
- ^ Mahabal, Anil (1992). "Diurnal intra- and inter-specific assemblages of Indian Mynas". Biovigyanam. Maharashtra Association for the Cultivation of Science, Pune. 18 (2): 116–118. Dicapai pada 22 January 2011.
- ^ Mahabal, Anil; Bastawade, D.B.; Vaidya, V.G. (1990). "Spatial and temporal fluctuations in the population of Common Myna Acridotheres tristis (Linnaeus) in and around an Indian City". Journal of Bombay Natural History Society. Bombay Natural History Society, Mumbai. 87 (3): 392–398. Dicapai pada 22 January 2011.
- ^ Mahabal, Anil (1993). "Seasonal changes in the flocking behaviour of Indian Myna 'Acridotheres tristis (Linnaeus)". Biovigyanam. Maharashtra Association for the Cultivation of Science, Pune. 19 (1 & 2): 55–64. Dicapai pada 22 January 2011.
- ^ Mahabal, Anil (1997). "Communal roosting in Common Mynas and its functional significanca". Journal of Bombay Natural History Society. Bombay Natural History Society, Mumbai. 94 (2): 342–349. Dicapai pada 22 January 2011.
- ^ Mahabal, Anil (1993). "Communal display behaviour of Indian Myna 'Acridotheres tristis(Linnaeus)". Pavo. Department of Zoolgy, Maharaja Sayajirao Gaikwad University, Vadodara. 31 (1&2): 45–54.
- ^ Bird Ecology Study Group, Nature Society (Singapore):<http://besgroup.blogspot.com/2005/12/ubiquitous-javan-myna.html>. Accessed 25 Oct 2007
- ^ Pell, A.S. (1997). "The Ecology of the Common Myna in Urban Nature Reserves in the Australian Capital Territory" (PDF). Emu. Royal Australasian Ornithologists Union. 97: 141–149. doi:10.1071/MU97018. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Pell 1997, p.146
- ^ Pell 1997, p.141
- ^ Bomford, M. (2002). "Australian research on bird pests: impact, management and future directions" (PDF). Emu. Royal Australasian Ornithologists Union. 102: 35. doi:10.1071/MU01028. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Lowe S., Browne M., Boudjelas S. and de Poorter M. (2000). 100 of the World’s Worst Invasive Alien Species. A selection from the Global Invasive Species Database. The Invasive Species Specialist Group (ISSG), a specialist group of the Species Survival Commission (SSC) of the World Conservation Union (IUCN), Auckland.
- ^ Wilme, Lucienne (1996). "Composition and characteristics of bird communities in Madagascar" (PDF). Biogéographie de Madagascar: 349–362.
- ^ ABC Wildwatch
- ^ a b Hone, J. (1978). "Introduction and Spread of the Common Myna in New South Wales" (PDF). Emu. Royal Australasian Ornithologists Union. 78 (4): 227. doi:10.1071/MU9780227.
- ^ Martin, W.K. (1996). "The Current and Potential Distribution of the Common Myna Acridotheres tristis in Australia" (PDF). Emu. Royal Australasian Ornithologists Union. 96: 169–170. doi:10.1071/MU9960166.
- ^ http://www.dailytelegraph.com.au/news/councils-assessing-backyard-traps-to-catch-indian-mynah-birds/story-e6frezt9-1225711964693
- ^ Martin 1996, pp.169–170
- ^ Derick S. Peacock, Berndt J. van Rensburg and Mark P. Robertson (2007). "The distribution and spread of the invasive alien Common Myna, Acridotheres tristis L. (Aves: Sturnidae), in southern Africa". South African Journal of Science. 103: 465–473.
- ^ a b Bomford 2002, p.34
- ^ a b Pell 1997, p.148
- ^ Pell 1997, p.147
- ^ Bomford 2002, p.30
- ^ Lori Lach, Rodolfo Zuniga, Doug Morrison (Januari 2000). "Environmental and Economic Costs of Nonindigenous Species in the United States". BioScience. American Institute of Biological Sciences. 50 (1): 53–56. doi:10.1641/0006-3568(2000)050[0053:EAECON]2.3.CO;2.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- ^ Koopman, ME & W C Pitt (2007). "Crop diversification leads to diverse bird problems in Hawaiian agriculture" (PDF). Human–Wildlife Conflicts. 1 (2): 235–243. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-01-10. Dicapai pada 2011-08-05.
- ^ Pande, Dr Suruchi. (2007). Some reflections on birds in Sanskrit literature. (A Thesis submitted for the degree of Vidyavachaspati (PhD) (Sanskrit) awarded from Shri Balmukund Lohiya Centre of Sanskrit and Indological Studies, Tilak Maharashtra Vidyapeeth, Pune).
- ^ Dave, K. N. (2005). Birds in Sanskrit Literature (ed. revised). Delhi: Motilal Banarsidass Private Ltd. m/s. 468, 516. ISBN 8120818423.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaB37
Bacaan lanjut
- Feare, Chris (1999). Starlings and Mynas. Princeton University Press. ISBN 0-7136-3961-X. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - Grimmett, Inskipp and Inskipp, Birds of India ISBN 0-691-04910-6
- Pell, A.S. & Tidemann, C.R. (1997) "The impact of two exotic hollow-nesting birds on two native parrots in savannah and woodland in eastern Australia", Biological Conservation, 79, 145-153. A study showing native birds being excluded from up to 80% of nesting sites in Canberra, Australia.
Buku
- Kannan, R., and D. A. James. 2001. Common Myna (Acridotheres tristis). In The Birds of North America, No. 583 (A. Poole and F. Gill, eds.). The Birds of North America, Inc., Philadelphia, PA.
Thesis
- Tunhikorn S. Ph.D. (1989). Resource partitioning of four sympatric mynas and starlings (Sturnidae) in Thailand. Oregon State University, United States.
Rencana
- Baker AJ & Moeed A. (1979). "Evolution in the Introduced New-Zealand Populations of the Common Myna Acridotheres tristis Aves Sturnidae". Canadian Journal of Zoology. 57 (3): 570–584.
- Baker AJ & Moeed A. (1980). "Morphometric variation in Indian samples of the common myna, Acridotheres tristis (Aves, Sturnidae)". Bijdragen Tot De Dierkunde. 50 (2): 351–363.
- Baker AJ & Moeed A. (1987). "Rapid genetic differentiation and founder effect in colonizing populations of common mynas (Acridotheres tristis)". Evolution. 41 (3): 525–538.
- Bharucha EK. (1989). "Common Myna as a Campfollower of Lesser Whistling Teals". Journal of the Bombay Natural History Society. 86 (3).
- Bilgin CC. (1996). "First record of the common myna (Acridotheres tristis) from Ankara, Turkey". Zoology in the Middle East. 13: 25–26.
- Bilqees FM, Khatoon N & Haseeb MF. (2004). "Neoechinorhynchotaenia sindhensis N. gen., N. sp. from the bird Acridotheres tristis of Sindh, Pakistan". Pakistan Journal of Zoology. 36 (3): 207–209.
- Chandra S, Agarwal GP & Saxena AK. (1988). "Seasonal Changes in the Population of Mallophaga on Acridotheres tristis". Angewandte Parasitologie. 29 (4): 244–249.
- Chandra S, Agarwal GP & Saxena AK. (1989). "Distribution of Mallophaga on the Body of Acridotheres tristis Aves. Angewandte Parasitologie". 30 (1): 39–42. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - Chandra S, Agarwal GP, Singh SPN & Saxena AK. (1990). "Seasonal Changes in a Population of Menacanthus eurysternus Mallophaga Amblycera on the Common Myna Acridotheres tristis". International Journal for Parasitology. 20 (8): 1063–1066.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Chaturvedi CM & Thapliyal JP. (1979). "Comparative Study of Adrenal Cycles in 3 Species of Indian Birds Athene brama, Acridotheres tristis and Coturnix coturnix". Indian Journal of Experimental Biology. 17 (10): 1049–1052.
- Chauhan RB, Parasharya BM & Yadav DN. (1998). "The food of nestlings of Indian Myna Acridotheres tristis. In Dhindsa, M S [Editor], Rao, P S [Editor], Parasharya, B M [Editor] Society for Applied Ornithology (India) , A. P. Agricultural University, Rajendranagar 500 030, India". Birds in agricultural ecosystem: 138–148.
- Crisp H & Lill A. (2006). "City slickers: Habitat use and foraging in urban Common Mynas Acridotheres tristis". Corella. 30 (1): 9–15.
- Davidar ERC. (1991). "14. Common Myna Acridotheres tristis Linn. Fishing". Journal of the Bombay Natural History Society. 88 (2).
- Dhanda SK & Dhindsa MS. (1993). "Eviction of ring dove, Streptopelia decaocto, from a nest box by common myna, Acridotheres tristis". Pavo. 31 (1–2): 35–38.
- Dhanda SK & Dhindsa MS. (1996). "Breeding performance of Indian Myna Acridotheres tristis in nestboxes and natural sites". Ibis. 138 (4): 788–791.
- Dhanda SK & Dhindsa MS. (1996). "Intraspecific brood parasitism in the common myna Acridotheres tristis (Linn.)". Journal of the Bombay Natural History Society. 93 (1): 91–93.
- Dhanda SK & Dhindsa MS. (1998). "Breeding ecology of common myna Acridotheres tristis with special reference to the effect of season and habitat on reproductive variables". Journal of the Bombay Natural History Society. 95 (1): 43–56.
- Fitzsimons JA. (2006). "Anti-predator aggression in the Common Myna Acridotheres tristis". Australian Field Ornithology. 23: 202–205.
- Fleischer RC, Williams RN & Baker AJ. (1991). "Genetic Variation within and among Populations of the Common Myna Acridotheres tristis in Hawaii USA". Journal of Heredity. 82 (3): 205–208.
- Gibson AR, Baker AJ & Moeed A. (1984). "Morphometric Variation in Introduced Populations of the Common Myna Acridotheres tristis an Application of the Jackknife to Principal Component Analysis". Systematic Zoology. 33 (4): 408–421.
- Greig-Smith P. (1982). "Behavior of Birds Entering and Leaving Communal Roosts of Madagascar Fodies Foudia madagascariensis and Indian Mynahs Acridotheres tristis". Ibis. 124 (4): 529–534.
- Gupta RC & Goel P. (1994). "On the roosting behaviour of Bank myna, common myna and pied myna". Geobios. 21 (2): 93–100.
- Hermes N. (1986). "A Census of the Common Mynah Acridotheres tristis Along an Axis of Dispersal". Corella. 10 (2): 55–57.
- Homan P. (2000). "Excluding the Common Myna Acridotheres tristis from artificial nest boxes using a baffle". Victorian Naturalist. 117 (2).
- Hone J. (1978). "Introduction and Spread of the Common Myna Acridotheres tristis in New-South-Wales Australia". Emu. 78 (4): 227–230.
- Ishtiaq F, Beadell JS, Baker AJ, Rahmani AR, Jhala YV & Fleischer RC. (2006). "Prevalence and evolutionary relationships of haematozoan parasites in native versus introduced populations of common myna Acridotheres tristis". Proceedings of the Royal Society Biological Sciences Series B. 273 (1586): 587–594.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Jadhav BV & Dandawate RR. (2004). "A new species of the genus Lapwingia (Singh 1952) from Acridotheres tristis at Aurangabad, India". Uttar Pradesh Journal of Zoology. 24 (2): 209–211.
- Kumar A, Kumar B, Arora MP, Kumar S & Tyagi R. (2004). "Effect of environmental factors on annual reproductive cycle of female common myna Acridotheres tristis". Journal of Experimental Zoology India. 7 (2): 313–318.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Mahabal A. (1993). "Activity-time budget of Indian myna Acridotheres tristis (Linnaeus) during the breeding season". Journal of the Bombay Natural History Society. 90 (1): 96–97.
- Mahabal A. (1993). "Communal display behaviour of Indian myna, Acridotheres tristis (Linnaeus)". Pavo. 31 (1–2): 45–54.
- Mahabal A. (1997). "Communal roosting in common mynas Acridotheres tristis and its functional significance". Journal of the Bombay Natural History Society. 94 (2): 342–349.
- {{cite journal|author=Mahabal A, Bastawade DB & Vaidya VG. |year=1990|title= Spatial and Temporal Fluctuations in the Populations of Common Myna Acridotheres tristis Linnaeus in and around an Indian City. |journal=Journal of the Bombay Natural History Society|volume=87|issue=3|pages=392–398.
- Mahabal A & Bastawde DB. (1991). "Mixed roosting associates of Indian Myna Acridotheres tristis in Pune City, India". Pavo. 29 (1–2): 23–32.
- Mahabal A & Vaidya VG. (1989). "Diurnal Rhythms and Seasonal Changes in the Roosting Behavior of Indian Myna Acridotheres tristis Linnaeus". Proceedings of the Indian Academy of Sciences Animal Sciences. 98 (3): 199–210.
- Malhi CS. (1987). "Hoarding Behavior in Common Myna Acridotheres tristis". Zeitschrift fuer Angewandte Zoologie. 74 (2): 247–248.
- Mallick B & Sarkar AK. (1982). "Observation on Cadmium Damage in Ovary of Common Myna Acridotheres tristis". Proceedings of the Zoological Society. 35 (1–2): 23–26.
- Martin WK. (1996). "The current and potential distribution of the common myna Acridotheres tristis in Australia". Emu. 96: 166–173.
- Pawar SB & Shinde GB. (2003). "A new species Valipora kallamensis n.sp. (Cestoda: Dilepididae) from Acridotheres tristis at Kallam, India". Uttar Pradesh Journal of Zoology. 23 (2): 167–169.
- Pell AS & Tidemann CR. (1997). "The ecology of the Common Myna in urban nature reserves in the Australian Capital Territory". Emu. 97: 141–149.
- Rahman MK & Husain KZ. (1988). "Notes on the Breeding Record of the Common Myna Acridotheres tristis tristis Linnaeus". Bangladesh Journal of Zoology. 16 (2): 155–158.
- Salunkhe PS. (1999). "Albino myna (Acridotheres tristis) near Vita, in Maharashtra". Journal of the Bombay Natural History Society. 96 (3).
- Sengupta S. (1976). "Food and Feeding Ecology of the Common Myna Acridotheres tristis". Proceedings of the Indian National Science Academy Part B Biological Sciences. 42 (6): 338–345.
- Sood ML & Dang HR. (1978). "Diplotriaena-Bhamoensis a Nematode Infection in Acridotheres tristis and Acridotheres ginginianus". Rivista di Parassitologia. 39 (2–3): 113–116.
- Srivastava R, Kumar S, Gupta N, Singh SK & Saxena AK. (2003). "Path coefficient analysis of correlation between breeding cycles of the common myna Acridotheres tristis (Passeriformes: Sturnidae) and its phthirapteran ectoparasites". Folia Parasitologica. 50 (4): 315–316.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Telecky TM. (1988). "Multiple Parentage in the Permanently Monogamous Common Myna Acridotheres tristis". Pacific Science. 42 (1–2): 133–134.
- Toor HS & Dhindsa MS (1980). "A New Nesting Site of Common Myna Acridotheres tristis in the Punjab India". Journal of the Bombay Natural History Society. 77 (2): 329–330.
- Uniyal DP (2004). "A note on behavioural observation of Rhesus Monkey (Macaca mulatta) and Common Myna (Acridotheres tristis)". Indian Forester. 130 (4): 469–470.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Burung Tiong Gembala Kerbau. |
- ANU Indian Common Myna page Diarkibkan 2010-02-17 di Wayback Machine Explains why Mynas are a problem and what can be done to control them.
- Common Myna videos on the Internet Bird Collection
- Indian Myna Control Handbook Diarkibkan 2009-02-19 di Wayback Machine
- Carian gambar di Google.
Senarai burung | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |