Punai jambu | |
---|---|
Seekor jantan di Zoo Cincinnati | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Columbiformes |
Keluarga: | Columbidae |
Genus: | Ptilinopus |
Spesies: | P. jambu
|
Nama binomial | |
Ptilinopus jambu Gmelin, 1789
|
Punai jambu (nama saintifik: Ptilinopus jambu)[2][3] ialah salah satu jenis burung kecil dalam genus Ptilinopus. Ia boleh didapati di selatan Thailand, Malaysia, Brunei dan pulau-pulau Kalimantan, Sumatra dan Jawa di Indonesia. Ia ditemukan di paya-paya bakau dan hutan hujan pamah setinggi 1,500 meter, juga di hutan sekunder.[4]
Burung ini dinilai sebagai spesies hampir terancam dalam Senarai Merah IUCN.[1]
Penamaan
Nama burung ini diberikan kerana kepalanya yang berwarna merah terang seperti bunga pokok jambu merah.[5]:99, 125
Ciri-ciri
Badan burung ini panjangnya 23–27 sentimeter dengan berat kira-kira 42 gram. Ia diselubungi bulu pelepah lembut dengan pewarnaan tersendiri termasuk lingkaran mata putih atau pucat dan kaki merah. Paruhnya berwarna jingga dan tidak bergigi.[3]
Muka burung jantan dewasa berwarna merah lembayung dengan dagu hitam, bahagian atasnya berwarna hijau gelas dan bahagian bawahnya berwarna putih gading; dadanya ada tompok berwarna merah jambu dan bawah ekornya ada tompok berwarna perang. Burung betina mempunyai muka berwarna ungu dengan dagu gelap, bahagian bawahnya putih dengan perut berwarna putih dan bahagian bawah ekor berwarna kuning keemasan atau kuning pucat.[3]
Tabiat
Pemakanan
Ia memakan buah yang dipetik terus dari pokok atau terjatuh dari burung enggang atau monyet.[3]
Pembiakan
Burung punai betina membuat sarang daripada ranting, akar dan rumput. Ia bertelur sebiji atau kadang-kadang dua biji telur putih bercangkerang keras.
Rujukan
- ^ a b BirdLife International (2012). "Ptilinopus jambu". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2012. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2022). "Pigeons". IOC World Bird List Version 12.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 29 September 2022.
- ^ a b c d "Ptilinopus jambu". Malaysia Biodiversity Information System. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Pusat Biokepelbagaian Malaysia & Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. 2022. Dicapai pada 29 September 2022.
- ^ Baptista, L.F.; Trail, P.W.; Horblit, H.M. (1997). "Jambu fruit-dove". Dalam del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J. (penyunting). Handbook of the Birds of the World. 4: Sandgrouse to Cuckoos. Barcelona, Spain: Lynx Edicions. m/s. 207. ISBN 978-84-87334-22-1.
- ^ Marsden, William (1811). The history of Sumatra (ed. ke-3). London, England, UK: Thomas Payne and Son – melalui Perpustakaan Warisan Biokepelbagaian.