Murai Batu | |
---|---|
Burung jantan | |
Burung betina | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | C. malabaricus
|
Nama binomial | |
Copsychus malabaricus (Scopoli, 1788)
| |
Sinonim | |
Kittacincla macrura |
Burung Murai Batu (bahasa Inggerisnya: White-rumped Shama merupakan burung passerine dalam keluarga Muscicapidae. Ia dahulunya dikelaskan sebagai keluarga Thrush, Turdidae. Burung Murai ini merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Copsychus malabaricus.[2]
Taburan
Burung Murai Batu boleh didapati di Semenanjung Malaysia. Burung Murai Batu ialah burung tempatan di Asia Selatan, tetapi turut dibawa ke Kaua'i, Hawai'i, pada awal 1931 dari Malaysia, dan ke O'ahu pada 1940. Ia biasanya terdapat di hutan lembah atau di permatang selatan Ko'olau, dan biasanya bersarang di bawah semak atau pokok rendah hutan daun lebar tanah rendah.
Ciri-ciri fizikal
Ia biasanya seberat 1 dan 1.2 auns dan sekitar 9 hingga 11 inci panjang. Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua-dua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok.
Tabiat
Burung Murai Batu pemalu tetapi akan mempertahankan kawasannya. Kawasan ini mungkin dikongsi semasa musim pembiakan dengan burung jantan mempertahankan kawasan tersebut, tetapi setiap jantina mungkin mempunyai kawasan berlainan di luar musim mengawan.
Bunyi nyanyian spesies ini amat merdu dan pelbagai yang menjadikannya terkenal sebagai burung sangkar di Asia Selatan dengan tradisi ini berterusan di Asia Tenggara. Bunyinya amat kuat dan jelas, dengan pelbagai frasa, dan sering kali mengajuk bunyi burung lain. Ia juga menghasilkan bunyi klik ('Tck') dengan sayapnya apabila resah atau terbang di kawasan terbuka mencari makan.[3] Salah satu rakaman kicauan burung yang pernah dibuat dihasilkan dengan spesies ini. Rakaman ini dihasilkan pada tahun 1889 daripada burung dikurung menggunakan silinder lilin Edison oleh Ludwig Koch di Jerman.[4]
Burung Murai Batu makan serangga hidup liar tetapi dalam kurungan diberi makan bijiran legume yang direbus dan kering dengan kuning telur dan daging mentah.[5]
Pembiakan
Di Asia Selatan, burung Murai Batu mengawan dari Januari hingga September tetapi kebanyakannya pada April dan Jun bertelur empat atau lima biji telur [6] dalam sarang yang terletak dalam rongga pada pokok.[7] Semasa mengawan, burung jantan akan mengejar burung betina, hinggap di atas burung betina, membuat bunyi panggilan nyaring, dan kemudian mengembangkan ekornya. Ini kemudiannya diikuti dengan pola penerbangan turun naik oleh pasangan tersebut. Sekiranya burung jantan gagal menarik minat burung betina, burung betina akan mengancam burung jantan, mengacu dengan paruh terbuka.
Sarang dibuat oleh burung betina sendirian sementara burung jantan berkawal.[3][8] Sarang diperbuat kebanyakannya daripada akar, daun, dan batang pokok Paku, dan pengeraman biasanya berlansung selama 12 hingga 15 hari dan tempoh dalam sarang purata 12.4 hari. Kebiasaannya ia akan memilih lubang pada dahan pokok mati untuk bersarang. Burung betina akan bertelur antara 2 hingga 3 biji setiap musim. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarangnya. Kedua-dua pasangan memberi makan anak burung sungguhpun hanya burung betina mengeram dan menjaga anak.[3] Telurnya bewarna putih hingga biru lembut (light aqua), dengan tompokan keperangan, dan sekitar 0.7 hingga 0.9 inci.
Pengekalan
Burung Murai Batu merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya. Burung Murai Batu ini adalah antara burung liar yang dilindungi Perhilitan. Di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, seseorang individu tidak dibenarkan mengambil, menangkap, menembak atau memiliki burung ini tanpa dokumen kebenaran daripada Jabatan Perhilitan. Mereka yang disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 68 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.[9] Jabatan Perhilitan Malaysia sering melakukan pemeriksaan bagi mengelakkan Burung Murai Batu diseludup ke negara jiran seperti Indonesia.[10]
Rujukan
- "Copsychus malabaricus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2006. 2006. Unknown parameter
|downloaded=
ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) - Hawaii's Birds by the Hawai'i Audubon Society, Third Edition
- Honolulu Zoo- Information on the White-rumped Shama Diarkibkan 2005-04-06 di Wayback Machine
- ^ "Copsychus malabaricus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2006. 2006. Unknown parameter
|downloaded=
ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) - ^ A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore, By Allen Jeyarajasingam
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaoahu
- ^ Ranft, Richard (2004) Natural sound archives: past, present and future. An. Acad. Bras. Ciênc. 76(2):456-460 doi:10.1590/S0001-37652004000200041
- ^ Jerdon, T. C. (1863) Birds of India. Vol 2. part 1. page 131
- ^ Whistler, H (1949) Popular handbook of Indian birds. Gurney and Jackson. p. 110
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamapcr
- ^ Ali, S. and S. D. Ripley 1973. Handbook of the birds of India and Pakistan. Vol. 8., Oxford Univ. Press, Bombay, India.
- ^ "LAWS OF MALAYSIA" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-21. Dicapai pada 2012-01-08.
- ^ Perhilitan Johor Gagalkan Cubaan Seludup Murai Batu
Pautan luar
- Honolulu Zoo- Information on the White-rumped Shama Diarkibkan 2005-04-06 di Wayback Machine
- White-rumped Shama videos, photos & sounds on the Internet Bird Collection
- Male shama songs and mimic of sounds
- Shama song[pautan mati kekal]
Senarai burung | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |