Bungkau merupakan alat muzik tradisional masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah.
Pengenalan
Bungkau diperbuat daripada kayu Polod dan Lampakid. Manakala penutupnya diperbuat daripada buluh. Badannya diperbuat daripada kulit luar kelapa yang dikenali sebagai Polod. Bungkau ini digunakan sebagai alat muzik tambahan ketika dimainkan bersama alat muzik tradisional yang lain seperti sompoton. Alat ini dimainkan oleh kaum Kadazandusun di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Selain itu, alat muzik ini juga dimainkan sebagai hiburan persendirian, kumpulan atau mengiringi tarian
Cara bermain
Alat muzik ini demainkan dengan meletakkan alat muzik di mulut dan menggetarkan hujung alat muzik ini menggunakan ibu jari.