Tulip Lalah | |
---|---|
Bunga-bunga tulip di Canberra, Australia tahun 2005 | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Tulipa |
Spesies jenis | |
Tulipa × gesneriana | |
Subgenus | |
| |
Diversiti | |
Kira-kira 75 spesies | |
Taburan bunga Tulipa: asli (merah) dan diperkenalkan (kuning) | |
Sinonim[1] | |
Senarai
|
Tulip atau lalah ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga Tulipa yang mempunyai sekurang-kurangnya 100 spesies dalam keluarga Liliaceae.[1] Spesies-spesies tulip boleh didapati dari kawasan selatan dan tengah Eropah, utara Afrika, Anatolia, Iran, timur ke timur-laut China di Asia.[2]:281
Penamaan
Nama tulip (Jawi: توليڤ ) diserapkan daripada Belanda: tulp , perkataan ini dipinjamkan daripada Bahasa Turki Uthmaniyah: دلبند(لاله) tulbend(lale) yang bermaksud "(bunga) serban"[3] kerana bentuk bunga ini yang menyerupai serban dipakai lelaki Kesultanan Uthmaniyah, nama ini juga diberikan kepada nama genus Tulipa yang datang daripada bahasa Latin.[2]:285
Nama lalah (Jawi: لاله )[4] dipinjamkan daripada Parsi: لاله, rumi: lâla .[perlu rujukan]
Botani
Daun-daun pokok tulip tumbuh daripada batang dan disusun berselang-seli, kebanyakan spesies tulip tumbuh 2 hingga enam helai daun sebatang. Sehelai daun pokok tulip panjang dan berwarna hijau kebiruan dengan permukaan yang licin.[5][2]
Bunga
Bunga tulip berbentuk cawan terdiri daripada enam kelopak, tiga kelopak luar berbentuk bujur penuh dan berwarna-warni membentuk lingkaran luar manakala tiga kelopak yang sumbing di atas membentuk lingkaran dalam.[6]
Spesies terpilih
Budaya
Bunga tulip ialah lambang kesyahidan di Iran[7] dan dimasukkan pada bendera kebangsaannya.
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Tulipa L". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. 2023. Dicapai pada 15 November 2023.
- ^ a b c Christenhusz, Maarten J.M.; Govaerts, Rafaël; David, John C.; Hall, Tony; Borland, Katherine; Roberts, Penelope S.; Tuomisto, Anne; Buerki, Sven; Chase, Mark W.; Fay, Michael F. (Jun 2013). "Tiptoe through the tulips – cultural history, molecular phylogenetics and classification of Tulipa (Liliaceae)". Botanical Journal of the Linnean Society. 172 (3): 280–328. doi:10.1111/boj.12061.
- ^ Philippa, M.; Debrabandere, F.; Quak, A.; Schoonheim, T.; Sijs, N. van der, penyunting (2009). "tulp (bloem van het geslacht Tulipa)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.
- ^ van Eysinga, Philippus Pieter Roorda (1824). "Tulp". Nederduitsch en Maleisch woordenboek, onder goedkeuring en begunstiging der Hooge Regering van Nederlandsch Indië / Kitāb loghat ya’îtu kitāb mengatākan bahāsa nederland dān bahāsa melāyū. Batavia: Ter Landsdrukkerij. m/s. 381.
- ^ King, Michael (2005). Gardening with Tulips. Portland, Oregon, Amerika Syarikat: Timber Press. m/s. 164. ISBN 978-0-88192-744-3.
- ^ Pollan, Michael (2002). The Botany of Desire. New York, Amerika Syarikat: Random House. m/s. 95. ISBN 0-375-76039-3.
- ^ "Beauty unbound: Flowers in Iranian culture". Tehran Times. 15 January 2012. Dicapai pada 16 November 2023.