Bunga Salju ialah sebuah siri drama Malaysia arahan Ejump Mohd yang dibintangi oleh Hisyam Hamid, Amyra Rosli dan Hariz Hamdan. Siri drama ini telah memulakan tayangan pada 20 Mei 2024 di Slot Tiara, Astro Ria bagi menggantikan drama Malang Si Puteri.
Bunga Salju | |
---|---|
Genre | Melodrama Cinta Psikologi |
Ditulis oleh | Akmal Firul & Panel Skrip MIG |
Pengarah | Ejump Mohd |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Hati Ini Telah Dilukai 2.0" - Ajai & Aina Abdul |
Lagu penutup | "Hati Ini Telah Dilukai 2.0" - Ajai & Aina Abdul |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 40 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jane Lim |
Penerbit | David Teo |
Penyunting | MiG Post Production |
Syarikat penerbitan | MIG Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot Tiara) Astro Go Sooka |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 20 Mei 2024 – 12 Julai 2024 |
Kronologi | |
Mengikuti | Malang Si Puteri |
Diikuti oleh | Dan Mimpi Pun Berguguran |
Sinopsis
'Bunga Salju' mengisahkan tentang Qaisara (Amyra Rosli),kekasih kepada Farouk (Hariz Hamdan) yang merupakan sepupu Azizi (Hisyam Hamid),seorang lelaki autisme.Qaisara keliru apabila menerima lamaran Azizi,menyangka ia daripada Farouk.Selepas berpisah dengan Farouk,Qaisara setuju berkahwin dengan Azizi,yang romantis dan mengejar kesempurnaan.
Dia cuba memahami sifat autisme Azizi sementara Azizi berusaha menjadi suami yang baik.Namun,Qaisara menyembunyikan rahsia bahawa perkahwinan ini atas permintaan Farouk,yang ingin mendapat harta Azizi.
Apabila kebenaran terdedah,Azizi menolak untuk menceraikan Qaisara dan berusaha mempertahankan perkahwinan mereka.
Pelakon
Pelakon Utama
- Hisyam Hamid sebagai Azizi
- Amyra Rosli sebagai Qaisara
- Hariz Hamdan sebagai Farouk
Pelakon Tambahan
- Syad Mutalib sebagai Ekin
- Hasnul Rahmat sebagai Tuan Ishak
- Zul Huzaimy sebagai Abang Zul
- Ziema Din sebagai Fatimah
- Zarina Zainoordin sebagai Kak Ila
- Syed Irfan sebagai Budi
- Mior Hashim Manap sebagai Tan Sri Iskandar
- Esma Daniel sebagai Maman
- Shatirah Amanda sebagai Linda
- Erynn Abdullah sebagai Zetty
- Ooi Liang Chia sebagai Leo
- Emelda Rosemila sebagai Karmilla
- Hafiz Halim sebagai Adam
- Juhara Ayob sebagai Hajjah Bainun
- Mandy Chong sebagai Nancy
- Arabella Ellen sebagai Mimi
Pautan luar
Astro Ria: Slot Tiara, Isnin-Jumaat, 6:00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Bunga Salju | Berikutnya |
Malang Si Puteri | Dan Mimpi Pun Berguguran |