Bulu ari-ari بولو أري٢ | |
---|---|
Butiran | |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | pubes |
TA | A16.0.00.022 |
FMA | 54319 FMA:70754, 54319 |
Terminologi anatomi |
Bulu ari-ari ialah bulu yang tumbuh di kawasan alat kelamin depan, kelangkang, dan kadang-kala di atas bahagian dalam kaki; kawasan-kawasan ini membentuk kawasan kemaluan.
Walaupun bulu vellus yang halus wujud di kawasan tersebut semasa zaman kanak-kanak, istilah bulu ari-ari secara amnya terhad pada bulu yang lebih tebal, panjang dan kasar yang tumbuh semasa baligh sebagai kesan peningkatan paras androgen. Jadi bulu ari-ari adalah sebahagian daripada bulu androgenik.
Pertumbuhan bulu ari-ari
Sebelum bermulanya baligh, kawasan alat kelamin budak lelaki dan perempuan mempunyai bulu vellus yang sangat halus yang dirujuk sebagai bulu Tanner peringkat 1. Apabila baligh bermula, badan akan menghasilkan paras hormon seks yang dikenali sebagai androgen, dan sebagai tindakbalasnya kulit kawasan alat kelamin mula menghasilkan bulu yang lebih tebal dan kasar, selalunya lebih kerinting pada kadar pertumbuhan yang lebih pantas. Bermulanya pertumbuhan bulu ari-ari diistilahkan dengan pubarche. Perubahan bagi setiap folikel bulu secara relatifnya adalah mendadak, tetapi kebentangan kulit yang ditumbuhi bulu androgenik meningkat secara beransur-ansur selama beberapa tahun.
Di kalangan lelaki, bulu ari-ari pertama muncul sebagai bulu yang tumbuh jarang di atas skrotum atau di bahagian atas pangkal zakar (peringkat 2). Dalam masa setahun, bulu sekitar pangkal zakar bertambah bilangannya (peringkat 3). Dalam masa tiga hingga empat tahun, bulu memenuhi kawasan kemaluan (peringkat 4) dan menjadi lebih lebat dan hitam, dan setelah lima tahun memanjang hingga hampir ke paha dan menaik ke abdomen ke arah pusat (peringkat 5).
Begitu juga dengan kawasan-kawasan kulit lain adalah sensitif meskipun agak kurang terhadap androgen dan bulu androgenik yang lazimnya tumbuh kemudiannya. Berada dalam turutan kasar sensitiviti terhadap androgen dan kemunculan bulu androgenik ialah bulu ketiak, kawasan sekitar lubang dubur, bibir atas, bahagian luar telinga, bahagian buah dada (tetek), bahagian tengah dada, bahagian leher di bawah dagu, bahagian dada yang selebihnya dan bahagian janggut, anggota dan bahu, bahagian belakang, dan punggung.
Umumnya walaupun dianggap sebagai sebahgian daripada proses akil baligh, pubarche adalah berbeza dan bebas daripada proses kematangan gonad yang membawa kepada kematangan seks dan kesuburan. Bulu ari-ari dapat tumbuh dari androgen adrenal sahaja, dan dapat tumbuh meskipun ketika ovari atau testis menjadi lemah dan tidak berfungsi. Lihat baligh untuk perincian.
Wujud perbezaan kecil kapasiti tubuh lelaki dan wanita untuk menumbuhkan bulu sebagai tindakbalas terhadap androgen. Perbezaan dimorfik seks yang ketara dalam taburan bulu antara lelaki dan wanita adalah pada awalnya kesan perbezaan dalam tahap pencapaian androgen ketika kematangan berlaku. Bulu ari-ari dan bulu ketiak dapat berbeza dari segi warna berbanding rambut di kulit kepala. Dalam kebanyakan orang, ia lebih gelap meskipun ia mungkin lebih cerah. Dalam kebanyakan kes, warnanya menyerupai warna kening seseorang. [1] Pada sesetengah individu, bulu ari-ari adalah tebal and/atau kasar; pada yang lainnya ia mungkin jarang dan/atau halus; kepelbagaian ini mungkin muncul pada kedua-dua jantina. Tekstur bulu berbeza dari kerinting halus hingga lurus keseluruhannya. Corak-corak bulu ari-ari juga dapat berbeza berdasarkan kaum dan etnik. Corak-corak bulu ari-ari yang dikenali sebagai escutcheon, berbeza antara jantina. Pada kebanyakan wanita, tompok pubik adalah berbentuk segitiga dan berada di atas mons veneris, atau timbunan Venus. Pada kebanyakan lelaki, tompok pubik menirus ke atas hingga ke garisan bulu yang menunjuk ke arah pusat, secara kasar satu segitiga yang lebih menunjuk ke atas. [1] Seperti bulu ketiak, bulu ari-ari dikaitkan dengan penumpuan kelenjar sebum di kawasan itu.
Fungsi
Pelbagai teori berkenaan fungsi-fungsi bulu ari-ari termasuklah:
- memberikan kehangatan (pada asalnya)[2]
- penunjuk tampak bagi kematangan seks[3]
- pengumpulan feremon yang terembes[4]
- pengurangan geseran luaran semasa persetubuhan[5]
- disebabkan kawasan pubik adalah sensitif (sebagaimana kepala penis) bulu membantu melindungi kawasan tersebut[1]
- penunjuk anggaran bagi fungsi pankreatik eksokrin[perlu rujukan]
- peramal kemontokan paksi atasan buah dada[perlu rujukan]
Kebudayaan
Kesenian
Dalam kesenian Mesir purba, bulu ari-ari wanita ditunjukkan dalam bentuk segitiga yang dilukis.[6] Dalam kesenian Eropah Zaman Pertengahan dan Klasik, ia amat jarang digambarkan, dan bulu ari-ari lelaki sering kali, tetapi bukan selalu, ditinggalkan.[7] Kadang kala ia digambarkan dalam bentuk diolah dalam gaya, sebagaimana perihal kesenian grafik Yunani.[8] Perkara yang sama berlaku dalam banyak kesenian India, dan dalam paparan-paparan Timur mengenai kebogelan. Di selatan Eropah kurun ke-16, Michelangelo berasa mampu menunjukkan kelakian David dengan bulu ari-ari yang diolah dalam gaya, tetapi badan wanita kekal tidak berbulu selain kepala. Walau bagaimanapun, kebogelan lelaki Michelangelo di atas siling Sistine chapel tidak mempamerkan bulu ari-ari. Di utara Eropah pada masa Renaissance, bulu ari-ari lebih banyak digambarkan berbanding di selatan Eropah, lebih kepada biasanya lelaki, tetapi sekali sekala wanita.
Bulu ari-ari dalam Islam
Adalah sunat mencukur bulu ari-ari menurut Islam.[9]
Rujukan
- ^ a b c Sherrow, Victoria (2006). Encyclopedia of hair: a cultural history. Greenwood Publishing Group. p. 315.
- ^ Madaras, Linda (2007). The "What's Happening to My Body?" Book for Boys. Newmarket Press. p. 33.
- ^ Crisp, Jackie (2005). Potter & Perry's fundamentals of nursing. Elsevier Australia. p. 744.
- ^ Carola, Robert; Harley, John; Noback, Charles (1990). Human anatomy and physiology. McGraw-Hill. p. 123.
- ^ Podolsky, Doug (1982). Skin: the human fabric. U.S. News Books. p. 82.
- ^ Stuckey, Johanna (2007). The "Holy One" Diarkibkan 2008-01-31 di Wayback Machine. Cross Quarterly for the Goddess Woman. 6 (4).
- ^ Barcan, Ruth (2004). Nudity: a cultural anatomy. Berg. p. 144. ISBN 978-1-85973-872-6.
- ^ Hollander, Anne (1993). Seeing through clothes." University of California Press. p. 136. ISBN 978-0-520-08231-1.
- ^ "Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-08. Dicapai pada 2009-06-11.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bulu ari-ari |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bulu ari-ari |
- Pubic Hair Distribution Diarkibkan 2011-08-17 di Wayback Machine Study categorizes four types of pubic hair patterns and summarizes observed occurrence of each type of pattern.
- Trimming & Shaving of the Pubic Hair, article from The-Clitoris.com
- Morris, Desmond (2007). "The Pubic Hair". The Naked Woman. ISBN 0312338538. Unknown parameter
|chapterurl=
ignored (bantuan)