Dalam ilmu falak, bulan tak nalar (بولن تق نالر) ialah satelit semula jadi yang mengikuti orbit yang jauh dan condong dan ia juga sering kali mengikuti orbit yang songsang dan sipi. Bulan tersebut dipercayai telah "ditawan" oleh planet induknya, tidak seperti bulan nalar yang dibentuk secara in situ.
Takrifan
Tiada takrifan yang tepat diterima secara meluas mengenai bulan tak nalar. Secara tidak rasmi, bulan dianggap tak nalar (tidak teratur) jika mereka cukup jauh dari planet di mana liukan satah orbit mereka dikawal oleh Matahari terutamanya.
Dalam pengamalan, paksi semimajor bulan dibandingkan dengan sfera Hill (iaitu sfera dengan pengaruh gravitinya), . Bulan tak nalar mempunyai paksi semimajor lebih besar daripada 0.05 dengan apoapsis memanjang sehingga 0.65.[1] Jejari sfera Hill diberikan dalam jadual di bawah.
Planet | rH, 106 km[1] | rmin, km[1] | Bilangan |
---|---|---|---|
Musytari | 51 | 1.5 | 59 |
Zuhal | 69 | 3 | 38 |
Uranus | 73 | 7 | 9 |
Neptun | 116 | 16 | 7 (termasuk Triton) |
Rujukan
- ^ a b c doi:10.1017/S1743921305006824
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri