Gunung Arafah | |
---|---|
جَبَل عَرَفَات | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 454 meter (1,490 ka) |
Koordinat | 21°21′17″N 39°59′02″E / 21.35472°N 39.98389°EKoordinat: 21°21′17″N 39°59′02″E / 21.35472°N 39.98389°E |
Geografi | |
Lokasi | Berdekatan Makkah, Wilayah Makkah, Arab Saudi (Hijaz) |
Induk banjaran | Pergunungan Hijaz |
Geologi | |
Usia batuan | 9.13 ± 1.05 Mya |
Jenis gunung | Bukit granodiorit[1] |
Gunung Arafah atau Gunung Arafat (Arab: جبل عرفات ; bahasa Arab Jabal ‘Arafāt) ialah sebuah bukit berbatu granit yang terletak di sebelah timur Makkah, Arab Saudi. Ia juga dikenali sebagai Gunung Rahmat (Jabal ar-Rahmah). Menurut tradisi Islam, di puncak bukit inilah Nabi Muhammad ﷺ menyampaikan pesanan atau Khutbah Terakhir baginda kepada seluruh Muslim yang menunaikan ibadah Haji bersama baginda sebelum baginda meninggal dunia. Mengikut sejarah tradisi Islam juga dipuncak bukit inilah dimana Nabi Adam a.s. dan Hawa bertemu kembali di bumi selepas diperintah Allah turun ke bumi. Ketinggian bukit ini adalah kira-kira 70 meter.
Secara geologi, Gunung Arafah diketahui sebagai bukit granodiorit, terutamanya terdiri daripada feldspar, kuarza dan muskovit, di samping mineral-mineral lain.[1]
Haji
Ketika musim Haji, umat Islam yang menunaikan Haji akan menghabiskan seluruh waktu siangnya pada 9 Zulhijjah di Arafah demi mencari ketenangan dan pengampunan dari Allah SWT serta memohon kekuatan secara bersendirian untuk mengharungi masa depan mereka didunia dan di akhirat. Di Padang Arafah juga ada para jamaah yang akan mengumpulakan bebebrapa butir batu untuk dilontarkan ke Jamrah. Anda akan mendapati ramai jamaah ketika berwukuf akan memanjat ke bukit dan beristirahat disana sambil berdoa kepada Allah. Ritual di Gunung Arafah akan berakhir apabila sahaja masuk waktu Maghrib (senja) menandakan 10 Zulhijjah, kemudian para jamaah akan bergerak meninggalkan Arafah dan menuju ke Muzdalifah untuk mengutip batu, berSolat Isyak dan tidur sebentar.
Aras muka bumi yang lebih rendah di Arafah dipanggil Padang Arafah. Namun Gunung Arafah juga turut dipanggil bagi merujuk kepada seluruh kawasan ini. Arafah sangat penting buat umat Islam yang menunaikan ibadah Haji. Ini kerana Nabi Muhammad ﷺ menyebut Haji adalah Arafah. Para jamaah Haji yang gagal berada Arafah sekurangnya beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (senja), boleh menyebabkan ibadah Haji yang dilakukan terbatal secara langsung. Kebanyakan para jamaah juga turut tinggal sementara di sini untuk tujuan berjaga-jaga sebelum fajar 9 Zulhijjah tiba supaya mereka tidak terlepas mendapat ibadah Haji itu sendiri.[2]
Pengangkutan
Pada akhir tahun 2010, kerajaan Arab Saudi telah memulakan perkhidmatan tren laluan Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah sebagai laluan pengangkutan Makkah ke kawasan Arafah untuk memudahkan para jemaah.[3] Laluan ini, serta laluan tambahan dalam rancangan pembinaan, bakal membentuk sistem Makkah Metro yang akan menghubungkan Makkah dengan kawasan sekitarnya.
Rujukan
- ^ a b Qureshi, A. A.; Sultan, A.; Rashid, A.; Ali, M.; Waheed, A.; Manzoor, S.; Baloch, M. A.; Matiullah; Batool, S.; Khan, H. A. (September 2012). "Geological and radiological studies of the Mount Arafat, Mekkah, Saudi Arabia". Journal of Radioanalytical and Nuclear Chemistry (dalam bahasa Inggeris). 293 (3): 955–963. doi:10.1007/s10967-012-1776-0. ISSN 0236-5731. S2CID 95942060.
- ^ Karen Armstrong (2002). Islam: A Short History. m/s. 11. ISBN 0-8129-6618-X.
- ^ "Hajj pilgrims take the metro to Makkah". Railway Gazette International. 15 November 2010. Dicapai pada 8 Mei 2014.
Pautan luar
- Media berkenaan Gunung Arafah di Wikimedia Commons