Budha | |
---|---|
Dewanagari: | बुध |
Golongan: | Graha |
Senjata: | Gada dan pedang |
Pasangan: | Ila |
Wahana: | Singa |
Planet: | M |
Dalam mitologi Hindu, Buda (Bahasa Sangsakerta: बुध Budha, Jawa: ꦧꦸꦢ , translit. Buda[1], Bahasa Thai: พุธ Pút) adalah dewa barang dagangan dan pelindung para pedagang kononnya anak kepada dewa Cendera, dia juga dikatakan berkait dengan dewa Wisnu.[2]
Dia setaraf dengan Hermes dalam mitologi Yunani dan Mercurius dalam mitologi Rom, malah orang Hindu turut mengaitkannya dengan Utarid sepertimana diketahui tamadun-tamadun demikian.[3][2]
Penceritaan
Diceritakan dalam kitab Purana diceritakan bahawa Cendera telah menculik Tara, isteri Respati; Cendera dan Tara saling jatuh cinta dan berselingkuh sampai melahirkan Buda, kecurangan ini mencetuskan peperangan antara Respati dan pasukan dewanya menentang Cendera yang dibantu oleh Sukracarya dan balatentera raksasanya. Peperangan tersebut dikenal sebagai Tarakamaya Sanggrama.
Buda jatuh cinta kepada Ila, puteri Manu. Mereka akhirnya berkawhin dan mempunyai anak diberi nama Pururawa: Pururawa mempunyai anak bernama Ayu, bercucukan Nahusa bercicitkan Yayati. Yayati pula mempunyai anak bernama Puru yang menjadi raja asal para Pandawa dan Korawa yang termahsyur dalam hikayat Mahabharata.
Rujukan
- ^ en Roorda, Gericke (1901). "buda". Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek. 32: Ba-BaTa. E. J. Brill: Leiden, Belanda. m/s. 2: 694 – melalui Sastra Jawa kelolaan Yayasan Sastra Lestari.
1. KW. zva. budi, Wk. buddha, of buddhawara, Woensdag. (Skr. Budha, de planeet Mercurius; [buda]wâra, weekdag)
- ^ a b Mahoney, Terry (2013). Mercury. Springer Science. m/s. 2. ISBN 978-1-4614-7951-2 – melalui Google Books.
- ^ Dalal, Roshen (2010). Hinduism: An alphabetical guide. Penguin Books India. m/s. 88. ISBN 978-0-14-341421-6.