Buckshot Roulette | |
---|---|
Pembangun | Mike Klubnika |
Penerbit | Mike Klubnika |
Enjin | Godot[perlu rujukan] |
Platform | Windows, Linux |
Pelepasan | 28 Disember, 2023 |
Genre | Strategi, seram, Retro (genre) |
Mod | Pemain tunggal |
Buckshot Roulette ialah permainan video seram atas meja pembangun berseorangan yang dikeluarkan pada tarikh 28 Disember, 2023. Ia dibangunkan dan diterbitkan oleh Mike Klubnika di itch.io.[1] Permainan ini menampilkan kontrol titik-arah-tekan dan grafik gaya retro.[2] Klubnika juga berperan sebagai penggubah lagu bagi permainan.[3] Buckshot roulette mengguna enjin permain Godot.
Ciri Permainan
Buckshot roulette tidak memiliki apa-apa jalan cerita selain daripada pemain yang terpaksa bersemuka dengan makhluk misteri bernama "The Dealer" dalam permainan judi atas meja rolet rusia, berbeza dari tradisi lazim permainan ini yang memakai senjata api revolver, pemain akan memainkan senapang patah 12-peluru beraksi pam. Moda utama permainan memiliki tiga buah pusingan, pada perlawanan awal, The Dealer akan mengisi peluru dan mengepam aksi daripada shotgun secara rawak dengan casing kosong atau berisi mesiu. Untuk meneruskan permainan, pemain harus memilih ingin menembak diri sendiri atau musuh di hadapan; kedua-dua pihak akan diberi defibrilator, item lain penyokong permainan akan diberi sejak permulaan pusingan kedua, setiap item mempunyai kegunaan yang khas.[4][5][3][6]
Permainan mendapat pembaharuan "v1.1" pada 12 Januari 2024, dalam pembaharuan itu ada penambahan moda baharu yaitu "Double or Nothing". Moda ini boleh dipilih ketika pemain diberi tablet pilihan semasa awal permainan. Jika diambil, maka item akan diberi rawak pada kedua-dua pemain dan penentang pada setiap pusingam. Apabila pemain berjaya menewaskan The Dealer, awak sebagai pemain mesti meneruskan pusingan kemudian menggandakan hasil wang, permainan akan terus berlanjut sampai pemain ditewaskan The Dealer, maka tidak ada pilihan lain selain mengulang pusingan semula atau sudah puas dengan markah wang akhir.[7]
Bon
Buckshot Roulette sempat tular di beberapa media sosial yaitu Instagram, TikTok dan YouTube.[1][3][5][8] Permainan ini mendapat pujian kerana kemiripannya dengan penerima anugerah BAFTA 2004, Inscryption dan pelbagai tetapan mekanikal yang mencabar.[4][2][5]
Rujukan
- ^ a b "Buckshot Roulette Garnering Attention -". mxdwn Games (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-02. Dicapai pada 2024-01-09.
- ^ a b Marshall, Cass (2024-01-09). "This indie game has you square off against a shotgun-wielding car dealer". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-09.
- ^ a b c Khan, Salman (2024-01-03). "Buckshot Roulette: A Dark Twist on Russian Roulette Gains Popularity". BNN Breaking (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-09. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:1
- ^ a b c "BUCKSHOT ROULETTE Is Taking The Spotlight On All Media". GameTyrant (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-02. Dicapai pada 2024-01-09.
- ^ Brendan Lowry (2024-01-10). "Is Buckshot Roulette on Xbox?". Windows Central (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-10.
- ^ "v1.1 - Buckshot Roulette by Mike Klubnika". itch.io (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-17.
- ^ Carcasole, David (2024-01-04). "Is Buckshot Roulette On PS5?". PlayStation Universe (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-09.