Buang anak di Malaysia semakin kerap disiarkan dalam media massa di Malaysia. Ia layak disamakan dengan kes bunuh yang lain. Maka, pesalah yang terbukti terlibat perlu dibawa ke tali gantung.
Datin Seri Rosmah Mansor selaku isteri Perdana Menteri Malaysia kecewa dengan perkembangan buang bayi yang memalukan umat Islam di Malaysia ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa agar bapa kepada bayi malang itu juga wajib diseret ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sama. Hukuman maksimum 20 tahun penjara tidak memberi kesan kepada ‘pembunuh bayi’ ini. Hukuman itu wajar dikaji tetapi biarlah ia amat setimpal dengan tahap perlakuan jenayah itu. Kesalahan membunuh berakhir di tali gantung, maka kesalahan membuang bayi juga patut menerima hukuman yang sama.[1] Kes buang bayi boleh disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
Bayi juga adalah insan yang inginkan kasih sayang seperti manusia lain. Remaja lelaki dan perempuan yang terlajak melakukan zina tidak seharusnya membuang bayi tersebut. Wanita ini pastinya tidak bersedia menjadi ibu atau tidak mahukan bayi berkenaan. Tanpa berfikir panjang, mereka sanggup membuang, malah membunuh anak yang mereka lahirkan. Punca kepada perlakuan buang bayi bukannya bermula di pihak wanita sahaja tetapi jelas punca angkara tidak berperikemanusiaan itu datang daripada kedua-dua bapa dan ibu.
Contoh kes
- 13 Februari 2010, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai menemui bayi lelaki rentung dalam tong sampah di belakang sebuah bank. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar.[2]
- 10 Februari 2010, seorang bayi perempuan diletakkan di hadapan rumah Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Yan, Asisten Supritendan Abdul Rauf Md. Johar di Taman PKNK, Alor Setar. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah melihat bayi itu cukup sifat. Bayi itu lengkap berpakaian dan diselimuti dengan kain lampin berwarna putih.[3]
- 10 Februari 2010 - mayat bayi perempuan sedang dihurungi semut di pintu pagar Masjid Permatang Duyong, Melaka.[4] Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman menyatakan bayi itu cukup sifat dan masih bertali pusat.[5]
Rujukan
- ^ Lebih serius tangani buang bayi Utusan Malaysia Online
- ^ Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah Utusan Malaysia Online
- ^ Polis buru ibu bapa buang bayi Utusan Malaysia Online
- ^ Tindakan Perlu Diambil Terhadap Mereka Yang Buang Anak Bernama
- ^ Gambar buang bayi