Buang Segala Tentang Dia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Emdy Idris terbitan Filmscape Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Syaffiq Sahli dan Dayang Areeda. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 pada 15 Disember 2024 hingga 22 Februari 2025 menggantikan Hatimu Aisyah.
Buang Segala Tentang Dia | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Berdasarkan daripada | Buang Segala Tentang Dia karya Suci Hidayat |
Ditulis oleh | Haswida Abu Bakar |
Pengarah | Emdy Idris |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Maaf Merindu" - Adam K |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Rozaidi Baharudin |
Penyunting | Anuar Hj. Ahmad |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Filmscape Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 (Slot Widuri) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 15 Disember 2024 – 22 Februari 2025 |
Kronologi | |
Mengikuti | Hatimu Aisyah |
Diikuti oleh | Sayangku Cikgu Hania |
Sinopsis
Iman Nur Alisa menyangka perkahwinan yang dipayungi restu orang tua, pasti akan kekal bahagia hingga ke akhirnya.
Namun tanggapannya ternyata silap. Cinta Zaid terhadapnya hilang seiring pudarnya kecantikan yang pernah lelaki itu kagumi saat pertama kali melihat Alisa. Alisa kehilangan suami yang satu masa dulu bersumpah mencintai dan melindungi.
Jiwa wanitanya hancur dengan kata-kata diluahkan suaminya. Bukan itu sahaja, Alisa teruk dipukul lelaki tak berguna itu. Kesudahannya Zaid pergi meninggalkan Alisa dengan mental yang terdera. Ketika itu muncul gadis bernama Via, bekas kekasih Zaid yang bersungguh-sungguh ingin kembali menuntut kembali lelaki yang pernah Alisa rampas darinya.
Melihat Alisa yang disakiti, cinta yang dahulunya pernah terkubur, kembali membuak-buak dalam diri Ibra Iskandar. Dia merayu, mohon cintanya diterima. Sedang Alisa pula merayu dirinya dijauhi lelaki itu. Rasa trauma mahu menjalin hubungan semula dengan lelaki menebal dalam diri Alisa. Lalu bagaimanakah kesudahan hubungan mereka?
Pelakon
- Dayang Areeda sebagai Nur Iman Alisa
- Syaffiq Sahli sebagai Ibra Iskandar
- Mustaqim Bahadon sebagai Zaid
- Aishah Azman sebagai Via
- Jay Iswazir sebagai Azrul
- Azzahra Ahmad sebagai Izzah
- Ily Mokhtar sebagai Sue
- Silfeny Osman sebagai Darlina
- Juita Johari sebagai Datin Ammara