Buah tanjung | |
---|---|
Nama alternatif | bunga tanjung |
Jenis | Kuih |
Jenis sajian | Pencuci mulut |
Tempat asal | Malaysia |
Bahan utama | Kuning telur, gula, air |
sunting · sunting di Wikidata |
Buah tanjung atau bunga tanjung ialah sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa di sana. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.
Huraian
Buah tanjung berbentuk titisan air dan berwarna kuning. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk menurut cita rasa pembuatnya di dalam air gula. Ia diperbuat daripada kuning telur di mana baki putih telur yang digunakan biasanya digunakan bagi membuat tahi itik.
Buah tanjung biasa dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia terkenal sebagai kuih istimewa bagi majlis-majlis penting seperti perkahwinan.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- (Melayu) Resipi di Kuali. Diarkibkan 2007-10-14 di Wayback Machine