Bronkiolitis obliteratif (BO)[1] | |
---|---|
Nama lain | Bronkiolitis obliterans bronchiolitis konstriktif (BK),[2] sindrom bronchiolitis obliterans (BOS), paru-paru popcorn |
![]() | |
Imbasan CT resolusi tinggi menunjukkan bronchiolitis obliterans dengan pengecilan mozek, bronchiectasis, perangkap udara dan penebalan bronkial[3] | |
Pengkhususan | Pulmonologi |
Gejala | Batuk kering, sesak nafas, semput, rasa letih[1] |
Permulaan biasa | Lebih teruk dari minggu ke bulan[4] |
Punca | Asap toksik, jangkitan pernafasan, gangguan tisu penghubung, selepas sumsum tulang atau pemindahan jantung-paru-paru[1] |
Imbasan CT, ujian fungsi pulmonaris, paru-paru biopsi[1] | |
Asthma[5] | |
Rawatan | Kortikosteroid, ubat imunosupresif, pemindahan paru-paru[1][4] |
Prognosis | Selalunya teruk[4] |
Kekerapan | Jarang[4] |
sunting![]() |
Bronkiolitis obliteratif (OB), juga dikenali sebagai bronchiolitis konstriktif dan paru-paru popcorn, ialah penyakit di mana saluran pernafasan terkecil paru-paru (bronkiol) tersumbat akibat keradangan. [1] [6] Gejala yang terlibat termasuknya batuk kering, sesak nafas, semput dan rasa letih . [1] Gejala-gejala ini pada umumnya akan menjadi semakin teruk seiring masa berlalu. [4] Ia tidak berkaitan dengan radang paru-paru penganjur kriptogenik, yang sebelum ini dikenali sebagai radang paru-paru bronchiolitis obliterans. [4]
Punca seseorang pesakit mendapat jangkitan ini antaranya pernafasan dalam asap yang toksik, jangkitan pernafasan, gangguan tisu penghubung atau komplikasi berikutan pemindahan sumsum tulang atau jantung-paru-paru . [1] Gejala ini mungkin tidak dapat dilihat sehingga sekurang-kurangnya 2 hingga 8 minggu selepas terdedah terhadap jangkitan. [1] Mekanisme asas melibatkan keradangan yang mengakibatkan pembentukan tisu parut . [1] Diagnosis adalah dengan imbasan CT, ujian fungsi paru-paru atau biopsi paru-paru. [1] X-ray dada juga biasanya dijalankan. [4]
Jangkitan atau kesan daripada jangkitan adalah tidak boleh disembuhkan, tetapi rawatan boleh dijalankan untuk memperlahankan kesan daripada jangkitan ini. [1] Ini mungkin termasuk penggunaan kortikosteroid atau ubat imunosupresif . [1] Pemindahan paru-paru juga mungkin dijalankan. [4] Namun hasil rawatan hanya memperlambatkan kesannya, kebanyakkan pesakit meninggal beberapa bulan hingga beberapa tahun selepas rawatan. [4]
Bronkiolitis obliteratif adalah jarang berlaku dalam kalangan masyarakat umum. [4] Walau bagaimanapun, ia menjejaskan kira-kira 75% pesakit dalam tempoh sepuluh tahun selepas pemindahan paru-paru dan sehingga 10% pesakit yang telah menerima pemindahan sumsum tulang daripada orang lain. [4] Jangkitan ini pertama kali didokumenkan pada tahun 1981. [4] Laporan awal terhadap penyakit ini adalah seawal tahun 1956, dengan istilah "bronchiolitis obliterans" digunakan pertama kali oleh Reynaud pada tahun 1835. [7] [8]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k l m "Bronchiolitis obliterans". GARD. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2017. Dicapai pada 13 September 2016.
- ^ Schlesinger C, Meyer CA, Veeraraghavan S, Koss MN (October 1998). "Constrictive (obliterative) bronchiolitis: diagnosis, etiology, and a critical review of the literature". Annals of Diagnostic Pathology. 2 (5): 321–34. doi:10.1016/S1092-9134(98)80026-9. PMID 9845757.
- ^ Xie BQ, Wang W, Zhang WQ, Guo XH, Yang MF, Wang L, dll. (2014). "Ventilation/perfusion scintigraphy in children with post-infectious bronchiolitis obliterans: a pilot study". PLOS ONE. 9 (5): e98381. Bibcode:2014PLoSO...998381X. doi:10.1371/journal.pone.0098381. PMC 4031120. PMID 24852165.
- ^ a b c d e f g h i j k l Lynch JP, Weigt SS, DerHovanessian A, Fishbein MC, Gutierrez A, Belperio JA (October 2012). "Obliterative (constrictive) bronchiolitis". Seminars in Respiratory and Critical Care Medicine. 33 (5): 509–32. doi:10.1055/s-0032-1325161. PMID 23001805.
- ^ Lockey, Richard F.; Ledford, Dennis K. (2014). Asthma: Comorbidities, Coexisting Conditions, and Differential Diagnosis. Oxford University Press. m/s. 111. ISBN 9780199918072. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-08.
- ^ "Obliterative bronchiolitis". The New England Journal of Medicine. 370 (19): 1820–8. May 2014. doi:10.1056/NEJMra1204664. PMID 24806161.
- ^ "Bronchiolitis obliterans. Roentgenologic-pathologic correlation". The American Journal of Roentgenology, Radium Therapy, and Nuclear Medicine. 117 (4): 816–32. April 1973. doi:10.2214/ajr.117.4.816. PMID 4698820.
- ^ Gourtsoyiannis, Nicholas C.; Ros, Pablo R. (2005). Radiologic-Pathologic Correlations from Head to Toe: Understanding the Manifestations of Disease. Springer Science & Business Media. m/s. 154. ISBN 9783540266648. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-08.