Bridget Moynahan | |
---|---|
Kelahiran | Kathryn Bridget Moynahan 28 April 1971 Binghamton, New York, A.S. |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 1999–kini |
Pasangan | Andrew Frankel (k. 2015) |
Rakan kongsi domestik | Scott Rosenberg (2001–2003) Tom Brady (2004–2006) |
Anak-anak | 1 |
Kathryn Bridget Moynahan (lahir 28 April 1971) ialah seorang pelakon dan model Amerika Syarikat.[1] Moynahan dikenali menerusi wataknya dalam drama kepolisan Blue Bloods. Beliau menamatkan pelajaran di Longmeadow High School, Massachusetts pada 1989, kemudian menceburi dunia permodelan. Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Coyote Ugly (2000). Moynahan juga muncul dalam filem The Sum of All Fears (2002), The Recruit (2003), I, Robot (2004), Lord of War (2005), Grey Matters (2006), Prey (2007), Noise (2007), Ramona and Beezus (2010), John Wick (2014), The Journey Home (2014), dan John Wick: Chapter 2 (2017).
Buku
- Moynahan, Bridget; Goldberg, Wendy; Peterson, Chris (2015). The Blue Bloods Cookbook: 120 Recipes That Will Bring Your Family to the Table. New York: St. Martin's Press. ISBN 9781250072856. OCLC 918562873. Dicapai pada 6 Februari 2017.
Rujukan
- ^ "Bridget Moynahan". US Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2013. Dicapai pada 20 Julai 2020.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bridget Moynahan |