Brahmagupta | |
|---|---|
| Kelahiran | 598 M |
| Meninggal dunia | setelah 665 M |
| Terkenal kerana | Angka sifar, sistem angka moden |
| Kerjaya saintifik | |
| Bidang | Matematik, astronomi |
Brahmagupta (Sanskrit: ब्रह्मगुप्त, lahir c. 598 M, meninggal dunia c. 668 M) ialah seorang pakar matematik dan astronomi India purba. Beliau merupakan penulis bagi kitab-kitab Brāhmasphuṭasiddhānta (628 M) dan Khaṇḍakhādyakarana (655 M).
Beliau merupakan pakar pertama yang memberi peraturan dalam pengiraan dengan angka sifar dan mengemukakan teori seperti teori Brahmagupta dan formula Brahmagupta yang berkait dengan sisi empat kitaran. Oleh kerana beliau tidak mengemukakan sebarang pembuktian, keputusan-keputusan yang diterbitkannya tidak dapat dipastikan.[2]
Brahmagupta dilahirkan pada tahun 598 M di Bhinmal di daerah Jalore, Rajasthan.
Karya utamanya adalah Brāhmasphuṭa Siddhānta telah diulas secara terperinci oleh Caturveda Pṛthūdaka Svāmin (860 M), mungkin mengikut tradisi pengarang asal.
Sebagai seorang ahli matematik, Brahmagupta terkenal dengan kerjanya mengenai cakrīyacaturbhuja atau segi empat berlingkar. Penulisan astronominya terkenal di Barat India pada tahun 712 M.
Bhaskaracharya (1114-1160 M), ahli astronomi yang terkenal, telah menggambarkan Brahmagupta sebagai Ganakacakra Cudamani (permata mahkota dalam kalangan ahli matematik).[3]
Rujukan
- ^ Sachau, Edward C. (2013), Alberuni's India, Routledge, m/s. 156, ISBN 978-1-136-38357-1,
Brahma-siddhānta, so called from Brahman, composed by Brahmagupta, the son of Jishnu, from the town of Bhillamāla between Multān and Anhilwāra, 16 yojana from the latter place (?)
- ^ Brahmagupta biography, Article by: J J O'Connor and E F Robertson, School of Mathematics and Statistics, University of St Andrews, Scotland, November 2000
- ^ Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism
Pautan luar
Kategori berkenaan Brahmagupta di Wikimedia Commons
- Sarjana Hindu
- Rencana dengan pengenalan ISNI
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- Rencana dengan pengenalan GND
- Rencana dengan pengenalan NLA
- Rencana dengan pengenalan MATHSN
- Rencana dengan pengenalan ZBMATH
- Rencana dengan pengenalan RERO yang rosak
- Tunas India
- Ahli Sains India
- Kelahiran 598
- Kematian abad ke-7
- Ahli matematik India
- Orang Rajasthan








