Boris Skossyreff | |||||
---|---|---|---|---|---|
"Borís I d'Andorra" | |||||
![]() Boris pada 1934 | |||||
Raja Andorra | |||||
Berkuasa | 10 Julai 1934 – 23 Julai 1934 | ||||
Keputeraan | Borís Mikhàilovitx Skóssirev-Mavrusov 12 Jun 1896 Vilna, Lithuania-Vilnius, Empayar Rusia (kini Vilnius, Lithuania) | ||||
Kemangkatan | 27 Februari 1989perlu rujukan] Boppard, Rhineland-Palatinate, Jerman Barat (kini Jerman) (kemungkinan) | (umur 92)[||||
Pasangan | Marie Louise Parat de Gassier (m. 21 March 1931) | ||||
| |||||
Ayahanda | Micheal Skossyreff | ||||
Bonda | Elisabeth Mawrusow |

Boris Mikhailovich Skossyreff (Rusia: Бори́с Миха́йлович Ско́сырев; Catalan: Borís Mikhàilovitx Skóssirev) caca; 12 Jun 1896 – 27 Februari 1989) ialah ahli keluarga diraja Belarus, pelabur wang antarabangsa dan menabalkan diri sebagai Raja di Principality of Andorra pada awal 1930an, dia menyempenakan dirinya sendiri dengan gelar Raja Boris I dari Andorra.
Skossyreff dilahirkan di Lithuania dalam keluarga bangsawan yang bermastautin di Belarus kerana politik perkahwinan. Selepas peristiwa Revolusi Rusia 1917, Skossyreff dan keluarganya mencari suaka politik di England, di mana beliau menyertai tentera British pada Perang Dunia I. Semasa perang telah berakhir, Skossyreff bekerja untuk Pejabat Luar Negara British. Dia berpindah ke Belanda pada pertengahan 1920-an, di mana dia diam-diam bekerja sebagai pelabur wang antarabangsa. Walaupun aktivitinya sempat diketahui, Skossyreff mengatakan bahawa ia berbuat demikian atas perintah dari keluarga Diraja Belanda.
Melalui lawatannya ke Andorra pada awal 1930-an, Skossyreff memiliki keinginan untuk menjadi Raja. Kerajaan ini bertempat di sebuah wilayah kecil di Pegunungan Pyrene. Pentadbiran Andorra diketuai dua orang. Kedua mentadbirkan kerajaan bersama yaitu Uskup Urgell dan Presiden Perancis.
Skossyreff menggegarkan Eropah pada perbualan Mei 1934, dia dan pengikutnya mengisytiharkan Kerajaan Andorra yang baharu di bawah kepimpinannya dan ahli keluarga dirajanya. Dia menulis satu dokumen di mana beliau mentakrifkan keputusannya dan ingin membebaskan rakyatnya dari pengaruh Perancis.
Kehidupan awal
Skossyreff lahir dari keluarga diraja Belarus pada 12 June 1896 di Vilnius, Lithuania. Semasa itu baik Lithuania mahupun Belarus ialah sebahagian daripada Empayar Russia.[1] Dalam buku paspor Belanda miliknya tertulis penegasan bahawa seharusnya gelaran yang ia miliki ialah Monsieur le Baron Boris de Skossyreff - banyak yang meragukan pengakuan pokok keturunan ini kerana bangsawan di Rusia yang memiliki darah Sepanyol dapat dihitung dengan jari.[2] Walaupun demikian, Skossyreff dan keluarganya yang telah biasa hidup mewah mencari suaka ke British kerana serangan Bolshevik. Skossyreff terpaksa hidup menapaki hidup baharunya yang bersahaja dan menyertai tentera British pada Perang Dunia I.[3][4]
Latae belakang pendidikan Skossyreff sama meragukannya seperti pokok keturunannya. Pada sebuah temasya temu ramah, dia berkata kalau karib dengan Edward VIII.[3] Dia mengaku sebagai pelajar tinggi Lycée Louis-le-Grand di Paris dan Kolej Magdalen, Oxford.[5] Pihak kedua institusi itu membantah dengan tegas kalau Skossyreff pernah belajar di tempat mereka.[3]
Suaka politik
Ketika mengingat-ingat masa lalunya dalam wawancara bersama The Times, ia menyertai Royal Navy (tentera laut British) di Divisyen Air Service Rejimen Kereta Perisai (sebelum dipisahkan sebagai angkatan sendiri selepas Perang Dunia I). Skossyreff diberi pangkat Pegawai dan bekerja untuk Kolonel Oliver Locker-Lampson. Rejimen itu bertempur di Rusia dan membantu Tentera Putih untuk menjaga daripada pencerobohan sempadan yang dilakukan Empayar Jerman.[6]
Selepas perang berakhir, Skossyreff berhenti sebagai tentera dan bekerja untuk Pejabat Luar Negara British, dia dikirimkan untuk khidmat ke Siberia, Jepun dan Amerika Syarikat.[7] Semasa menjadi tentera mahupun diplomat, dia banyak dipuji oleh atasannya yang kagum kerana kecakapan dalam berbahasa dan mengerti budaya ataupun norma tempatan.[8]
Skossyreff pada akhirnya ditendang dari British kerana mencuri sebuah jam tangan emas. Dia mengatakan dalam rayuan mahkamah kalau ia terpaksa berbuat jenayah kerana ugutan dari Bolshevik di London.[9][10]
Darah Bangsawan Belanda?

Selepas peristiwa itu, beliau bertempat di Belanda dan mengatakan kalau ia bekerja untuk keluarga diraja Belanda pada 1925. Skossyreff berkata kalau Ratu Wilhelmina dari Belanda telah bermurah hati memberikannya gelaran "Demang Orange" – gelaran yang biasanya hanya untuk keluarga diraja kerajaan itu.[11][12] Arkib daripada Pentadbir Belanda mengungkap kalau sang Ratu ketika itu tidak memberikannya gelar dan hanya berjumpa sahaja. Belanda bahkan memberikannya nama cembung sebagai "penipu antarabangsa".[13][14]
Kerjaya lain
Pada 1932, Skossyreff berpindah ke Santa Marta, Colombia. Di negara Amerika Selatan itu ia mulai memakai nama "Boris de Skossyreff" agar lebih terdengar sebagai penutur bahasa Romansa. Dia mulai memfasihkan lagi bahasa Sepanyol sebelum pergi ke Andorra.[15][16]
Bermastautin di Andorra
Pada hari pertamanya bermastautin di Andorra, Skossyreff membina rumah sederhana di kampung Santa Coloma d'Andorra, dekat Sant Julià de Lòria.[17] Skossyreff mula mempengaruhi penduduk kampung dan mengatakan bahawa Andorra seharusnya hanya boleh memiliki satu raja dan tiada orang lain yang lebih pantas ditabalkan raja di negara itu kecuali dirinya. Perkataan-perkataan itu pada awalnya hanya dianggap sebagai gurauan Skossyreff sahaja, tetapi perlahan ia berjaya menubuhkan kekuatan politiknya di tempat itu.[18]
Pada 17 Mei 1934, Skossyreff dan pengikut-pengikutnya mengirim sebuah dokumen ke Dewan Lembah (nama dewan rakyat Andorra sebelumnya). Dia menulis bahawa ia mempunyai cara-cara agar Andorra menjadi sebuah bangsa yang besar; hanya kalau dewan mau mengakui penabalannya sebagai raja.[19] Dewan lembah membalasnya dengan mengatakan: "siapa dia mencampuri kewenangan politik Lembah [Andorra]; belum lagi orang ini telah banyak berbuat jenayah, kami [Dewan] mempunyai hak untuk mengawasi hal bodoh semacam ini tidak berulang lagi".[20]
Mendapatkan kekuasaan
Sekalipun membantah tawaran di dokumen Skossyreff, Perancis yang menduduki Andorra semasa itu membuat dewan lembah memikirkan ulang kata-katanya. Pada bulan Mei, Skossyreff mengatakan kepada pengikut-pengikutnya bahawa ia akan membina pusat bisnis dan ekonomi di tanah air mereka, Andorra. Sebuah tempat di mana mereka dapat menjadi bangsa yang besar dan makmur dengan syarikat finansial yang akan meningkatkan pendapatan negara. Ini adalah langkah bagi mereka, bangsa Andorra yang logik untuk menjadi bangsa yang kuat. Tetapi Skossyreff hanya meminta satu syarat, ia berpendapat bahawa hal itu ialah hadiah balas budi yang semestinya dari Rakyat Andorra - dewan lembah harus mengakuinya sebagai Pengiran Andorra. Menurut cerita rakyat yang terkenal, tawaran daei Boris disetujui oleh semua ahli dewan; kecuali satu orang yang lebih menyokong Perancis. Dua puluh tiga ahli politik itu mengiyakan keinginan Skossyreff untuk ditabalkan.[21] Pada hari penabalannya, seorang zamindar Amerika Syarikat bernama Florence Marmon, bekas isteri Howard Carpenter Marmon mengisytiharkan kehendak pengiran.[22][23]
"Kita telah mengilhak negeri ini atas nama Raja Perancis (the Duc de Guise) sebagai Leftenannya, tetapi kini kita bukanlah wakilnya lagi [...] Mahu sampai kapan dan sekarang Demang akan senang jikalau dia tahu mengenai hal ehwal ini. Prebet setiaku berjumlah 500 orang [...]. Meskipun kita kecil, kita tidak akan tunduk lagi pada Perancis. Kemenangan ialah milik kita.
— "Boris I" dalam tajuk akhbar The Times.
Campur tangan Sepanyol
Uskup Urgell yang telah beratus-ratus tahun lamanya kehilangan kuasanya dan "Raja Boris I" yang tadinya rasmi mendapat gelar pengiran kini menabalkan diri sebagai raja. Uskup itu meminta Sepanyol agar tidak main-main dalam masalah ini dan bergerak cepat.[24][25] Skossyreff mengugut akan menghancurkan Urgell kalau mereka sampai berani mempertikaikan masalah ini lagi.
Sepanyol mengirim tiga konstabulari dan seorang tentera berpangkat sarjan di La Seu d'Urgell untuk menangkap Boris.[26] Skossyreff yang belum mengazamkan tenteranya itu menyerah dan dibawa ke Barcelona untuk sidang.[27][28]

Pada 23 Julai 1934, dia dipindahkan ke Madrid dengan menaiki kereta api. Sepanjang perjalanan dia diawasi dua agen.[29][30] Kedatangannya ke ibu negara Sepanyol membuat banyak wartawan yang datang dari seluruh negeri ingin mewawancarainya.[31][32] Skossyreff dimasukan ke penjara tanpa sidang lanjutan di Penjara Modelo, Madrid. Di tempat itu ia dihormati oleh tahanan-tahanan yang lain.[33][34] Sejarahwan Arnau González menjelaskan bahawa, Boris dan pengikutnya terus menyebarkan pengumuman mereka di Indonesia dari poster kertas yang telah ditanda tangani. Mereka berkata bahawa ada yang memesan kertas dan ada beberapa orang di Andorra yang menunjukan sokongan dengan memberikannya wang hingga terkumpul 200 pesetas..[35][36]
Kerajaan Sepanyol tidak percaya dengan identiti Skossyreff dan mendakwanya sebagai orang Yahudi yang suka membuat kekecohan. Sebuah tajuk akhbar bernama Spain Week by Week, dalam rancangan Skossyreff ialah orang Yahudi dari Catalonia atau Majorca.[37]
Lawatan ke Olhão
Selepas dibebaskan dari penjara, Skossyref melawat ke beberapa tempat untuk membina sokongan diplomatik. Salah satunya di Olhão, Portugal, beliau bertemu dengan penulis dan doktor yang akan menjadi teman baiknya Francisco Fernandes Lopes. Pada tahun 1935 dia menuliskan sebuah memoir yang bertajuk "Raja dari Andorra".[38][39] Skossyreff dibolehkan untuk membuat paspor Portugal dan pergi ke Genoa, tetapi sesampainya di sana dia tidak boleh memasuki negara. Selama pengasingannya, Skossyreff terus menerus dipermalukan. Baru sesampainya di Marseille, dia tinggal di kampung halaman isterinya selama beberapa masa.[40][41]
Di Perancis, polis tanpa alasan yang kuat menangkapnya pada 7 Januarib1936. Di dalam penjara Skossyreff meminta tolong pada Fernandes agar ia dapat memanggil pemimpin Portugal ketika itu - Oliveira Salazar - untuk membantunya lepas dari jeratan hukum lawan politiknya. Salazar mengiyakan keinginannya itu, tetapi tidak memiliki niatan untuk membantu Skossyreff mendapatkan kembali takhtanya.[42] Selepas 3 bulan di Aix-en-Provence, dia dibebaskan dan semasa kembali ke Portugal, Salazar memasukannya ke dalam penjara.[43][44]
Kematian
Pada Februari 1939, Skossyreff kembali di penjara, di sebuah rumah tahanan Perancis yang menawan kumpulan tawanan Sepanyol anti-Francoist, bersama kumpulan Itali dan kumpulan Eropah Tengah. Penjara itu diambil alih oleh Jerman selepas Perang Dunia II berlaku.[45]
Pada Oktober 1942, dia rasmi dibebaskan oleh Jerman. Selepas kemenangan pihak berikat, Skossyreff ditawan oleh Amerika Syarikat kerana disyak sebagai pengintip dan beberapa bulan dari penangkapannya, dia ditangkap oleh Perancis 4 Disember 1946 yang menduduki Berlin.[46]
Beberapa tahun selepasnya, Skossyreff memutuskan untuk bermastautin di Boppard (Jerman Barat); tetapi dia diam-diam menceroboh ke daerah yang ditempati Tentera Soviet. Meski memiliki hubungan dengan Tentera Putih, Skossyreff mendapatkan keringan hukuman dari masa kerja paksa (gulag) selama 25 tahun dan kembali pada 1956 ke Jerman Barat. Skossyreff yang sudah menua kemudian menghabiskan masa bersama isteri dan anak-anaknya hingga maut pada tahun 1989.
Pengaruh
Sebuah novel yang bertajuk Boris I, Rei d'Andorra (Boris I, Raja dari Andorra) ditulis pada tahun 1984 oleh seorang penulis Catalonia, Antoni Morell i Mora.[47] Dalam buku itu, sang penulis menuliskan kisah mengenai neneknya yang sudah sangat renta yang pernah bertemu dengan Skossyreff. Kisah tentang raja dari Belarus itu menjadi salah satu pentas seni panggung yang popular di Andorra dan Catalonia.[48]
Rujukan
- ^ P L Kessler. "Boris Skossyreff". www.historyfiles.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-03. Dicapai pada 2020-05-24.
- ^ Eccardt, Thomas M. (2005). Secrets of the Seven Smallest States of Europe: Andorra, Liechtenstein, Luxembourg, Malta, Monaco, San Marino, and Vatican City (dalam bahasa Inggeris). Hippocrene Books. ISBN 978-0-7818-1032-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-11-25.
- ^ a b c "The Russian King of Andorra: Fantasies and Facts". Issuu (dalam bahasa Inggeris). 10 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-05-24.
- ^ p2 (13 January 1919). "Russian Officer's Story. Relatives murdered by Bolshevists". The Times.
- ^ https://www.pressreader.com/spain/historia-y-vida/20130802/282024734887631. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-05-24 – melalui PressReader. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "The Andorran Pretender," The Times, July 19, 1934.
- ^ Office, Great Britain Foreign (1969). Index to the Correspondence of the Foreign Office for the Year (dalam bahasa Inggeris). Kraus-Thomson. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-11-25.
- ^ Leonardo, Ana Cristina, 1959- (2018). O centro do mundo (ed. 1st). Lisboa. ISBN 978-989-722-515-4. OCLC 1039007007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-05-24.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ p5 (18 January 1919). "Reticent Russian Officer. A Mysterious Woman Friend". The Times.
- ^ p4 (20 January 1919). "Bolshevists in London. Secret Conference at Memorial Hall". The Times.
- ^ Baker, Tom (2015-06-11). "10 Regular People Who Declared Themselves Royalty". WhatCulture.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-05-24.
- ^ Miguel (2015-06-04). "Boris Skossyreff and monarchical Andorra". Medium (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-07. Dicapai pada 2020-05-24.
- ^ The Listener (dalam bahasa Inggeris). British Broadcasting Corporation. 1934. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-09-21.
- ^ Augustin, Byron (2009). Andorra (dalam bahasa Inggeris). Marshall Cavendish. ISBN 978-0-7614-3122-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-11-25.
- ^ "Борис I: правитель Андорры из Вильно". lrt.lt (dalam bahasa Lithuania). 2018-07-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-05-24.
- ^ Diletant.media. "Блоги / Diletant.media: Борис I: правитель Андорры из Российской империи". Эхо Москвы (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 2020-05-24.
- ^ Izu, Miguel. El Rey de Andorra (dalam bahasa Sepanyol). Editorial Almuzara. ISBN 978-84-17558-35-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-11-25.
- ^ p11 (3 March 1934). "No King for Andorra. Offer from Chicago Declined". The Times.
- ^ Marsenyach, Albert Daina. "Boris I Rei d'Andorra". El Coprincipat d'Andorra ara fa molt de temps. (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-16. Dicapai pada 2020-05-24.
- ^ Fontaine, Nicolas (2020-02-07). "Boris 1e, le mystérieux roi d'Andorre venu de Russie". Histoires Royales (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-27. Dicapai pada 2020-05-24.
- ^ Eccardt, Thomas M. (2005). Secrets of the Seven Smallest States of Europe: Andorra, Liechtenstein, Luxembourg, Malta, Monaco, San Marino, and Vatican City (dalam bahasa Inggeris). Hippocrene Books. ISBN 978-0-7818-1032-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-11-25.
- ^ The Listener (dalam bahasa Inggeris). British Broadcasting Corporation. 1934. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-09-21.
- ^ Ginart, Belen (2006-12-07). "El impostor que logró ser rey". El País (dalam bahasa Sepanyol). ISSN 1134-6582. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-15. Dicapai pada 2020-05-27.
- ^ Tagliabue, John (2008-03-24). "Hard times fall in the valleys of Andorra". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-05-26.
- ^ p14 (13 July 1934). "A Pretender in Andorra. 'War' declared on Bishop". The Times.
- ^ p3 (21 July 1934). "Boris the First arrested". The New York Times.
- ^ Eccardt, Thomas M. (2005). Secrets of the Seven Smallest States of Europe: Andorra, Liechtenstein, Luxembourg, Malta, Monaco, San Marino, and Vatican City (dalam bahasa Inggeris). Hippocrene Books. ISBN 978-0-7818-1032-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-11-25.
- ^ p12 (21 July 1934). "Andorran Pretender arrested. Ten days' 'reign'". The Times.
- ^ Nogueira, Adeilson (26 March 2018). Moedas De Andorra (dalam bahasa Portugis). Clube de Autores (managed).
- ^ p11 (23 July 1934). "Andorran Pretender taken to Madrid. 'A militant Prince'". The Times.
- ^ p4 (23 July 1934). "Spain Will Expel 'Boris of Andorra'". The New York Times.
- ^ Boris objected to being taken to Madrid by third class train ticket (24 July 1934). "Boris I arrived in Madrid". The New York Times.
- ^ Mundo hispánico (dalam bahasa Sepanyol). July 1934.
- ^ p11 (26 July 1934). "Andorran Pretender in Prison. Disowned by his 'Subjects'". The Times.
- ^ "1933: la República que quasi va ser". BonDia Diari digital d'Andorra. (dalam bahasa Catalonia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-06. Dicapai pada 2020-05-24.
- ^ "The Andorran Pretender". The Times. 7 November 1934.
- ^ "'Spain week by week". Bulletin of Spanish Studies. 11 (44): 209–216. 1934. doi:10.1080/14753825012331364384.
- ^ barlavento (2008-05-26). "Rei de Andorra viveu em Olhão". Barlavento (dalam bahasa Portugis). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-05-24.
- ^ p13 (23 November 1934). "'Prince Boris of Andorra'. Arrest in Portugal". The Times.
- ^ Izu, Miguel. El Rey de Andorra (dalam bahasa Sepanyol). Editorial Almuzara. ISBN 978-84-17558-35-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-11-25.
- ^ p13 (28 November 1934). "News in Brief". The Times.
- ^ "Postal 988". Issuu (dalam bahasa Inggeris). 20 May 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-05-24.
- ^ Eccardt, Thomas M. (2005). Secrets of the Seven Smallest States of Europe: Andorra, Liechtenstein, Luxembourg, Malta, Monaco, San Marino, and Vatican City (dalam bahasa Inggeris). Hippocrene Books. ISBN 978-0-7818-1032-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-11-25.
- ^ p13 (18 May 1936). "'Prince of Andorra' under arrest". The Times.
- ^ "Boris I". www.andorrasite.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-24. Dicapai pada 2020-05-24.
- ^ Leonardo, Ana Cristina, 1959- (2018). O centro do mundo (ed. 1a. edição). Lisboa. ISBN 978-989-722-515-4. OCLC 1039007007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 2020-05-24.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Morell, Antoni (1984). Borís I, Rei D'andorra. La Magrana. ISBN 84-7410-157-3.
- ^ Official website of the play[pautan mati kekal]
Bibliografi
- Surat khabar Barcelona La Vanguardia merekodkan temu ramah dengan Boris Skossyreff Conversación de los periodistas con Boris I de Andorra (Journalist interview with Boris I of Andorra) (dalam bahasa Sepanyol)
- The Times telah beberapa kali menulis rancangan tentang Boris Skossyreff - perang saudara Rusia dan insiden 1919 yang telah disebutkan di atas (6 Januari 1919 p 4, 13 Januari p 2, 18 Januari p 5, and 20 Januari p 5).
- Regional Surveys of the World, Western Europe 2003, Fifth Edition 2003, Editors Juliet Love i Jilian O'Brien (dalam bahasa Inggeris)
- Thomas Eccardt. Secrets of the Seven Smallest States of Europe. Hippocrene Books, Inc. 171 Madison Avenue, New York, NY 10016. ISBN 0-7818-1032-9. (dalam bahasa Inggeris)
- Luis Capdevila. Nouvelle Découverte de l'Andorre. Nouvelles Editions Latines. Paris 1959, p. 180 i següents (dalam bahasa Perancis)
- Gerhard Lang-Valchs, Boris von Skossyreff: rey de los andorranos, agente de los alemanes, Círculo Rojo, Almería, 2018 ISBN 9788491947097 (dalam bahasa Sepanyol)
- Miguel Izu, El rey de Andorra, Editorial Berenice, Córdobam 2018, ISBN 9788417418625 (dalam bahasa Sepanyol)
Pautan luar
- (dalam bahasa Sepanyol) Borís Skossyreff: el aventurero ruso que se proclamó Rey de Andorra
- (dalam bahasa Rusia) rg.ru
- (dalam bahasa Jerman) Boris I. King of Andorra
- (dalam bahasa Portugis) olhao.web.pt, with a photograph of his tombstone.
- information on former files at The National Archives and other sources.
- Collection of articles in Catalan, Spanish, and English