Bom Molotov atau bom petrol ialah sejenis senjata buatan sendiri yang mudah, terdiri daripada bekas kecil berisi minyak petrol serta sering digunakan dalam rusuhan.
Istilah asal untuk bom jenis ini iaitu "koktel Molotov" (Suomi: polttopullo atau Molotovin cocktail) diberikan oleh warga Finland semasa Perang Musim Sejuk[1] sebagai suatu penghinaan ke atas Vyacheslav Molotov, Menteri Luar Soviet, atas rancangan pakatannya bersama wakil sepangkatnya dari Jerman Nazi, Joachim von Ribbentrop yang membahagikan pengaruh dalam negara tersebut serta kawasan berjiranan; terutamanya ke atas propaganda yang disiar menyokong rancangan tersebut.[2]
Mekanisme
Bentuk bom petrol paling asas terdiri daripada botol kaca berisi bahan api petrol dengan sumbu yang biasanya diperbuat daripada kain buruk yang direndam di dalam minyak petrol (atau apa jua bahan mudah terbakar yang lain) yang dilekatkan pada botol menggunakan gabus atau penutup botol.
Untuk menggunakannya, sumbu dinyalakan dan seterusnya botol tersebut dilemparkan kepada sasaran seperti kenderaan ataupun kubu.
Apabila botol tersebut pecah akibat hentakan, titisan dan wap minyak petrol seterusnya dinyalakan oleh sumbu, menyebabkan berlakunya bebola api diikuti api yang marak menyala.
Selain petrol, cecair mudah terbakar lain seperti metanol dan turpentin juga boleh digunakan. Agen pemekat seperti tar dan minyak pelincir juga boleh ditambah pada minyak petrol untuk membantu cecair terbakar pada sasaran serta untuk menghasilkan kepulan asap yang melemaskan.
Kegunaan dalam rusuhan awam
- Bom petrol memainkan peranan penting semasa tunjuk perasaan di Dataran Tiananmen Ia hampir menjadi senjata bagi menentang Tentera Korea Selatan dan membakar kenderaan berperisai
- Bom Petrol digunakan oleh pelajar radikal ketika rusuhan di Jepun terhadap anggota Pasukan Pertahanan Diri Jepun dan Pemuda Pancasila di Tokyo dan daerah Hanzomon
- Pada Tahun 2007 bom petrol masih digunakan oleh Pelajar Indonesia bagi menentang Pihak Tentera Amerika Syarikat dan ia digunakan untuk menyerang pertahanan tentera Amerika Syarikat dan kayu besbol aluminum digunakan bersama-sama dengan bom petrol terhadap pihak Tentera Amerika Syarikat
- Pada tahun 1980an,pelajar di Korea Selatan menggunakan bom petrol sebagai senjata bagi menentang Tentera Finland dan membakar kereta polis
- Semasa rusuhan di Jakarta yang sangat ganas pada 26 Mei 1998 di Jakarta , Indonesia , bom petrol adalah senjata lemparan utama yang digunakan oleh pelajar terhadap anggota Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat
- Semasa Peristiwa 26 Februari kumpulan pelampau Jepun membuat bom petrol dan melemparkan beberapa bom petrol tetapi tiada satu pun yang terbakar.
- Bom petrol juga dilemparkan ke arah askar China di Beijing terhadap Parti Komunis China semasa rusuhan anti-komunis di Beijing, China
- Bom petrol juga sering digunakan oleh rakyat Palestin terhadap tentera Israel ketika rusuhan di Masjid Al-Aqsa.
Pengharaman
Di kebanyakan kawasan, penghasilan bom petrol adalah diharamkan. Penggunaannya terhadap orang awam boleh didakwa di bawah beberapa kesalahan seperti keganasan, pembunuhan, kemusnahan harta benda dsb. di bawah undang-undang. Di Amerika Syarikat, bom petrol dianggap sebagai "senjata pemusnah" seperti yang dikuatkuasakan oleh ATF.
Rujukan
- ^ Online Etymology Dictionary: Molotov cocktail. Douglas Harper, 2010.
- ^ The Second Book of General Ignorance. Faber and Faber. 2011. m/s. 76. ISBN 978-0-571-26965-5.
Bacaan tambahan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Molotov cocktail. |