Bodycam | |
---|---|
Fail:Bodycam steam art.jpg | |
Pembangun | Reissad Studio |
Enjin | Unreal Engine 5 |
Platform | Windows |
Pelepasan | 7 Jun 2024 (akses awal) |
Genre | Penembak orang pertama |
Mod | Permainan video multipemain |
Bodycam ialah permainan video penembak orang pertama (POP) nekapemain tahun 2024 yang dibangunkan oleh syarikat indie dari Perancis, Reissad Studio oleh dua orang pembangun dari akaun Steam (Luca dan Leo, umur 17 dan 20 tahun).[1] Permainan ini diterbitkan untuk early access pada 7 Jun 2024.[2] Ia telah dikaitkan mempunyai grafik permainan dan mekanik tembakan yang sangat realistik.[2][3][4]
Moda permainan
Bodycam ialah permainan video penembak orang pertama yang menpunyai empat moda: Body Bomb, Team Deathmatch, Deathmatch dan Zombies.[5]
Bon
Bodycam mendapatkan reaksi yang bercampur daripada pemain. Pada akses lebih awal, banyak yang mengkritik tentang permainan yang bug dan pelayan komputer buruk. Perlahan seiras dengan pembaharuan permainan, peringkat dalam Steam setakat Disember 2024 ialah 74%.
Bodycam ditakrifkan oleh Steam sebagai tajuk permainan paling laris 2024 dalam platformnya. Permainan ini telah terjual 800,000 salinan pada bulan awal penerbitan. Permainan ini mendapat keuntungan hingga akhir tahun sebesar €20 juta. Modal pembangunan dan kemas kini tidak sampai €100,000.[6]
Rujukan
- ^ Papadopoulos, John (3 June 2024). "Unreal Engine 5-powered multiplayer body-cam shooter, Bodycam, hits Early Access on June 7th". DSOGaming. Dicapai pada 4 June 2024.
- ^ a b Smith, Ed (2024-06-07). "Brutally realistic new bodycam game finally goes live, and you can play right now". PCGamesN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-08.
- ^ "Bodycam: Release date, what to expect, and more". Sportskeeda. 3 June 2024. Dicapai pada 5 June 2024.
- ^ Shah, Saqib (2024-06-07). "Bodycam is an 'ultra-realistic' shooter with CoD in its sights". Evening Standard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-12.
- ^ "Bodycam release date, gameplay, and trailers". PCGamesN (dalam bahasa Inggeris). 2024-06-03. Dicapai pada 2024-06-15.
- ^ "Bodycam : comment deux Français ont créé chez eux à Nanterre le jeu vidéo star de l'été". Les Echos. July 30, 2024. Dicapai pada August 4, 2024.