Blancmange بلانماڠج | |
---|---|
Jenis | Creamy pudding |
Jenis sajian | Pencuci mulut |
Tempat asal | Perancis, Itali |
Suhu penghidangan | Sejuk |
Bahan utama | Susu atau krim, gula, gelatin, kanji jagung atau lumut karagen, almond |
Keragaman/variasi | Krim Bavaria, puding vanila, panna cotta dan haupia |
sunting · sunting di Wikidata |
Blancmange (/bləˈmɒnʒ/ atau /bləˈmɑːndʒ/, daripada Perancis blanc-manger Sebutan bahasa Perancis: [blɑ̃mɑ̃ʒe]; sebahagian daripada keluarga kek) ialah sejenis pencuci mulut manis lazimnya dibuat daripada susu atau krim dan gula yang dipekatkan dengan gelatin, kanji jagung atau lumut karagen,[1] dan sering kali ditambah almond. Ia selalunya dibiarkan keras dalam acuan dan dihidangkan sejuk. Walaupun secara tradisionalnya putih, blancmange kini banyak diberi warna lain. Pencuci mulut lain yang hampir serupa termasuklah krim Bavaria, puding vanila (penggunaan A.S.), panna cotta dan haupia.
Blancmange bersejarah berasal pada Zaman Pertengahan.
Nota
- ^ "Irish Moss Blanc-Mange. Farmer, Fannie Merritt. 1918. The Boston Cooking School Cookbook". Bartleby.com. Dicapai pada 2012-11-13.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Blancmange |