Bixaceae | |
---|---|
Pokok kunyit jawa, Bixa orellana. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus | |
|
Bixaceae adalah keluarga tumbuhan dikotiledon yang sering disebut suku kesumba-kesumbaan di Indonesia. Di bawah Sistem Cronquist, keluarga ini secara tradisional diletakkan di bawah order Violales. Namun, penyusunan terbaru telah memindahkannya, bersama beberapa keluarga lain yang sebelum ini dalam Violales, ke dalam Malvales.[1]
Bixaceae merangkumi tiga genus dan sebilangan 25 spesies, sungguhpun Cochlospermum turut ditempatkan dalam keluarga Cochlospermaceae yang tersendiri. Spesies terkenalnya iaitu kunyit jawa dijadikan sumber pembuatan kesumba (annatto).
Penerangan
Walaupun kecil, keluarga ini merangkumi pepohon, herba, dan pokok renek. Tumbuhan ini adalah biseksual, dan semua spesies mempunyai lima daun kelopak (sepal). Semua tumbuhan dalam Bixaceae mengeluarkan getah merah, jingga dan kuning.
Gambar
-
Bunga kunyit jawa atau kesumba keling, Bixa orellana.
-
Lenggai kunyit jawa yang matang.
-
Bunga Cochlospermum vitifolium.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Bixaceae Kunth". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2008. Dicapai pada 4 Januari 2022.