Biro Pengaduan Awam merupakan agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk menangani aduan awam terhadap pekerja kerajaan, kekurangan dan penangguhan dalam perkhidmatan dan utiliti awam, dan undang-undang dan dasar awam. Mengandungi maklumat mengenai biro, jenis aduan yang diterima dan prosedur aduan.[1]
Matlamat Biro Pengaduan Awam
- Untuk mengalakkan dan memberi kemudahan kepada rakyat yang tidak puas hati dengan sebarang salah tadbir di kalangan jentera pentadbiran awam untuk mengadu dengan penuh yakin.
- Untuk bekerjasama dengan ketua-ketua jabatan dalam menangani aduan orang ramai.
- Untuk menyiasat aduan dan mengemukakan hasil siasatan serta perakuan kepada Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) untuk pertimbangan dan keputusan. [2]
- Untuk melakukan "follow-up" dan "follow-through" semua keputusan yang dibuat oleh JKTPA.
- Untuk mengemukakan kepada ketua jabatan berkenaan laporan suku tahun tentang penerimaan aduan dan kedudukan tindakan pentadbiran yang telah diambil terhadap aduan.
- Untuk menerbitkan laporan tahunan berkenaan aduan awam.
Rujukan
Pautan luar
- Biro Pengaduan Awam Malaysia
- Panduan menghadapi gangguan seksual. Diarkibkan 2006-05-04 di Wayback Machine
- Aduan Rakyat Online - Laporkan Aduan Anda Secara Online