Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Julai 1903 |
Agensi terdahulu |
|
Ibu pejabat | Suitland, Maryland |
Kakitangan | 4,285 (2018) |
Belanjawan tahunan | AS$3.1 bilion (2009) AS$7.2 bilion (anggaran 2010) AS$1.3 bilion (anggaran 2011) AS$3.8 billion (anggaran 2019) |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Pentadbiran Perangkaan dan Ekonomi |
Laman sesawang | www.census.gov |
Biro Bancian Amerika Syarikat (Inggeris: United States Census Bureau atau Bureau of the Census, seperti yang ditakrifkan dalam Tajuk 13 Kod Amerika Syarikat § 11) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam bancian di Amerika Syarikat. Ia juga mengumpulkan data demografi dan ekonomi negara yang lain. Berada di bawah kuasa Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, Biro Bancian berfungsi sebagai sumber utama data mengenai orang dan ekonomi di Amerika.[1]
Peranan utama biro ini adalah untuk melaksanakan kiraan rasmi sepanjang sepuluh tahun (setiap 10 tahun) bagi setiap penduduk yang tinggal di Amerika Syarikat. Hasil yang paling penting daripada kiraan itu adalah pembahagian semula bilangan kerusi bagi setiap negeri yang dibenarkan di dalam Dewan Perwakilan,[1] tetapi hasilnya juga mempengaruhi pelbagai program kerajaan yang bakal diterima untuk setiap negeri. Secara politiknya, pengarah biro ini dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat.
Nota
Rujukan
- Versi asal dan penambahan berikutnya, artikel ini telah disesuaikan daripada teks Biro Bancian Amerika Syarikat.
- Manual Rujukan Kawasan Geografi daripada Biro Bancian Amerika Syarikat mengandungi penerangan terperinci dari segi geografi yang digunakan dalam banci.
- Misi dan operasi Biro Bancian Amerika Syarikat dibentangkan dalam Tajuk 13 Kod Amerika Syarikat.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Biro Bancian A.S. |
- Tapak web rasmi
- Jumlah penduduk A.S. dan dunia – POPClocks
- Karya-karya oleh Biro Bancian Amerika Syarikat di Projek Gutenberg
- Notis Mesyuarat Bancian Biro dan Perubahan Peraturan Diarkibkan 2008-10-02 di Wayback Machine daripada suapan RSS Diarkibkan 2010-12-31 di Wayback Machine Pendaftar Persekutuan
- Peraturan pusat yang dicadangkan dan dimuktamadkan dari Biro Bancian Amerika Syarikat Diarkibkan 2012-03-18 di Wayback Machine