Betty Chew Gek Cheng (Chinese: 周玉清; dilahirkan pada 15 Ogos 1964) ialah seorang ahli politik Malaysia daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH). Beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Kota Laksamana dari Mac 2004 hingga Mei 2013 dan Durian Daun dari November 1994 hingga Mac 2000. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Wanita DAP Negeri Melaka pada tahun 2005. Betty Chew merupkan isteri kepada Lim Guan Eng, Pengerusi Kebangsaan DAP dan bekas Setiausaha Agung DAP sekarang, bekas Menteri Kewangan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau juga merupakan menantu kepada Lim Kit Siang, bekas Setiausaha Agung dan bekas Pengerusi Kebangsaan DAP.[1]
Pada tahun 2005, beliau mengalami kekalahan mengejut apabila bertanding semula dalam pemilihan jawatankuasa DAP Melaka, dengan menduduki tempat kedua, satu tempat di hadapan suaminya. Namun begitu, sementara suaminya secara automatik layak untuk memegang jawatan dalam jawatankuasa tersebut berdasarkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung parti, Betty Chew tidak. [2] Chew menyatakan bahawa beliau "sedih dengan keputusannya", tetapi akan menerima kekalahannya. [3] Walau bagaimanapun, Teresa Kok, ahli Parlimen DAP, bercadang bahawa terdapat konspirasi di sebalik kekalahan Lim dan Chew dalam kempen pemilihan tersebut. [4]
Pada 2006, Chew dilaporkan bakal menjadi ADUN Melaka pertama yang bersalin semasa memegang jawatan. Pada ketika itu, Chew mempunyai empat orang anak dengan Lim. [5]
Pada tahun 2008, Chew menewaskan orang baharu, Lee Kiat Lee, bagi kerusi Kota Laksamana, di mana beliau memperoleh 11043 undi manakala Lee hanya mendapat 3801 undi.
Keputusan pilihanraya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Pct | Lawan | Undi | Pct | Undi dibuang | Majoriti | Jumlah mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N17 Durian Daun | Betty Chew Gek Cheng ( DAP ) | 7,380 | 64.77% | Chew Chong Lin ( MCA ) | 4,011 | 35.2% | 11,605 | 3,369 | 73.88% | ||
2004 | N20 Kota Laksamana | Betty Chew Gek Cheng ( DAP ) | 8,944 | 62.74% | Lim Eng Tack ( MCA ) | 5,302 | 37.19% | 14,471 | 3,642 | 76.34% | ||
2008 | Betty Chew Gek Cheng ( DAP ) | 11,043 | 73.35% | Lee Kiat Lee ( MCA ) | 3,801 | 25.25% | 15,055 | 7,242 | 79.53% |
Rujukan
- ^ "Guan Eng and wife voted out of Malacca DAP committee". (20 December 2005). The Star (Malaysia).
- ^ "Guan Eng and wife voted out of Malacca DAP committee". (20 December 2005). The Star (Malaysia).
- ^ "Betty upset over her ouster". (19 December 2005). The Star (Malaysia).
- ^ Beh, Lih Yi (19 December 2005). "Mr and Mrs Lim's defeat a 'conspiracy'". Malaysiakini.
- ^ Conflicts and developments Diarkibkan 22 Januari 2007 di Wayback Machine. (29 December 2006). Malaysia Today.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Results only available from the 2004 Malaysian general election.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-14". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 25 November 2021. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Percentage figures based on total turnout.