Bertram Brooke | |
---|---|
Tuan Muda Sarawak | |
Fail:Bertram W D Brooke.jpg His Highness the Tuan Muda of Sarawak | |
Keputeraan | 8 Ogos 1876 |
Kemangkatan | 15 September 1965 | (umur 89)
Pasangan | Gladys Milton Palmer |
Anakanda | Jean Brooke Elizabeth Brooke Anne Brooke Anthony Brooke |
Ayahanda | Charles Brooke |
Bonda | Margaret Brooke |
Kapten Bertram Willes Dayrell Brooke, Tuan Muda Sarawak (8 August 1876 – 15 September 1965[1]) ialah seorang bangsawan dan askar Inggeris keputeraan Rajah Putih Charles Anthony yang memerintah Kerajaan Sarawak.
Biografi
Bertram lahir pada 8 Ogos 1876 di Kuching kepada Charles Anthony Brooke dan Margaret Brooke, adinda Charles Vyner Brooke iaitu Rajah Putih terakhir kerajaan Sarawak
Beliau dididik di Kolej-Kolej Winchester dan Trinity Universiti Cambridge. Di universiti ini jugalah beliau menjawat kerusi presiden persatuan sukan dayung universiti tersebut serta melibatkan diri dalam pasukan tersebut memenangi Perlumbaan Dayung tahun 1900 dan 1901.[2] Beliau berkhidmat dalam Artileri Berkuda Diraja serta juga Pesuruhjaya Khas Sarawak semasa Perang Dunia Pertama.
Beliau berkahwin dengan Gladys Milton Palmer, anak tunggal Walter Palmer, 1st Baronet pada tanggal 28 Jun 1904, perkahwinan ini mengurniakan gelaran Dayang Muda kepadanya. Mereka ada empat orang anak hasil perkahwinan ini iaitu seorang lelaki, Rajah Muda Anthony, dan tiga orang puteri.
Beliau meninggal dunia pada 15 September 1965 di Weybridge, Surrey.[1] Mayatnya dikembumikan di tanah gereja St Leonard di Sheepstor, Devon, along with the White Rajahs.
Rujukan
- ^ a b The Peerage
- ^ "Brooke, Bertram Willes Darrel (BRK897BW)". A Cambridge Alumni Database. University of Cambridge.