Bernd Nothofer برنت نوتهوفر | |
---|---|
Kelahiran | Krefeld, Jerman | 18 Disember 1941
Meninggal dunia | 5 Januari 2025[1] | (umur 83)
Warganegara | Jerman |
Pekerjaan | Ahli bahasa |
Latar belakang akademik | |
Pusat pendidikan | Universiti Yale |
Karya akademik | |
Institusi | Universiti Goethe Frankfurt |
Minat lain | Bahasa-bahasa Austronesia |
Bernd Nothofer (18 Disember 1941 – 5 Januari 2025) adalah ahli bahasa Jerman. Fokus penelitiannya meliputi sejarah perkembangan rumpun bahasa Austronesia terutamanya cabang Melayik tempat bahasa Melayu dimasuk dalam bahasa-bahasa se-Indonesia.[2]
Awal hidup dan pendidikan
Beliau lahir pada tanggal 18 Disember 1941.[1]
Setelah lulus dari sekolah menengah, Nothofer melanjutkan pengajian di Bonn pada tahun 1962. Pada tahun 1966, beliau memperoleh License de Lettre libre dari Universiti Franche-Comté di Besançon, Perancis, lalu mengajar bahasa Jerman dan bahasa Perancis at Kolej Negeri Millersville di Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Dari tahun 1967 hingga 1973, beliau mengambil jurusan linguistik bersama Isidore Dyen di Universiti Yale. Pada tahun 1973, beliau lulus ijazah PhD di bidang Linguistik setelah menyelesaikan kajian lapangan di provinsi Jawa Barat dan Jawa Tengah. Pada tahun 1977, beliau melengkapkan habilitasinya di Universiti Köln.[3]
Kerjaya
Dari tahun 1973 hingga 1981, Nothofer bekerja sebagai pembantu penyelidikan asisten peneliti di Universiti Köln dan dekan di Universiti Bonn. Pada tahun 1981, beliau menjadi dekan di Universiti Goethe di Frankfurt am Main selaku Profesor Jurusan Ilmu Asia Tenggara hingga bersara pada tahun 2008.
Dari tahun 1985 hingga 2000, beliau menjadi profesor tamu di Universitas Indonesia, Universitas Andalas, Universiti Brunei Darussalam, Universitas Gadjah Mada, Universiti Nasional Australia, Universiti Hawaii, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Melbourne.
Pada tahun 2006, beliau meraih festschrift yang berjudul Insular Southeast Asia: linguistic and cultural studies in honor of Bernd Nothofer di Frankfurt.[4]
Pada tahun 2012, festschrift lain untuknya diterbitkan di Kota Yogyakarta, berjudul Seminar Sehari bersama Prof. Dr. Bernd Nothofer dan Purnabakti Dr. Inyo Yos Fernandez.
Beliau meninggal dunia tanggal 5 Januari 2025 pada usia 83 tahun.[1]
Senarai rencana
- The reconstruction of Proto-Malayo-Javanic. In: Verhandelingen van het Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde 73 (1975). Nijhoff, Den Haag.
- Dialektgeographische Untersuchungen in West-Java und im westlichen Zentraljava. 2 Bände. Harrassowitz, Wiesbaden 1980.
- Dialektatlas von Zentral-Java. Harrassowitz, Wiesbaden 1981.
- with K.-H. Pampus, Gloria und Soepomo Poedjosoedarmo: Bahasa Indonesia. Indonesisch für Deutsche. Teil 1. Groos, Heidelberg 1985.
- with K.-H. Pampus, Gloria und Soepomo Poedjosoedarmo: Bahasa Indonesia. Indonesisch für Deutsche. Teil 2. Groos, Heidelberg 1987.
- (editor). Die deutsche Malaiologie. Festschrift zu Ehren von Frau Professor Dr. Irene Hilgers-Hesse. Groos, Heidelberg 1988.
- with K.-H. Pampus: Bahasa Indonesia. Indonesisch für Deutsche. Teil 1. Zweite, vollständig überarbeitete Auflage. Groos, Heidelberg 1988.
- (editor). Reconstruction, Classification, Description. Festschrift in Honor of Isidore Dyen. Abera, Hamburg 1997.
- Dialek Melayu Bangka. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 1997.
- Pengantar etimologi. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia, Jakarta 2013.
Rujukan
- ^ a b c "Dalam Kenangan". Enggano. Fakulti Linguistik, Filologi dan Fonetik Universiti Oxford. Dicapai pada 2025-03-01.
- ^ Adib, Holy (6 April 2019). "Dialek dan Logat: Istilah yang Tertukar". Beritagar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-30. Dicapai pada 26 Disember 2020. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan). - ^ Bernd Nothofer. Goethe-Universität Frankfurt am Main.
- ^ Mueller, Franz. Review of Insular Southeast Asia: Linguistic and cultural studies in honour of Bernd Nothofer. Oceanic Linguistics 47, no. 2 (2008): 468-469. doi:10.1353/ol.0.0013.