Berkhalwat merupakan kata terbitan daripada perkataan “khalwat” iaitu perkataan pinjaman daripada bahasa Arab “khalwah" kata nama infinitif khala, yakhlu secara literal menunjukkan mahu menyendiri. Dalam istilah Arab, ia menunjukkan kesunyian untuk bertafakur terhadap Allah dan supaya mengingati-Nya setiap masa dengan menyebut nama Allah di dalam hati, fikiran atau secara lisan. Dalam bahasa Melayu, ia menyerupai amalan suluk/bersuluk.[1] [2]
Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, khalwat bermaksud perbuatan mengasingkan dan memencilkan diri, duduk seorang diri dan berdua-duaan di dalam keadaan sumbang di tempat yang terpencil di antara lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin (Zainal Abidin Safarwan t.th). Dengan itu dapat difahami bahawa dalam istilah Melayu berkhalwat merangkumi makna pasangan lelaki dan wanita (yang akil baligh yang harus berkahwin) yang menyendiri di tempat yang terpencil. Pemahaman terhadap makna yang terakhir lebih difahami apa lagi sekiranya ia melibatkan pasangan lelaki perempuan yang bukan mahram, menjadikannya satu amalan yang ditegah oleh Islam. Ia merupakan salah satu faktor yang menghala ke arah berlakunya perzinaan yang diistilahkan sebagai “wasitah” (perlakuan yang menyebabkan berlakunya sesuatu) menurut usul fikah.[3]
Istilah berkhalwat inilah yang telah dikanunkan dan diperundangkan menjadi beberapa peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Malaysia hari ini, contohnya seperti seksyen 54 (1) dan (2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.[4]
Kontrovesi G25
Pada 6 Disember 2015 jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin mendakwa dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.[5]
Rujukan
- ^ Tuhan Mendekati Manusia.
- ^ Agama, budaya dan masyarakat: ikhtisar laporan hasil-hasil penelitian. Moeslim Abdurrahman, Proyek penelikitan Keagamaan (Indonesia), Badan Penelitian dan Pengembangan Agama, Proyek Penelitian Keagamaan, 1979 - Indonesia - 187 pages
- ^ "Keliru istilah khalwat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-24. Dicapai pada 2015-11-23.
- ^ KESALAHAN KHALWAT DAN PERBUATAN TIDAK SOPAN DAN HUKUMANNYA MENURUT ISLAM
- ^ G25 mahu hukuman khalwat dimansuh.