Monarki Sejagat adalah satu konsep dan keadaan politik di mana seseorang raja yang dianggap sama ada memerintah secara tunggal ke atas mana-mana tempat (atau sekurang-kurangnya sebahagian utama kawasan geopolitik atau kawasan) atau mempunyai ketuanan khas ke atas semua negeri-negeri lain (atau sekurang-kurangnya semua negeri-negeri di kawasan geopolitik atau kawasan tertentu).
Konsep
Berbeza daripada monarki biasa dalam erti bahawa Monarki Sejagat itu adalah tidak tertakluk kepada negara lain dan menegaskan darjah kebebasan daripada jumlah kedaulatan ke atas sesuatu kawasan, atau penguasaan ke atas negeri-negeri lain .
Konsep ini telah timbul di Eropah dan Asia. Konsep ini berkaitan dengan sistem Empayar, tetapi membayangkan lebih daripada sekadar memiliki imperium.
Ungkapan frasa Bahasa Latin Dominus Mundi, "Tuan Kepada Dunia", merangkumi konsep itu. Walaupun amalan Monarki Sejagat tidak pernah berlaku di seluruh dunia, ia mungkin kelihatan bagi kebanyakan orang, terutamanya pra-moden, yang ia pernah berlaku.
Pengkritik konsep ini di Eropah pada Zaman Pertengahan adalah ahli falsafah seperti Nicole Oresme[1], dan Erasmus[2]; manakala Dante dan Guillaume Postel[3] adalah lebih dipercayai. Kemudian, mazhab Protestan berusaha menolak konsep ini, kerana menyamakan tafsirannya dengan mazhab Katolik.[4]
Sejarah
Asia
Proses selari berlaku di Asia. Manakala di Barat pada abad ke-19, gelaran Maharaja sebahagian besarnya dilucutkan konotasi agama dan telah dilihat hanya dari segi politik, gelaran di Asia timur hampir keseluruhannya berkaitan keagamaan, biasanya dinyatakan sebagai 'anak syurgawi'. Di sini gelaran menandakan lebih tinggi, pemerintahan 'samawi' ( 'empayar syurgawi'), berbeza dengan raja-raja yang memerintah di antara langit dan bumi, dan secara lanjutan hari ini untuk presiden yang asasnya semata-mata pemerintah duniawi. Empayar China adalah syurgawi Sejagat iaitu semua raja-raja lain dianggap sebagai 'jajahan'. Konsep ini telah diambil oleh orang Mongol, yang di bawah pemerintahan Genghis Khan dapat menguatkuasakan konsep ini dengan lebih meluas daripada China. Percubaan Jepun untuk menyatukan Asia Tenggara di bawah Kawasan Persemakmuran Bersama Asia Timur Raya di bawah Maharaja Hirohito yang mengikut model yang ditetapkan oleh Empayar Jerman dan Joseph Chamberlain, pemerintahan empayar berdasarkan kesatuan ekonomi, dipadankan dengan idea-idea agama Jepun.
Konsep Cakravatin Hindu/Buddha adalah contoh yang sempurna dan sesuai bagi Monarki Sejagat.[5][6]
Di dalam Islam pula, Kekhalifahan adalah sistem tunggal pemerintahan bagi semua umat Islam.
Rujukan
- ^ Mastnak, Tomaž Crusading peace: Christendom, the Muslim world, and Western political order University of California Press (2002) p329
- ^ Persson, Hans-Åke & Stråth, Bo Reflections on Europe: defining a political order in time and space Peter Lang (2007) pp51-52
- ^ Kuntz, Marion Leathers Guillaume Postel, prophet of the restitution of all things: his life and thought Springer (1981) p171
- ^ Simms, Brendan & Riotte, Torsten (Editors) The Hanoverian dimension in British History, 1714-1837 Cambridge University Press (2007) pp168-169
- ^ Bhandarkar, D.R. Lectures on the Ancient History of India from 650-325 B.C. University of Calcutta (1919) pp85-86
- ^ Beér, RobertThe encyclopedia of Tibetan symbols and motifs Serindia Publications 2nd Revised edition(2004) pp160-161