Data klinikal | |
---|---|
Nama dagang | Benzac, Panoxyl, lain-lain |
Nama lain | benzoperoksida, dibenzoil peroksida (DBPO) |
AHFS/Drugs.com | Professional Drug Facts |
MedlinePlus | a601026 |
Data lesen | |
Kaedah pemberian | Topical |
Kod ATC | |
Status perundangan | |
Status perundangan | |
Pengecam | |
| |
Nombor CAS | |
PubChem CID | |
DrugBank | |
ChemSpider | |
UNII | |
KEGG | |
ChEBI | |
ChEMBL | |
CompTox Dashboard (EPA) | |
ECHA InfoCard | 100.002.116 |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C14H10O4 |
Jisim molar | 242.23 g·mol−1 |
Model 3D (JSmol) | |
Ketumpatan | 1.334 g/cm3 |
Takat lebur | 103 hingga 105 °C (217 hingga 221 °F) terurai |
Keterlarutan dalam air | lemah mg/mL (20 °C) |
| |
|
Benzoil peroksida ialah sebatian kimia (secara khususnya, peroksida organik) dengan rumus struktur (C
6H
5−C(=O)O−)
2 yang sering kali disingkatkan sebagai (BzO)2. Dari segi strukturnya, molekul boleh diterangkan sebagai dua kumpulan benzoil (C
6H
5−C(=O)−, Bz) yang dihubungkan oleh peroksida (−O−O−). Ia merupakan pepejal berbutir putih dengan bau samar benzaldehid, kurang larut dalam air tetapi larut dalam aseton, etanol dan banyak pelarut organik yang lain. Benzoil peroksida merupakan pengoksida, di mana ia sering kali digunakan dalam penghasilan polimer.[4]
Sebagai peluntur, benzoil peroksida telah digunakan dalam ubat-ubatan dan bahan penyahjangkit air.[5][6] Dalam konteks khusus, nama itu boleh disingkatkan sebagai BPO.
Dalam pengubatan, benzoil peroksida kebanyakkannya digunakan untuk merawat jerawat batu, sama ada secara bersendirian atau kombinasi dengan rawatan lain.[7] Sesetnagh versi dijual bercampur dengan antibiotik seperti klindamisin.[8][9] Ia terdapat dalam Senarai Ubat Penting WHO,[10] dan di Amerika Syarikat, ia tersedia sebagai ubat bebas dan generik.[11][8] Ia juga digunakan dalam bidang pergigian untuk pemutihan gigi.
Kereaktifan
Sintesis 1858 yang asal oleh Liebig memberi tindak balas benzoil klorida dengan barium peroksida,[12] di mana tindak balas itu mungkin mengikuti persamaan berikut:
- 2 C6H5C(O)Cl + BaO2 → (C6H5CO)2O2 + BaCl2
Benzoil peroksida biasanya disediakan dengan merawat hidrogen peroksida dengan benzoil klorida dalam keadaan beralkali.
- 2 C6H5COCl + H2O2 + 2 NaOH → (C6H5CO)2O2 + 2 NaCl + 2 H2O
Ikatan oksigen–oksigen adalah lemah, Oleh itu, benzoil peroksida mudah menjalani homolisis (pembelahan simetri), membentuk radikal-radikal bebas:
- (C6H5CO)2O2 → 2 C6H5CO•
2
Simbol • menandakan hasil tindak balas itu merupakan radikal; iaitu mereka mengandungi sekurang-kurangnya satu elektron yang tidak berpasangan. Spesies itu sangatlah reaktif. Homolisis biasanya teraruh dengan haba. Separuh hayat benzoil peroksida adalah sejam pada 92°C. Pada suhu 131°C, setengah hayatnya adalah satu minit.[13]
Rujukan
- ^ "Epsolay- benzoyl peroxide cream". DailyMed. 25 April 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2022. Dicapai pada 15 May 2022.
- ^ "Epsolay- benzoyl peroxide cream". DailyMed. 5 May 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 June 2022. Dicapai pada 19 June 2022.
- ^ Templat:BlueBook2013
- ^ Klenk, Herbert; Götz, Peter H.; Siegmeier, Rainer; Mayr, Wilfried. "Peroxy Compounds, Organic". Ensiklopedia Kimia Perindustrian Ullmann (dalam bahasa Inggeris). Weinheim: Wiley-VCH. doi:10.1002/14356007.a19_199.
- ^ Stellman, Jeanne Mager (1998). Encyclopaedia of Occupational Health and Safety: Guides, indexes, directory [Ensiklopedia Kesihatan dan Keselamatan Pekerja: Panduan, indeks, direktori] (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Buruh Antarabangsa. m/s. 104. ISBN 9789221098171. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2017. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ Pommerville, Jeffrey C. (2012). Alcamo's Fundamentals of Microbiology: Body Systems [Asas Mikrobiologi Alcamo: Sistem-sistem Badan] (dalam bahasa Inggeris). Jones & Bartlett Publishers. m/s. 214. ISBN 9781449605957. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2017.
- ^ World Health Organization (2009). Stuart MC, Kouimtzi M, Hill SR (penyunting). WHO Model Formulary 2008. Pertubuhan Kesihatan Sedunia. m/s. 307–308. hdl:10665/44053. ISBN 9789241547659.
- ^ a b British national formulary : BNF 69 (dalam bahasa Inggeris) (ed. 69). Persatuan Perubatan British. 2015. m/s. 820. ISBN 9780857111562.
- ^ Braun-Falco, Otto; Plewig, Gerd; Wolff, Helmut Heinrich; Burgdorf, Walter (2012). Dermatology (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2). Springer Science & Business Media. m/s. 1039. ISBN 9783642979316. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2017.
- ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019 (dalam bahasa Inggeris). Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
- ^ Hamilton, Richart (2015). Tarascon Pocket Pharmacopoeia 2015 Deluxe Lab-Coat Edition (dalam bahasa Inggeris). Jones & Bartlett Learning. m/s. 173. ISBN 9781284057560.
- ^ Brodie BC (1858). "Ueber die Bildung der Hyperoxyde organischer Säureradicale" [Mengenai Pembentukan Peroksida Radikal Asid Organik]. Justus Liebigs Ann. Chem. (dalam bahasa Jerman). 108: 79–83. doi:10.1002/jlac.18581080117.
- ^ Li III H (1998). "Chapter 2" (PDF). Synthesis, Characterization and Properties of Vinyl Ester Matrix Resins [Sintesis, Ciri dan Sifat Resin Matriks Ester Venil] (Ph.D.). Universiti Vermont. hdl:10919/30521. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2006. Dicapai pada 17 Februari 2007.
Pautan luar
- "Benzoyl Peroxide". Drug Information Portal. Perpustakaan Perubatan Negara Amerika Syarikat.
- NIOSH Pocket Guide to Chemical Hazards. "#0052" (dalam bahasa Inggeris). National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH).
- Template:drugs.com link with non-standard subpage
- ECHA InfoCard ID from Wikidata
- Pelbagai bahan kimia dalam infobox dadah
- Multiple chemicals in an infobox that need indexing
- Articles containing unverified chemical infoboxes
- Peroksida organik
- Terbitan benzena
- Penyediaan antijerawat
- Karsinogen Kumpulan 3 IARC
- Ubat penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia
- Pencetus radikal