Revolusi dan perang saudara yang berterusan di Syria sejak 2011 melibatkan dua pihak yang berperang dipanjikan bendera tersendiri.[2] Republik Arab Syria pimpinan Basyar al-Assad dan Parti Ba'athnya menggunakan bendera berjalur merah di hulu dan dua bintang hijau yang wujud sejak zaman Republik Arab Bersatu manakala pihak-pihak Pembangkang Syria yang diketuai Gabungan Kebangsaan berpanji jalur hijau di hulu dan tiga bintang merah yang dipakai Republik Syria Pertama.
Berikutan penumpasan kekuasaan pemerintahan Ba'ath ke atas Damsyik oleh para askar Pembangkang serta pelarian diri Basyar meninggalkan Syria tanggal 8 Disember 2024, bendera berhulu hijau dan bintang merah para pembangkang mula dikibarkan serata Syria[3][4][5] malah di kedutaan-kedutaan seluruh dunia.[6][7][8][1]
Rekaan
Warna | Perlambangan |
---|---|
Red | Wangsa Hasyimiyah, perjuangan kemerdekaan yang berdarah[9][1] |
White | Wangsa Umaiyah,[9] masa hadapan yang cerah[1] |
Green | Wangsa Fatimiyah atau Khulafa al-Rasyidin[9][10] |
Black | Wangsa Abbasiyah,[9] pemerintahan kuat.[10][1] |
Bendera hulu hijau (1930-1958, 1961-1980, 2024-)
Menurut perkara keempat perlembagaan Negara Syria pada 14 Mei 1930:[11]
Le drapeau syrien est disposé de la façon suivante: Sa longueur est le double de sa hauteur. Il comprend trois bandes de mêmes dimensions. La bande supérieure est verte, la médiane blanche, l’inférieure noire. La partie blanche comprend trois étoiles rouges alignées à cinq branches chacune.
("Bendera Syria dihamparkan seperti berikut: panjang mendatarnya dua kali panjang menegaknya. Ia terdiri daripada tiga jalur sama ukur. Jalur hulunya hijau, jalur tengahnya putih, jalur kakinya hitam. Jalur putihnya memaparkan tiga bintang merah pecah lima.")
Tiga bintang merah melambangkan negeri-negeri Halab, Damsyik dan Dayr az-Zawr.[1] Perjanjian Kemerdekaan Syria-Perancis tahun 1936 menyerahkan sanjak Laziqiyyah dan Jabal Duruz; maka bintang pertama diwakili negeri-negeri asas terdahulu sambil bintang-bintang kedua dan ketiga kepada wilayah tambahan ini.[12] Bendera he flag was adopted when Syria gained its independence on 17 April 1946.[13]
Bendera hulu merah (1958-1961, 1980-2024)
Bendera ini mula digunakan Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang berhasrat menggabungkan Mesir dan Syria dalam suatu Republik Arab Bersatu;[14] ia diterapkan dalam pemerintahan Syria saat tergabung pada April 1958; warna jalur hulu dan bintang-bintang tengah ditukarkan kerana dianggap lebih unsur kearaban manakala dua bintang melambangkan Mesir dan Syria.[14] [15]
Bendera sebelumnya dihidupkan semula selepas terlerainya Republik Arab Bersatu pada 28 September 1961.[13]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c d e f "Syrian opposition flag flies over embassy building in Moscow". Al Arabiya English. 2024-12-09. Dicapai pada 2024-12-09.
- ^ "Debate: The New Syria between Flags and Languages" (dalam bahasa Inggeris). SyriaUntold. Dicapai pada 2022-08-30.
- ^ "Syrian rebels raise new flag, symbolising freedom after Assad's rule comes to an end". News9live (dalam bahasa Inggeris). 2024-12-08. Dicapai pada 2024-12-08.
- ^ "Syrians wave revolutionary flag to celebrate end of Assad family's rule". Business Standard. 8 December 2024. Dicapai pada 9 December 2024.
- ^ Haq, Sana Noor (2024-12-08). "In a country splintered by civil war, could Syria's rebels usher in a new dawn?". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-08.
- ^ Berita keadaan kedutaan serata Nusantara:
- Roskhoirah Yahya (8 Disember 2024). "Rakyat Syria di Malaysia rai kejatuhan pemerintahan diktator". Sinar Harian.[halaman diperlukan]
- Chin, Dawn (8 Disember 2024). "Syrians in Malaysia celebrate end of Assad regime by changing to rebel flag at embassy, sharing food and prayers; Jalur Gemilang flown at Aleppo Citadel". Malay Mail. Dicapai pada 10 Dis 2024.
- Mellyna Putri Diniar (9 Disember 2024). "Kedutaan Suriah di Indonesia dan Malaysia Ganti Bendera Baru di Akun Resmi Media Sosial, Tanda Era Baru Usai Rezim Bashar al-Assad Runtuh". Jawa Pos.[halaman diperlukan]
- ^ Syria’s Embassies In Turkey, Greece, And Russia Replace Ba’ath Flag With Syrian Revolution Flag. Forbes Breaking News. 2024-12-08. Dicapai pada 2024-12-08.
- ^ "End of Bashar al-Assad's Era: Syrian flag removed from consulate in Turkey". Daily Pakistan English News. 2024-12-08. Dicapai pada 2024-12-08.
- ^ a b c d "Come to Syria | Syrian flag | National Anthem of Syria | Facts about Syria". Cometosyria.com, Syria guide – Come to Syria.
- ^ a b "Syria Flag – colors, meaning, history of Syria's Flag". facts.co. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 January 2018. Dicapai pada 5 January 2018.
- ^ Giannini, A. (1931). "Le costituzioni degli stati del vicino oriente". Istituto per l’Oriente, Roma.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamafotw
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaFlag
- ^ a b Podeh 1999, m/s. 120.
- ^ Mills, T. F. (10 March 2012). "Pan-Arab Colours". Flags of the World. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2012. Dicapai pada 24 November 2012.