Bendera Habsyah (Amhara: የኢትዮጵያ ሰንደቅ ዓላማ, yäItyoṗya Sändäq ʿAlama ; or የኢትዮጵያ ባንዲራ, yäItyoṗya Bandira) terdiri daripada sebidang jalur tiga warna hijau, kuning dan merah berserta suatu lambang pentagram. Rekaan asal bendera ini diperkenalkan pada 1912[1], bentuk terbaharunya pula dimutakhirkan pada 6 Februari 1996.
Kejayaan kerajaan duluan negara Habsyah menumpaskan Itali dalam Pertempuran Adwa menjadikan bendera tersebut sebagai suatu perlambangan kepada kekuatan sesebuah kerajaan benua Afrika yang merdeka daripada kesan penjajahan sehingga dikagumi para pejuang kemerdekaan se-Afrika; maka warna-warna dalam bendera ini ada dipakai negara-negara benua tersebut selepas merdeka sebagai hubungan kepada fahaman Pan-Afrikanis didukung.
Rekaan
Perlambangan
Warna hijau melambangkan kesuburan tanah serta harapan, kuning melambangkan kedamaian dan kebebasan beragama, manakala warna merah melambangkan darah ditumpahkan nenek moyang warga Habsyah yang berjuang mempertahankan kebebasan negara.
Jata negara Habsyah yang terpampang di tengah bidang bendera merupakan suatu bentuk pentagram menggambarkan Bintang Betlehem iaitu bintang yang dikatakan (dalam penceritaan kitab Injil Matius) memandu tiga orang pendeta besar dalam perjalanan mereka ke Bethlehem untuk melihat Yesus Kristus, seorang anak baru lahir yang dianggap mereka sebagai "raja Yahudi" yang terpilih;[2][3] bintang ini turut melambangkan masa hadapan Habsyah. Pancaran yang memuncul antara bucu-bucu bintang sama panjang melambangkan kesaksamaan sesama warga Habsyah tidak kira bangsa, agama mahupun jantina.
Sejarah
Zaman Empayar (1914–1936, 1941–1974)
Pada awalnya, panji-panji merah, kuning dan hijau mula digunapakai sejak abad ke-17 (menurut kajian sejarah).[4] Panji-panji ini diolah kepada suatu bentuk bendera segi empat atas arahan Menelik II pada 6 Oktober 1897 memperingati kejayaan Habsyah menumpaskan Itali di pertempuran Adwa; jalur tersebut dimasukkan huruf Ge'ez mula namanya dalam bahasa Amhara ( "ም", ma).[5][6][7][8] Turutan warnanya diterbalikkan di mana warna hijau berada di kedudukan teratas pada tahun 1914.[9]
Bentuk singa bermahkota memegang tongkat salib iaitu "Singa Judah" (Lion of Judah) ditambah pada rekaan bendera tahun 1941,[10] ia merupakan simbol Gereja Ortodoks Tewahedo Habsyah yang merupakan agama rasmi empayar tersebut pada ketika itu. Ia masih digunapakai dalam kalangan pengikut setiaraja Haile Selassie serta golongan Rastafari yang melihat baginda sebagai pemimpin anutan mereka.
-
Bendera dipakai pemerintahan Menelik II (1897-1914)
-
Rekaan bendera diterbalikkan warna sejak tahun 1914
-
Bendera dipakai Empayar Habsyah pasca-Perang Dunia Kedua
Zaman Derg dan konflik berikutan (1974-1987, 1987–1991)
Lambang Singa Judah diolah dengan lambang pertubuhan Derg sebaik sahaja berjaya merampas kuasa daripada Maharaja Haile lalu menggulingkan baginda tahun 1974.
Ia ditukar sekali dengan tumpasnya rejim Derg lalu tertubuhnya Republik Demokratik Rakyat Habsyah pada tahun 1987.
-
Bendera dipakai semasa rejim Derg (1975-1987)
-
Bendera Republik Demokratik Rakyat Habsyah dari 1987 hingga 1991.
Zaman demokrasi (sejak 1991)
Rujukan
- ^ "Proclamation No. 48/1996 – A Proclamation to amend the Flag and Emblem Proclamation" (PDF). Federal Negarit Gazeta: 272–273. 31 October 1996. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-10-30. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ Matthew 2:1–2Template:Bibleverse with invalid book
- ^ Matthew 2:11–12Template:Bibleverse with invalid book
- ^ Manoel Barradas, "Tractatus Tres Historico-Geographici: (1634); A Seventeenth Century Historical and Geographical Account of Tigray, Ethiopia", Elizabet Filleul, trans., Richard Pankhurst, ed., in Aethiopistische Forschungen 43. Wiesbaden: Harrassowitz, 1996, p. 59.
- ^ Flag Research Center Firefly The Flag Bulletin, Volume 27 – Google Books" Flag Research Center, 1988. p. 11.
- ^ Michael B. Lentakis Ethiopia: A View from Within – Google Books" Janus Publishing Company Lim, 2005. p. 11.
- ^ W. Mitchell Journal of the Royal United Service Institution, Whitehall Yard, Volume 41, Issue 2 – Google Books" 1897. p. 1190.
- ^ "Vlajky a znaky Etiopie" [Flags and emblems of Ethiopia]. Vexilolog (dalam bahasa Czech) (8). 2003.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamhgfg A1
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamavexilolog