Bendera Cyprus (Yunani: Σημαία της Κύπρου , Turki: Kıbrıs bayrağı ) mula digunakan pada 16 Ogos 1960 di bawah Perjanjian Zurich dan London.
Rekaan bendera ini dihasilkan İsmet Güney, seorang guru pendidikan seni,[1] dan dirasmikan oleh presiden negara tersebut yang pertama iaitu Makarios III dan timbalannya Fazil Küçük.[1]
Reka bentuk
Perlambangan
Bendera ini direka dengan tujuan melambangkan keberkecualian antara bangsa-bangsa Yunani dan Turki yang menduduki pulau ini di mana pada ketika itu kedua-dua masyarakat ini berhubungan sangat tegang sesama mereka - maka sebarang simbol umum mewakili kedua-dua bangsa ini (misalnya salib, bulan sabit serta warna-warna biru dan merah) sangat ditegah semasa perekaan ia.
Sebaliknya, suatu peta pulau Cyprus dengan dua ranting daun zaitun di bawahnya (simbol perdamaian) dengan latar belakang putih. Bentuk pulau itu sendirinya diwarnakan dengan suatu warna jingga keperangan menyerupai warna tembaga yang merupakan asal nama negara tersebut (Κύπρου kýprou - bandingkan dengan nama saintifik tembaga "kuprum").
Spesifikasi
Bendera ini bernisbah ukuran 3:5.
Rincian warna yang diberikan adalah seperti berikut:[2][3]
- Warna peta: "Copper" Pantone 144-C (Ogos 1960), Pantone 1385 (April 2006)
- Warna reranting daun: "Olive Green" Pantone 336-C (1960), Pantone 574 (April 2006)
Galeri
-
Bendera asal Cyprus (April - Ogos 1960)
-
Bendera dipakai jajahan British duluan ia
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Evripidou, Stefanos (25 Jun 2009). "Cyprus flag designer dies". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2009. Dicapai pada 11 July 2009.
- ^ "Presidency of the Republic of Cyprus - The Flag". www.presidency.gov.cy. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2017. Dicapai pada 29 November 2017.
- ^ cahoon, ben. "Cyprus". www.worldstatesmen.org. Dicapai pada 29 November 2017.