Bendera kebangsaan Brazil terdiri daripada sebuah cakera biru yang bergambarkan langit yang berbintang dan diliputi sebuah jalur di mana moto kebangsaannya, "Ordem e Progresso" (ungkapan Bahasa Portugis bermaksud "Keteraturan dan Kemajuan") tertulis di situ, dalam bentuk berlian kuning berlatarbelakangkan lapangan hijau. Reka bentuk bendera ini digunakan secara rasmi oleh kerajaan Brazil pada 19 November 1889.
Lapangan hijau dan berlian kuning merupakan peninggalan daripada bendera Empayar Brazil - warna hijau mewakili Maharaja Pedro I melalui Kerabat Braganza manakala warna kuning mewakili isterinya, Maharani Maria Leopoldina melalui Kerabat Habsburg. Bintang-bintang yang ada dalam cakera biru mewakili gambaran langit malam di Rio de Janeiro pada 15 November 1889, tarikh pembentukan Brazil sebagai sebuah negara republik - setiap bintang mewakili setiap negeri yang ada dalam pemerintahan persekutuan itu termasuk Wilayah Persekutuan Brazil sendiri.
Rekaan
Spesifikasi
Warna-warna yang digunakan dalam bendera ia tidak begitu diperincikan dengan jelas mahupun rasmi, namun ada penganggaran yang lazim diberikan:[1]
Hijau | Kuning | Biru | Putih | |
---|---|---|---|---|
RGB | 0/156/59
|
255/223/0
|
0/39/118
|
255/255/255
|
Hexadecimal | #009c3b
|
#ffdf00
|
#002776
|
#ffffff
|
CMYK | 100/0/100/0
|
0/13/100/0
|
100/67/0/54
|
0/0/0/0
|
Perlambangan
Terdapat sebanyak 27 bintang dalam bulatan biru di tengah bendera melambangkan kesemua kesemua negeri-negeri di Brazil termasuk Wilayah Persekutuan negara tersebut:[2]
Negeri | Bintang | Buruj induk | Saiz (1 = paling besar) |
Tahun penubuhan |
Tahun "pembintangan" |
---|---|---|---|---|---|
Amazonas | Alpha Canis Minoris (Procyon) | Canis Minor | 1 | 1889 | 1889 |
Mato Grosso | Alpha Canis Majoris (Sirius) | Canis Major | 1 | 1889 | 1889 |
Amapá | Beta Canis Majoris (Mirzam) | Canis Major | 2 | 1991 | 1992 |
Rondônia | Gamma Canis Majoris (Muliphen) | Canis Major | 4 | 1982 | 1992 |
Roraima | Delta Canis Majoris (Wezen) | Canis Major | 2 | 1991 | 1992 |
Tocantins | Epsilon Canis Majoris (Adhara) | Canis Major | 3 | 1989 | 1992 |
Pará | Alpha Virginis (Spica) | Virgo | 1 | 1889 | 1889 |
Piauí | Alpha Scorpii (Antares) | Scorpius | 1 | 1889 | 1889 |
Maranhão | Beta Scorpii (Graffias) | Scorpius | 3 | 1889 | 1889 |
Ceará | Epsilon Scorpii (Larawag)[3] | Scorpius | 2 | 1889 | 1889 |
Alagoas | Theta Scorpii (Sargas) | Scorpius | 2 | 1889 | 1889 |
Sergipe | Iota Scorpii | Scorpius | 3 | 1889 | 1889 |
Paraíba | Kappa Scorpii | Scorpius | 3 | 1889 | 1889 |
Rio Grande do Norte | Lambda Scorpii (Shaula) | Scorpius | 2 | 1889 | 1889 |
Pernambuco | Mu Scorpii (Xamidimura & Pipirima)[3] | Scorpius | 3 | 1889 | 1889 |
Mato Grosso do Sul | Alpha Hydrae (Alphard) | Hydra | 2 | 1979[note] | 1960[note] |
Acre | Gamma Hydrae | Hydra | 3 | 1962 | 1968 |
São Paulo | Alpha Crucis (Acrux or Estrela de Magalhães) | Crux | 1 | 1889 | 1889 |
Rio de Janeiro | Beta Crucis (Mimosa) | Crux | 2 | 1889 | 1889 |
Bahia | Gamma Crucis (Gacrux) | Crux | 2 | 1889 | 1889 |
Minas Gerais | Delta Crucis (Imai)[4] | Crux | 3 | 1889 | 1889 |
Espírito Santo | Epsilon Crucis (Ginan[3]) | Crux | 4 | 1889 | 1889 |
Rio Grande do Sul | Alpha Trianguli Australis (Atria) | Triangulum Australe | 2 | 1889 | 1889 |
Santa Catarina | Beta Trianguli Australis | Triangulum Australe | 3 | 1889 | 1889 |
Paraná | Gamma Trianguli Australis | Triangulum Australe | 3 | 1889 | 1889 |
Goiás | Alpha Carinae (Canopus) | Carina | 1 | 1889 | 1889 |
Wilayah Persekutuan (Distrito Federal) | Sigma Octantis (Polaris Australis) | Octans | 5 | 1889[note] | 1889 |
-
Tatarajah menunjukkan setiap bintang melambangkan setiap negeri dalam Brazil dengan nama setempat diberikan untuk setiap bintang.
Cogan kata Ordem e Progresso ("Keteraturan dan Kemajuan") merupakan suatu ungkapan berunsur humanis yang datang daripada fahaman positivis diasaskan Auguste Comte: [5]
"L'amour pour principe et l'ordre pour base; le progrès pour but
("Cinta sebagai prinsip dan keteraturan sebagai asas; kemajuan sebagai matlamat").
Cogan kata tersebut terletak pada suatu jalur yang dibentuk hampir mirip bentuk laluan Matahari merentasi ufuk bumi. Hanya satu sahaja bintang terletak di atas motto tersebut melambangkan Pará yang terletak di utara laluan ini menghampiri Khatulistiwa.
Sejarah
Rekaan yang pernah dipakai sepanjang zaman
-
Bendera Jajahan Brazil (1645–1816)
-
Bendera Kerajaan Bersatu Portugal, Brazil dan Algarve (1816–1821)
-
Bendera kecil Kerajaan Brazil (1815–1822)[nb 1]
-
Flag of the Brazilian Kingdom (18 September – 1 Disember 1822)
-
Bendera pertama Empayar Brazil (1 December 1822–c.1870)
-
Bendera kedua Empayar Brazil(c.1870 – 15 November 1889)
-
Bendera sementara digunakan Republik Brazil Syarikat (15-19 November 1889)
-
Bendera pertama Republik Brazil Syarikat (19 November 1889 – 1 Jun 1960)
-
Bendera kedua Republik Brazil Syarikat (1 Jun 1960 – 28 Mei 1968)
-
Bendera pertama Republik Persekutuan Brazil (28 Mei 1968 – 11 Mei 1992)
-
Bendera kedua Republik Persekutuan Brazil (11 Mei 1992–kini)
Nota
- ^ TBendera ini tidak pernah dipakai namun rekaan ini didasarkan bendera sebelumnya untuk kerajaan gabungan Portugal, Brazil dan Algarve.
Rujukan
- ^ "Brazilian flag". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-06.
- ^ Duarte, Paulo Araújo. "Astronomia na Bandeira Brasileira". Universidade Federal de Santa Catarina. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2008. Dicapai pada 9 Julai 2009.
- ^ a b c "Naming Stars". IAU.org. Dicapai pada 16 December 2017.
- ^ "IAU Catalog of Star Names". International Astronomical Union. Dicapai pada 17 September 2018.
- ^ Bandeiras e significados Historianet. Diakses pada 9 Oktober 2010. (dalam bahasa Portugis).
Pautan luar
- Maklumat lanjut mengenai bendera ini disediakan Pemerintah Brazil (dalam bahasa Portugis)
- Bandeira - Insígnia (dalam bahasa Portugis)
- Brazil di Flags of the World