Bendera Albania memaparkan burung helang berkepala dua bewarna hitam di bahagian tengah di atas bidang warna merah. Ia berdasarkan materi yang digunakan oleh Gjergj Kastriot Skanderbeg, seorang pejuang Albania dari kurun ke-15 yang mengetuai pemberontakan ke atas Empayar Turki Uthmaniyyah dan berhasil mendapatkan kemerdekaan untuk negaranya dari 1443 hingga 1478. Bendera ini dijadikan rasmi 7 April 1992. Namun bendera yang serupa juga digunakan semasa Albania diperintah oleh seorang raja (Helmet of Skanderbed di atas burung helang) dan apabila Albania merupakan sebuah negara komunis (bintang merah lingkungan kuning di atas burung helang).