ARH-70 | |
---|---|
| |
Peranan | Helikopter pengawasan bersenjata |
Pengeluar | Bell Helicopter |
Penerbangan sulung | 20 Julai 2006 |
Status | Dibatalkan |
Jumlah dibina | 4 (prototaip) |
Dibangunkan dari | Bell 407 |
Bell ARH-70 adalah sebuah helikopter pengawasan bersenjata ringan, berenjin tunggal dengan rotor utama empat bilah yang dibangunkan untuk program Helikopter Pengawasan Bersenjata (ARH) Tentera Darat Amerika Syarikat. Ia boleh memuatkan krew seramai dua orang dan direka bagi pertempuran optimum di kawasan bandar. ARH-70 telah war-warkan akan mengantikan armada helikopter OH-58D Kiowa Warrior yang telah usang dalam perkhidmatan Tentera Darat AS. Kelewatan yang berpanjangan dan peningkatan kos program telah memaksa program pembangunan helikopter ini di batalkan pada 16 Oktober 2008, apabila Jabatan Pertahanan gagal untuk menyakinan Kongres AS. ARH-70 dikatakan akan dibina dengan teknologi yang telah tersedia; kerangkanya berasaskan helikopter Bell menggagumkan iaitu Bell 407. Kenyataan akhbar Tentera Darat AS dan laporan media kadang kala merujuk ARH-70 dengan nama Arapaho,[1] akan tetapi pihak tentera darat tidak pernah mengumumkan nama ini sebagai nama popular rasminya.
Lihat juga
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Rujukan
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Bell ARH-70. |