Pembenangan perbualan digunakan dalam papan buletin, grup berita dan forum Internet bagi memudahkan pengguna membaca pesanan tertentu yang dirangkai atau diuntai bersama kiriman balas mereka sebagai suatu bebenang, untaian atau utasan.
Rentetan kiriman atau penulisan sebegini dapat ditampilkan dalam pelbagai cara. Sistem pesan awal (dan sebahagian besar klien mel elektronik modern) secara automatiknya akan menyertakan teks kiriman asal dalam balasan lalu menghasilkan salinan bebenangan dari pesanan sebelumnya. Perisian juga dapat mengatur utas pesan dalam daftar, seperti kotak masuk. Pengaturan ini boleh berciri adanya hierarki atau bersarang, mengatur pesan mendekati balasan mereka dalam bentuk pohon, atau boleh juga dalam bentuk linear mahupun mendatar lalu menampilkan semua pesanan dalam urutan mengikut turutan masa terlepas daripada hubungan balasan.
Rujukan
- Horton, Sarah (2000). Web teaching guide: A practical approach to creating course web sites. New Haven, CT: Yale University Press. ISBN 978-0300087277. dipetik dalam "Taking discussion online". dartmouth.edu. 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)