Basar Buluh Kubu terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Ia mempunyai 4 aras dan satu aras bawah khusus untuk meletak kenderaan. Bazar ini menjual pelbagai barangan seperti barangan hasil kraftangan, kain dan baju batik, songket, cenderamata, pakaian dan sebagainya. Medan Selera pula terletak di tingkat paling atas.
Selain menjual pakaian, makanan dan barangan dapur, beraneka barang perhiasan seperti perak, tembaga dan barangan ukiran kayu juga boleh didapati di sini.